Assalamualaikum dan selamat buat semua pembaca.
Confession aku pendek je. Aku anak sulung dan mempunyai dua org adik. Kami bertiga perempuan. Tapi apa yang membezakan aku dan adik adik aku, aku seorang introvert(sikit) , suka duduk rumah, selesa bergaul dgn kenalan sendiri dan sygkan/suka hubungan keluarga.
Suka hubungan keluarga yg aku maksudkan adalah aku lebih suka luangkan masa/quality time bersama ahli keluarga berbanding rakan-rakan atau lebih tepat jika aku katakan….. Aku kurang dapat untuk berbuat demikian. Ibu aku bekerja shift, tidak selalu mempunyai masa( shift pagi, ptg, malam), ayahku pula pemandu, selalu keluar ke sana sini membawa penumpang.
Aku pula, sering bersendirian. Jika adik adikku bercuti semester mereka lebih suka keluar dgn boyfriend,tunang to-be ataupun kwn mereka.
Sejujurnya aku sedih. Aku terlalu sunyi. Aku inginkan seseorg yg rapat dgn aku, yg lebih selesa untul aki berkongsi pelbagai cerita dan rahsia, keluar bersama, makan, bercuti bersama, kesana kemari.bersama adik adikku.
Tapi entahlah mengapa, mereka seakan sukar memahami diri aku yg begini….
Adik adikku sementara kamu berdua masih bukan milik suamimu, ingatlah masih ada kakak mu yg di rumah bersendirian, mengimpikan hubungan adik beradik yg meriah tanpa pergaduhan bermasam muka dan sbgnya. Kakakmu hanya cuma mahu meluangkan masa lebih bersamamu….
Ingatlah tanpa org sekitarmu, jika kamu sesak, perlulan pertolongan, ahli keluargamu sentiasa ada disisi. Jangan pernah kau zahirkan kata kata ‘Ah, bf aku selalu byr itu, bayar ini, ambil aku bawa berjalan, buat itu buat ini, tlg itu tlg ini’ tapi adakah kau lupa….. Siapa yg ada disampingmu selama ini ketika kau tak punya siapa….
Kakakmu,ibu dan ayah….
Ibu dan ayah mungkin tak pernah meluahkan apa apa,tapi kakak pasti mereka juga mahukan quality time kita bersama. Berjalan, keluar makan bersama. Ingatlah redha ibu ayah no 1.
Jaga hati mereka. Jaga hati kakakmu. Aku sering terluka. Aku sering menangis. Aku cemburukan hubungan baik adik beradik kwn kwnku… Hungan baik adik beradik sepupu sepupi kita, serta jiran tetangga kita.
Dan aku sering bertanya bila aku akan punya masa sebegitu. Tanpa perlu aku meminta untuk kamu berdua menemaniku ke sana sini. Mengisi masa lapangku, mencipya quality time kita bersama
Dan buat sang teman lelaki, ingatlah mereka berdua ini masih ada keluarga, kakak(yg tidak selalu selesa untuk kamu sentiasa ada keluar bersama). Percayalah jika adik adikku sudah berkahwin dgnmu, mereka adalah milikmu.
Dan buat pembaca diluar sana, beringatlah. Kalian punya keluarga yang sunyi sepi hatinya seperti aku, yg tidak diketahui isi hatinua sepertiku, yg sentiasa mahukan perhatian darimu. Buang egomu, tambahkan, gandakan sygmu buat mereka(org seperti aku).
Kerna, kami, aku keluargamu.
– Adik beradik sepi
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment