Assalamualaikum.
Dear,
Kalau umur kalian sudah melebihi 23 tahun.
Please stop the nonsense edge teenagers attitude.
Geram saya lihat dan hadapi.
Edgy teenager symptoms:
– Rasa tak disayangi
– Rasa diri sendiri je betul
– Rasa orang lain semua salah
– Rasa ditindas oleh semua orang lain
– Rasa special dan patut dapat semua benda yang dia nakkan
Aku faham kalau baru masuk dalam fasa remaja, 19 tahun, memang akan rasa semua perkara ini.
Tapi kalau umur dah melebihi 25 tahun, masih rasa semua perkara ini, harap berubah.
You are just being stupid!
Aku tak tahu nak kata macam mana, tapi aku perhatikan, attitude ini banyak keluar dari anak no.2.
Seriously, adik aku, kawan2 aku yang anak no.2, juga adik kawan2 aku yang no.2.
Semua ada symptoms edgy teenagers ni sampai besar, umur 30 tahun pun still edgy.
Apekehal?!
Contoh :
1. Jauhkan diri dari emak ayah dan kata emak ayah tak sayang dia. Sebab along dapat guna motor dan dia tak dapat. Weh, dah along kau tu belajar di U yang besar, senang nak naik motor pergi kuliah. Kau nak motor buat apa, kalau kolej kau sekangkang kera. Pastu claim emak ayah tak sayang dia, hanya sayang along sahaja.
2. Cut off all relations with families. Sebab families tak pernah faham dia. Contoh adik aku la kan, aku sebagai along ada la pesan, kalau kerja, hulur la sedikit wang kat emak ayah. Yelah, untuk keberkatan. Tapi haram dia nak hulur. Kalau balik kampung, sengih2 kat emak ayah dapat duit lagi ada la. Aku pernah jugak tegur, tak payah la nak harap duit emak ayah lagi. Pastu ada suatu hari ayah tak bagi duit bila dia balik kg, lepas tu, punyalah edgy, tak berhubung langsung dengan emak ayah dalam sebulan dua. Gila!
Adik aku yang no.3, masih belajar pun hulur duit kat emak ayah. Angah yang dah kerja ni tak hulur langsung, malah mengharapkan duit pula dari emak ayah. Bila tak bagi, kata orang tak sayang. Bukannya budak2, dah besar kot. Boleh fikir. Bila aku cakap dengan dia, mulalah muncong, lepas tu tak tegur aku.
3. Claimed semua perkara perlu diberikan kepada dia. Kalau kawan dia dapat suprise birthday party dari emak ayah dia, angah ni akan claimed kenapa aku tak dapat macam tu jugak. Kalau kawan dia dapat kereta myvi baru dari abah dia, angah ni akan claimed kenapa dia hanya dapat viva second hand. Kalau kawan dia dapat duit poket 300 sebulan, angah ni akan claimed kenapa dia guna duit tajaan je untuk sara hidup dia.
Aku kadang2 memang rasa nak tampar je. Even lelaki, perangai mengalahkan orang perempuan. Dan edgy tahap ke sejuta, please, you are not the center of the world! Semua kau nak dapat, semua orang salah, semua orang tak sayang kau?! Kau nak apa ha!?
Aku faham tak semua anak nombor 2 macam ni.
Sebab tu aku bagi tajuk edgy teenager, sebab ada juga anak no. 1 macam ni.
Tolonglah ubah perangai.
Jangan rasa semua orang salah.
Jangan rasa orang tak sayang.
Aku sayang kot angah aku, tapi perangai dia tu, buat aku rasa geram sangat!
Jangan rasa emak ayah tak sayang, angah tau tak, angah lebih banyak habiskan duit emak ayah dari along, along tak pernah berkira pun dan tak kisah sebab kau adik aku!
Tapi jangan la edgy sangat, sampai kata kat kawan2, emak ayah aku tak sayang kat aku. Family aku tak kisah dengan aku..
Sedih kot bila adik kita kata mcm tu, kenapa sampai tak boleh nampak kebaikan emak dan ayah dan family?
Aku tulis ni bukan nak minta kecam.
Aku kadang2 konfius.
Apa sebenarnya anak no.2 atau sesiapa yang berperangai edgy teenagers ini mahukan?
Aku nak tolong.
Tapi bila bagi nasihat, terus kene blocked berbulan2. Bengong!
Dan seriously, dah besar panjang kot, bak kata orang, dah boleh jadi bapak orang..
Tapi perangai Ya Allah~ ampunnn… sabar je lah aku menghadap.
Minta maaf jika ada tersilap bicara, buat mereka yang terasa dengan confession ini, sila respons dengan apa yang kalian mahukan.
Kami emak ayah, along, bukanlah tak sayang, macam2 dah cara tunjuk sayang kami..
Tapi bila tak buat 1 perkara, terus kene cop tak sayang, ape la kamu ni..
Ok lah, setakat di sini.
Harap jangan cerca dan kutuk2..
Dan boleh bagi pandangan bernas tentang masalah edgy teenager ni..
Aku yakin dalam setiap family, ada seorang perangai macam ni.
Selalunya anak nombor dua, tapi kadang2 anak nombor lain pun ada juga perangai macam ni.
Sekian, wassalam.
– Sofiah
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment