Tuesday, 11 July 2017

Pulangkan Abah

PengakuanKu

Assalammualaikum & Hi semua , big thanks kalau Admin sudi approve & publish confession aku ni. Hal yang aku nak share ni bukanlah semata-mata confession tapi aku nak mintak pendapat korang semua.Okay, let me introduce myself,Aku seorang gadis berumur lewat 20an,sudah bekerje,belum berkahwin & aku anak first dari 3adik beradik.Aku harap korang dapat membantu aku untuk cari jalan keluar masalah aku.

Sebelum ni aku tak pernah share dekat page IIUM or mane-mane individu sebab aku rase macam ini adalah aib keluarge aku yang perlu aku jage.Family aku sebenarnye tak ade masalah anak-anak sebab kitorang bukan lah nakal & suke peningkan parents.Kitorang semue berjaye jejakkan belajar di IPTA & dua adik masih belajar di IPTA.Apa yang aku nak share & mintak pendapat korang adalah berkenaan Abah aku.

Begini kisahnya ,Abah aku bekerje sendiri & Mama aku tak bekerje tapi Alhamdulillah , kehidupan kitorang boleh dikatekan sederhana sebab tak susah & senang mewah sangat.Abah aku memang seorang penyanyang,rajin tolong kitorang buat kerje rumah & boleh dikatakan dia perfect , same goes to Mama.Mama tak pernah gagal dalam mendidik kitorang sampai dimana kitorang sekarang.

Tapi dalam kebahagiaan yang orang nampak sebenarnya ade kedukaan yang orang tak tahu, mungkin sesetengah orang terdekat tahu tentang hal ni.Abah aku seorang drug addict.yes drug addict since aku belum ade di dunia ni.Kisah ni sampai lah a few years ago Abah aku sendiri nak berubah which is dia pergi Hospital untuk dapatkan consultation regarding his case sebab dia sendiri dah tak tahan dengan diri sendiri.

Selepas consultation Doktor sarankan dia minum sejenis ubat yang dipanggil
Methadone.( Methadone adalah sejenis rawatan menggunakan ubat bagi menghentikan mengambilan dadah jenis Opiate. Proses rawatan methadone dilakukan di bawah pengawasan dan penyeliaan Pegawai Perubatan secara teratur. Sumber Google ) setahu pembacaan aku di blog, Methadone tak menyebabkan ketagihan sebaliknya dia membantu hilangkan ketagihan. Harus diingat, aku ulang lagi sekali ni, Methadone takkan memulihkan seorang penagih tetapi hanya membantu hilangkan ketagihan.

Setelah mengambil Methadone selama 2 tahun, Tiba-tiba Abah aku berubah & start mengambil semule barang tu.Aku tak tahu ape sebab Abah aku jadi semula.Selama dia mengambil Methadone, dia kurang aktif, means dia akan kerap tido , rehat je.Dah tak de aktiviti lasak,aku pon tak tahu mungkin ubat tu mengantuk or effect something like that.

Sekarang dia masih minum methadone & amik barang tu.Aku sebagai anak sulung tak tahu macam mane nak bercakap menggunakan dengan abah ,suruh abah berhenti,setiap sujud aku mendoakan abah berubah,setiap saat aku berharap abah menjadi manusia yang normal.Allah SWT menjadi pendengar luahan hati aku.Aku tak salahkan Abah,aku tahu abah mencuba tapi najis dadah ni seolah magnet besar yang akan menarik dia untuk terus berdamping & seolah – olah orang terkena sihir,betapa kuatnya penangan dadah ni.Kami semua dah tak tahu cara untuk nasihatkan Abah.

Aku share ni sebab aku just nak tahu mungkin korang ade lalui situasi ni @ ade solution untuk abah aku,aku berharap sangat Allah SWT tunjukkan aku jalan supaya aku dapat bantu abah berubah.Kalau korang tahu kat mane tempat untuk berubat abah aku tolong tuliskan kat comment.Aku hargai sangat.Aku dah penat sebenarnya, bukanlah penat sebab malu,tapi sebab aku sedih kenangkan nasib abah & mama.Korang tolong doakan semoga abah aku berubah kembali ke pangkal jalan & jalani kehidupan normal macam Abah orang lain.Aku doakan kita semua dihindari dari najis dadah sebab kesan dia sangat besar.Korang yang ade anak remaja,please pantau anak-anak sebab sekarang budak sekolah pon dah hebat & pandai mengambil dadah.Sebelum ianya parah biarlah mencegah dari sekarang.Thank You semua sudi dengar & beri pendapat.

– Puteri Abah Tersayang

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.