Tuesday, 11 July 2017

Minat Kita

PengakuanKu

Assalamualaikum semua. Confession aku ni berkenaan minat. Aku ni dulunya takde impian yang tetap. Sejak sekolah lagi, aku dah mula keliru dengan cita-cita sendiri. Takde pendirian. Disebabkan result pmr aku straight A’s, aku terpaksa masuk kelas aliran sains, peraturan sekolah macam tu la, dan juga sebab persepsi orang masa tu, yang budak aliran sains semua pandai2, maka aku pun masuk la jugak kelas tu walaupun minat aku lebih pada akaun dan bisnes.

Disebabkan tak berapa minat, struggle jugak la, takdir aku SPM dapat 6A je, subjek kimia bio fizik dapat B. Masa tu aku down gila, sebab guru dah letak aku ni harapan untuk dapat straight A’s, tapi sebab aku pressure teruk sebelum SPM, jawab exam pun dah blank, maka tu je la rezeki. Aku redha.

Ditakdirkan jugak, aku dapat sambung diploma in SC. Ni pun aku sambung sebab ibu. Alhamdulillah dean list setiap sem, tapi aku jatuh satu sem sebab kawan, takpe aku redha jugak. Disebabkan kos aku ni dah takde praktikal start batch aku, maka memang susah la nak cari kerja. Lepas habis diploma, rata2 kawan aku kerja lari bidang, kerja f&b, sales, promoter dan lain2 yang tiada kena mengena dengan sains. Tak terkecuali aku. Sementara tunggu degree, aku buat macam2 kerja part time.

Keluar keputusan permohonan degree, aku masih lagi keliru. Aku dapat 3 tawaran medic. Tapi hati aku dah tawar dengan bidang sains apatah lagi nak ambil kos medic yang langsung jauh dengan minat aku. Senior aku kata kalau tak minat jangan ambil sebab kos medic ni 5 tahun nak struggle, nak dapat tempat di hospital pun kena tunggu setahun sebab sekarang dah berlambak bakal doktor. Dulu pun aku mohon sebab mulut2 saudara sepupu. Hidup aku ni banyak pressure sebab mulut orang yang tak henti nak mengata. Even family aku sendiri. Aku ni kakak sulung, ada pula adik yang pandai, ibu selalu bandingkan aku, nenek pulak merendah-rendahkan aku sebab dia fikir aku masuk bidang sains ni dah kira macam boleh jadi doktor tapi bila aku kerja part time dia fikir aku gagal, mak sedara aku yang ada anak sama kos diploma dengan aku dulu pulak selalu sibuk hal cgpa aku, biasiswa aku, padahal cgpa anak dia mencorot fikir aku tak tahu, ayah aku ni Cina, so semua expect aku ni pandai, padahal dalam keturunan takde sorang pun yang ambil bidang sains. Aku bukan nak kata yang ambil bidang sains ni semua pandai belaka, tapi aku nak cerita macam mana persepsi sedara sepupu sepapat aku yang fikir asal medic je pandai asal doctor engineer je pandai.

Aku depressed. Sangat depressed. Aku hidup berdasarkan kata2 orang. Dengan tiada siapa pun yang sokong aku, aku down sangat. Kawan aku kata rugi tak ambil medic sebab diorang tengok aku boleh buat. Ya memang aku boleh survive, tu pun sebab usaha doa, takde usaha takde makna, dan aku juga survive sebab setiap kali stress, aku baca nota banyak kali sampai aku lupa semua masalah hidup yang aku hadapi. Aku ni introvert, kalau boleh memang taknak kerja yang jumpa orang langsung. Last2 dalam kekeliruan, ada senior yang cerita tentang kerja bidang IT. Aku cari banyak maklumat tentang IT dan juga permintaan pasaran kerja bidang IT, tiba2 aku rasa minat sangat. Mohon, dan dapat, aku terus masuk uni tu walaupun swasta. Masa aku terima tu, aku dah tak fikir apa. Kata2 ibu, pendapat sedara aku kawan aku semua aku pekakkan. Aku cuma nak belajar sebanyak mungkin ilmu, dan sekarang Alhamdulillah dah lepas 1 sem aku dengan cgpa yg sangat Alhamdulillah. Minat aku pun bertambah, dan Alhamdulillah jugak dapat biasiswa. Walaupun lari bidang, walaupun kawan aku pandang rendah pada apa yang aku pilih, aku tau ni hidup aku, aku kena buat keputusan sendiri. At the end of the day, I only got myself. Bila fikir semula, memang aku rasa bodoh sangat sebab dulu aku seksa diri, tapi aku tak pernah menyesal dengan segala ilmu yang aku pernah dapat sebelum ni. Kawan aku pun sekarang struggle dengan kos yang dia bawa, jadi aku fikir positif. Semua orang ada dugaan masing2. Belum tentu kau boleh jawab soalan programming walaupun kau seorang doctor. Hanya jauhari yang mengenal manikam.

Kepada adik2 kat luar sana, tak perlu ikut kawan atau kata2 orang atau trend semata. Minat kita, life kita, kita yang tentukan. Selebihnya doa biar Allah SWT beri jalan yang terbaik. Dekatkan diri dengan Tuhan, istikharah sampai dapat jawapan, In syaa Allah. Tepat waktunya, Allah SWT akan beri apa yang kita nak.

*Maaf untuk ayat rojak BM BI dan singkatan ayat. Semua yang saya cerita ni pun untuk nasihat diri sendiri. Sekian.

– Dee

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.