Assalamualaikum. Baru balik ambil test JPJ, sayangnya fail bahagian jalan raya. Adoii tapi fikir positive, nanti boleh jumpa lagi crush kat Institut Memandu tu.hehe.. Otw balik dalam van tadi terbaca confession Bro Man tu. Sabar ye Bro. Ini kisah sy pulak.
Hujung tahun 2014, kami berkenalan melalui Facebook. Time tu hati tak mencari, dan sy jenis suka baca komen-komen kat fb page. Dan sy ternampak si dia tengah balas komen dengan seorang perempuan, seingat sy komen dia time tu macam tengah redha dari patah hati. Anggapan sy. Sy pun usha Facebook dia, dia publickan fb dia, friend hampir 5k, follower pun ramai. Hot nampaknya dia ni. Hampir seminggu sy usha fb dia dan teragak-agak nak add friend atau pun tak. Akhirnya sy add jugak tapi sayangnya direject sebab friend full.
Takpelah sy just follow. Tibalah pada Hari Jumaat, sy nampak dia post dan sy like post tu. Dengan takde letak harapan, sy try request friend sekali lagi dan dapat! Terkejut jugak, tak lama lepas tu dia approve. Lepas solat jumaat, sy anggap dia dah balik solat lalu sy pun tegur bagi salam apa semua. Dan dia balas dengan positive. Kami berchat di fb selama beberapa bulan tanpa minta no fon masing². Walaupun line chat fb lembab, tapi sanggup. Sehinggalah suatu hari dia macam merajuk, gedik je. Sy pun acah² nak bagi no, terus dia okay.haha.. Lepas tu terus dia call tp sy tak cakap. Dia wasap cakap “bisu”, sy tanya benda lain pun dia tak layan, hanya balas “bisu”. Sekali lagi dia call sy pun cakap, lagipun time tu dalam bilik kat rumah sewa dan sy bukan jenis bergayut kat fon so segan la nk borak depan roommate.
Dan perhubungan kami berlarutan sampai penghujung 2016. Sy diberitahu dia ada kakak angkat, anak angkat mak dia la kiranya sebab adik-beradik dia semua lelaki. Mereka selalu keluar bersama, ambil gambar, upload kat Twitter, bergurau senda balas² komen kat twitter, bila sy tegur, sy cemburu, sy merajuk dia akan cakap tu hanya kakak angkat dia. Dalam tempoh perkenalan kami mmg dah banyak kali gaduh tak lain tak bukan sebab kakak angkat tu la. Sy dah berapa kali block fb, wasap, semua dan berdiam diri sebulan dua, dia tetap cari sy. Dia pujuk, menangis cakap rindu apa semua. Dia cakap sy marah dia macam mana pun dia tetap cari sy. Memang drama air mata sangat la. Dan sebenarnya kami tak pernah berjumpa sebab dia di utara, sy di pantai timur. Dan time kenal 2014 sy belajar di Selangor.
Tapi mak dia tau pasal sy, sebab selalu borak dengan dia, mak dia ada je kat sebelah. Selalu dengar mak dia bebel.haha.. Sehinggalah November 2016, mak dia dijemput Illahi. Sepanjang 2016 sy berpindah ke utara tapi bukan 1 negeri dengan dia. Dan time tu pun kami tak pernah berjumpa. Sebab sy memang takde transport dan dia entah la macam-macam alasan: jauh, takde kereta, kerja, mak sakit, mak duk sorang-sorang, time dia ajak sy tak nak jumpa, dia suruh sy yg datang jumpa dia dan macam-macam masalah lain. Takpelah. Jadi selepas kematian arwah mak dia, malam tu dia dapat tahu yang mak dia tinggalkan wasiat supaya berkahwin dengan kakak angkat dia. Dia terkejut, tak tau nak buat apa, tak tau nak pikir apa.
Selama ni kalau kami bergaduh sy akan cakap,
“Dah suka sangat dia, kawin je lah dengan dia.”
Dan dia akan balas,
“Mana mungkin sy suka kakak angkat sy tu. Sy dah anggap dia macam kakak sy sendiri, tak lebih dari tu.”
Dan pasal wasiat tu sy memang tak boleh terima hakikat. Memang meracau macam orang tak betul, tapi balasan dia memang menghampakan sy. Dia cakap dia akan tunaikan wasiat arwah mak dia sebab nak bagi arwah tenang di sana. Kalau ada yang pernah terbaca sy komen pasal kisah sy ni di salah satu confession lama dahulu. Tapi sampai sekarang masih ada yg like komen tu sebab sy masih terima notification.
Berbalik kepada wasiat tu, bila sy tanya,
“Habis sy macam mana?”
Dia jawab,
“Sy tak nak ambil tau pasal apa-apa, pasal perasaan kamu ke apa ke, yang sy tau sy nak tunaikan wasiat tu jugak. Mak sy kat sana sekarang ni sy tak tau macam mana keadaan dia. Sy nak dia tenang je.”
Usaha terakhir sy, sy pm abg dia, pm kakak angkat dia minta buat sesuatu. Abg dia memang baik dan nak bawak dia sekeluarga jumpa sy. Tapi bila dia dapat tau sy hubungi Abg dan kakak angkat dia tu, dia marah sy dan bagi warning jangan buat apa² lagi. Keputusan dia muktamad.
Takpelah, dah takde apa yang dapat sy pertahankan. Sy dah berusaha, tapi bukan jodoh sy. Terlalu cepat sy mengalah kan. Tetapi takde siapa yang tahu betapa terluka perasaan tu. Sy mengalah. Sy minta maaf pada abg dia, kakak angkat dia. Sy block fb mereka semua. Wasap dia sy block, sy delete segala conversation kami, gambar yg dia bagi. Dan sy balik ke negeri asal sy. Setiap hari yg sy lalui hanya ada keluarga sy terutama mama sy. Dia yang menangis bersama sy, tak pernah putus mendoakan sy, dia minta sy sabar, sy redha.
Semasa sy pertahankan hubungan kami, sy pernah cakap yg sy sanggup bermadu. Sampai sebegitu sayang pada saat tu. Kini sudah 9bulan, Khamis lepas dia call sy. Buat pertama kalinya sy angkat dan bercakap dengan dia. Sebelum ni dia buat-buat tercall, dan akan mesej cakap, “sorry, tertekan.” dengan harapan sy akan balas atau jawab call. Tapi khamis lepas, tengah hari dia call, dan sy angkat sebab nak bagi warning, kebetulan time tu tiada org lain kat rumah. Kemudian panggilan terputus sebab dia habis kredit. Dia hantar mesej cakap sy tak bahagia, sy masih tunggu dia, dia cakap dia tak pernah buang sy, cuma time tu dia tengah serabut tak boleh nak fikir apa.
Tapi jawapan sy tetap sama, sy dah maafkan semua org, sy dah redha, jangan cari sy lagi. Malam tu dia call lagi selepas pukul 1 pagi. Sy angkat sebab time tu semua dh tido. Kalau sy tinggikan suara pun tiada siapa yang dengar. Malam tu dia cerita balik perkenalan kami, ingat tak mula-mula kita kenal macam mana. Dia bagitau dia saja je cakap tersilap call apa semua tu sebenarnya dia rindu, dia rindu nak dengar suara sy, dengar sy marah, sy bebel semua. Habis tu kenapa buang sy dulu. Dia cakap dia tak pernah buang sy, sy yang menghilangkan diri. Sy ingat, sy ingat sampai sekarang ayat dia,
“Sy tak nak ambil tau pasal apa-apa, pasal perasaan kamu ke apa ke, yang sy tau sy nak tunaikan wasiat tu jugak.”
Sampai sekarang sy ingat.
Sy tau kalau mereka yg tau kisah sy akan kenal siapa sy. Dan kamu, ye sy memang sayang kamu. Tapi perasaan kecewa tu lagi banyak.
Tak sayang ke perkenalan kita bertahun, bukan sehari dua? Ye sy sayang tapi sayangnya hati sy terluka.
Dia cakap dia belum kawin pun lagi, belum bertunang, tak tau bila pun dia cakap. Tapi sy cakap cepat atau lambat dia akan tunaikan jugak.
Dia cakap dulu sy bagitau sy sudi bermadu. Sy cakap time tu sy tengah gilakan dia. Sekarang sy dah tak sudi.
Dia cakap dia akan ambil sy jugak bezanya sama ada cepat atau lambat, pasal wasiat tu dia tak nak pikir buat masa sekarang. Tak nak pikir sekarang, 5/6 tahun akan datang macam mana? Jadi sy tolak, sy cakap sy tak nak. Jangan ganggu sy lagi, jangan cari sy. Sy dah redha, sy dah bahagia dengan cara sy.
Tapi dia cakap dia kenal sy macam mana, dia tahu apa yg ada dalam hati sy. Memang betul tapi sy tak nak terluka untuk kali kedua. Dan mesej dia hantar lepas dia call malam tu, hasrat dia untuk tetap ambil sy, sy belum balas sampai sekarang. Dan sy tak rasa nak balas serta tak tau nak balas apa.
Dia ada cakap jugak yang abg dia duk desak suruh bawak datang jumpa family sy. Tapi dia tak tau pun rumah sy. Nama kampung tu tau la. Selama ni kami berhubung melalui wasap, fb, video call etc. Tapi itulah, sampai macam tu boleh sayang. Dan dalam banyak-banyak friend request, message yg org duk pm-pm kat fb dia, dia cakap dia terdetik nak approve dan balas messsage sy. Dan dengan itu terjadilah kisah kami.
Mungkin ada yang bertanya pasal kakak angkat tu macam mana. Yang tu sy tak nak cerita, tak nak buka aib atau memalukan sesiapa. Cukup la sy berkongsi rasa apa yang Bro Man tu rasa. Dan mereka yg lain yg senasib dengan kami. Sy cukup hargai perasaan rindu, sayang kamu pada sy. Selama ni kita berkongsi segala rasa, menangis bersama walaupun melalui telefon. Kita hanya ditakdirkan untuk berkenalan, tak lebih dari tu. Dan hasrat kamu untuk tetap ambil sy, lupakan je lah. Redha dan melupakan adalah jalan terbaik. Sy pun nak bahagia walaupun tanpa sesiapa. Sy sentiasa doakan kamu bahagia walaupun bukan dengan sy. Dan sy tak pernah berdendam dengan kamu atau sesiapa. Semoga Allah tempatkan arwah mak kamu di kalangan orang yang beriman. Ameen.
– A
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment