Tuesday, 3 October 2017

Majikan Dari Neraka

PengakuanKu

Ya betul. Bukan “girlfriendku dari Neraka”, banyak sangat tengok drama ni. Makalah ini ditulis untuk beri pengajaran (mungkin juga amaran) kepada graduan mahupun pencari kerja di luar sana akan sebuah syarikat yang bertapak di lembah klang ini.

Habis je degree, aku dapat kerja kat tempat intern aku ni, memang bestlah nak cakap, bos Cina, kalau outstation dengan dia atau naik kereta sama2, suka ajak sembang bab comparative religion. aku pun bukanlah ustaz tapi sikit2 tu bolehlah. Bagi aku, ni kira jambatan untuk mendekatkan lagi jurang antara kaum dan agama, yelah, kalau kau tak tahu apa2 pasal orang lain, macam mana nak hidup sekali kan?

Anyway, best tak best, company ni ada masalah kewangan jadi kadang2 tu 2-3 bulan gaji tak dapat tu biasa. Ditakdirkan satu hari aku dapat tawaran kerja dekat satu syarikat ni. Nama dia? Satah Bio D**gnostics. (haa korang bila search tu tukarkan kat BI dulu k?). Nama jawatan pehh…kau baca pun rasa gah, tak kisah department mana, perkataan ‘specialist’ tu mesti ada punya. Jadi lepas interview, dapat kerja alhamdulillah (masa tulah). Dari situ, bermulalah perjalanan aku yang setahun jagung ini menempuh neraka.

Syarikat ni owner dia melayu, tapi walaupun dah mampu hire manager utk company, dia still nak jugak jawatan ‘boss’ tu. Awal2 bisnes tu kita faham la kan, tapi dah untung nak berjuta ni, pandai2lah separate kan ownership dengan position sebagai ‘manager’. tak sama der… So, masa aku kerja dengan dorang ni, awal2 memang nampak gila baik, dia terangkan culture company macam mana, bawak kitorang pegi makan luar masa lunch, tolong bayarkan apa semua, tapi ada jugak sekali aku rasa macam ni alat dia je ni, so aku dah bayar dulu awal2 wakaka. Dia cakaplah company ni takde bagi OT tapi kadang2 terpaksa mnta employee balik lambat sebab mungkin ada hal yg terpaksa diuruskan. tapi, sebagai balasan, kalau satu hari nanti, kita nak keluar kejap pergi klinik ke, servis kereta ke, ambil anak ke, dia tak kisah asalkan bagitahu.

Lepas tu dia bagitahulah yang kau akan dilatih, mungkin dihantar ke luar negara lah apalah, macam2 lagi. aku yang baru kerja ni angguk sajalah, yelah, ini kan fasa belajar, apalah graduan jika sikapnya rasa serba tahu? huhu..

Tapi biasalah, janji Melayu (hahaha), manis je lebih, tapi rasanya tahi juga. Dah lah latihan bagi tak sampai 2 minggu lepas tu expect orang baru kena expert dalam handling highly sensitive equipments yang beribu2 harganya walaupun saiz lagi kecil daripada tapak tangan. SOP pun berterabur. Reporting apatah lagi. Sistem pun tunggang langgang, filing, ya Allah… Hilang sini sana, rekod pon lompong merata. Cukup sebulan aku kerja, semua benda tu habis nampak, ada lah sikit2 tak puas hati sebab kadang2 aku point out salah sistem ke apa, aku yg kena marah sebab aku buat ‘silap’, padahal..korang faham2lah kan.

Lepas tu, tiap2 hari, yes, tiap2 hari mencarut menjerit tu memang akan bergema ke seluruh pejabat. SV aku kena caci maki, bodohlah, stupidlah, no brainlah, f wordlah apa semua ada kau cakap je. SV keluar bilik boss nampak merah mata. cakap dengan aku baik je (tapi tegas). sekarang dengar cerita dah bla, alhamdulillah. Syarikat ni modus operandi dia memang jahat.

1. Dia ikat kau dengan kontrak awal2. padahal masa probation mana boleh sewenang-wenangnya. kontrak tu mangai, memang disclaimer banyak gila, sampai ada klaus yang cakap kau kena bersetuju untuk bayar diorang full cost kalau jadi apa2, tapi takde plak klaus yang cakap kau subjected to it hanya kalau kau dah certified finished training. maknanya, dalam proses training pun, kalau kau buat silap, kau boleh didenda, sampai BERIBU-RIBU woah..mana nak korek?
2. Polisi mengarut. ada ke suruh bayar 50 hinggit kalau tak siap report on time? peh boleh tahan kau ni. dahlah bagi banyak kerja ad hoc, bila tanya suruh siapkan tu dulu, tup2, sampai pukul 2 contohnya, kau minta report yang asalnya termasuk dalam kerja aku yang awal2, banyak cantik. bila cakap alasan yg boss bagi ad hoc work tadi, kau tahu apa dia cakap? “no excuses, RM50 now”. -_- atuk dia….
3. tadi kata kadang2 kan kena balik lambat? apekebendanya…selalu balik pukul 8 malam lebih tu biasa..tapi dia punya berkira lahai..ada satu hari tu aku datang setengah jam awal, ambil something dan keluar (urusan kerja jugak). lepas tu pukul 9.05am aku sampai ofis balik. dia punya cekak pinggang depan pintu peh…lepas aku cakap aku dari mana, ha takde pulak nak mintak maaf ke apa kan dah tuduh aku macam2 haha..siap ugut nak bagi warning letter lagi. ade pulak masa nak buat warning letter, selalunya bising cakap sibuk tak cukup masa. hehe.
4. Turnover rate dia tinggi. maksudnya berpuluh orang berhenti dalam masa setahun! company kecik je wei, 10 orang satu2 masa termasuk boss, kau bayangkan berpuluh orang bla? Mesti ada yang cakapa, “alah mesti budak2 muda tu, manja2 semua”. tapi baru2 ni ada manager yang dah bertahun pengalaman, 2 minggu kerja je dah kaputtt….kira aku yang berbulan-bulan bertahan ni lagi powerla hahaha…(gurau je)
5. Lepas tu, dia akan minta ex employee to be ni untuk compensate balik dia untuk semua benda yang dia dah provide amboi kau… training rm 700 seorang kau mintak RM 1500…lepas tu kalau tak boleh bayar esok jugak (ya esok) dia kata dia hold segala claim kau, gaji kau pun sama. aku yg baru kerja masa tu mana tahu pasal labour law ni, so aku ingatkan boleh dia buat gitu. sama jugak dengan korang graduan2 nanti, masuk2 kerja akan ada orang yang ambil kesempatan atas kejahilan korang, itu aku gerenti.
6. Tak hormat masa peribadi. Aduh balik2 rumah dah pukul 10, setel2 semua ingat boleh tidolah kan tapi tak…..sampai pukul 12 nak lagi tanyaaaaaa…..tak boleh tunggu esok, bukannya klien kau oversea, masyarakattt….Kalau off HP (company punya), esoknya bersedialah kena air liur cacian boss…kalau kau outstation, dia track GPS, selang 15 minit dia call, ws tanya kau dekat mana. banyak pulak masa kau nak track pekerja. Kitorang ni bukan kerja delivery2 nak tahu dah kat mana, buat apa masa luar waktu opis apa semua..Masa cuti2 pun suruh jgn off phone. orang nak rehat, nak bersosial semua, dia sibuk nak tanya itu ini suruh itu ini.
7. takde masa solat. sibuknya kerja aku sampai masa solat pun aku kena curi, apatah lagi kalau nak lunch. nak dijadikan cerita ada satu time aku keluar atas urusan kerja tu, aku solatlah dalam 10 minit, kebetulan dia ws masa tu, aku opkos tak jawab, tengah mengadap Allah. lepas tu dia call bertubi2, tanya aku buat apa sampai tak angkt call apa smua, kenapa kat hospital lagi, tak balik2…ya Allah..

Jahat tak jahat company ni…lepas tu dapat tahu yang company ni ada kes saman employee dia..tak dapat lagi, tapi tengah try. ada ke dia mintak compensation sampai 20 ke 30 k? aku tak ingat. Jahat2..lepas tu baru aku tahu lab yang dorang ada masa aku kerja tu illegal sebab syarikat ni dealer je, bukan user, camtula. sekarang kena tutup. habis pendapatan utama dia. aku rasa pendapatan utama dia ialah amek duit daripada employee yang nak berhenti. haha..

So korang ni, graduan terutamanya, elakkanlah daripada bekerja di syarikat ni. kalau mohon melalui jobstreet, tengoklah dulu rating and review dia. memang neraka. kacau mental kau, kacau fizikal kau. aku balik rumah tak makan malam pun, sebulan kerja naik 5 kg, tak logik…. stres punya pasal. Kalau jumpa company ni, lari jauh2, jangan terpikat dengan ayat2 dorang. biar dia terkubur daripada korang tersungkur..

Dah, panjang2 nanti taknak baca, walaupun banyak lagi boleh cerita hehe

– Leman

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.