Tuesday, 3 October 2017

Nasib Pelajar IPTS

PengakuanKu

Assalamualaikum. Harap sangat confession kali ni di publish. Firstly nak minta maaf sebab saya bukan dari iium tapi dari sebuah universiti swasta di selangor.

Saya cuma nak luahkan luahan hati yang sangat sedih dan sayu. Untuk makluman, saya merupakan pelajar ipts yang baru sahaja tamat diploma selama 2 tahun setengah . Saya bukan apa, saya cuma nak confess kepada penuntut penuntut IPTA, tolong la jangan la pandang hina sangat dekat kami ni. Bila bagitahu je study dekat IPTS, semua pandang rendah plus hina sehina hinanya macam kamilah makhluk terbodoh sekali di dunia ini. Sedih tau tak? Kekadang sampai bila orang tanya study mana, aku teragak agak nak jawab, malas nak dengar cacian dan makian. Nak bagitahu, kami bukan semuanya bodoh. Tak layak dapaT IPTA, ada dia antara kami yang keluar ipta then masuk ipts, tak masuk ipta sebab tak minat kos dan etc. Jadi tolongla, saya merayu janganlah pandang hina sangat dekat kami ni.

Lagi satu , untuk pengetahuan semua, saya baru je habis diploma pendidikan awal kanak kanak(pakk). Ni lagi satu saya nak merayu, janganlah pandang hina sangat dekat kami, pelajar pakk. Macam saya, dahla pelajar dari uni swasta, ambik kos dip pakk. Memang buat saya rasa low profile sangat. Kadang2 sampai menyesal kenapa saya tak masuk uni lain lepas SPM dulu. Bukannya saya tak dapat IPTA, DAPAT tapi second intake la. (masa tu dah sambung IPTS) Dapat juga UNIKL, tapi kos berkait dengan subjek kimia. Aku serik weh dengan kimia. Takut tak boleh follow, sebab SPM dapat D .

Berbalik pada hinaan tadi, tolong la jangan anggap semua pelajar IPTS bodoh. Aku rasa result spm aku dengan result kawan yg masuk dip UITM, lebih kurang je. Means , aku punya result takde la teruk sgt. Aku amik aliran sains. Dapat 4A , 1B 2C 2D. A bahasa melayu, bahasa inggeris, agama dan math. B sejarah. C biologi dan fizik. D kimia dan add math. Tapi rezeki aku takde dekat IPTA.

Dan bila dapat result dekan, kawan dari IPTA : “kau IPTS senangla dapat dekan”. Weh, aku tak cukup tidurr setiap malam tau study. Ingat IPTS ni semua lect akan bagi A ke? Lect kat mana mana IPT sama je. Kau tak study, tak buat test, carry mark teruk , fail jugak weh.

Jadi aku merayu sangat, jangan lah pandang hina sangat kat kami. Kami pun manusia biasa, ada hati dan perasaan.

Sekian, ikhlas daripada pelajar IPTS yang selalu dihina dan dipandang rendah.

– Irdina Safiyya

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.