Assalamualaikum korang. Aku perlukan nasihat.
Parents aku bercerai waktu aku sekolah menengah. Tapi sejak aku lahir lagi parents aku dah tak okay. Mak aku bertahan demi anak-anak.
Sebagai ibu tunggal yang membesarkan anak-anak, aku lihat mak aku sangat kuat. Kadang-kadang aku terfikir, dengan siapa mak aku luahkan semua rasa sedih dia? Pada siapa dia menangis? Dia depressed tak? Dia lonely tak?
Aku sebagai anak bongsu selalu dengar luahan hati mak aku. Aku pernah dengar esakan dia dalam gelap sewaktu dia bercerita. Tapi aku tahu, itu tak cukup. Mesti lagi berat yang dia tanggung.
Walaupun aku sedar semua ni, aku kadang-kadang masih mendambakan perhatian dan sokongan dari mak aku. Aku tahu dia lalui kehidupan yang susah. Tapi aku selalu rasa kesepian. Aku tak salahkan mak aku yang dia tak perasan betapa anak dia perlukan dia. Mungkin minda dia terlalu dipenuhi dengan masalah sendiri. Mungkin juga dia tak nampak aku memerlukan dia.
Aku pernah melalui fasa depression. Tapi mak aku tak tahu. Bila aku ada masalah, aku nak sangat call mak, mengadu, dengar nasihat dia. Tapi kalau aku call dan mengadu masalah aku, mak aku mesti cakap, “Ha, siapa suruh buat macam tu? Dah pandai buat keputusan, pandai lah tanggung.” Korang faham tak perasaan aku? Aku tak benci mak aku, aku tak marah pun bila dia cakap macam tu. Tapi air mata aku hampir meleleh bila dengar respon mak aku macam tu. Aku hampir tercakap, “Boleh tak mak jangan respon macam tu?” Tapi aku tak cakap. Aku takut mak terasa, kecik hati dengan aku. Lama-lama, aku lebih suka untuk pendam masalah aku. Sebab kalau aku kongsi masalah dengan mak, aku kena condemn, kena kritik. Lepas tu aku akan jadi menyesal dengan kehidupan. Aku akan jadi lagi down lepas kongsi dengan mak aku.
Pernah jugak aku terlepas cakap dekat mak. Waktu tu aku cemburu sangat tengok kawan-kawan aku mesti pergi shopping dengan mak ayah masing-masing. Ada yang tak perlu risau pun pasal makan pakai sendiri. Sebab mak ayah yang fikir, mak ayah yang belikan. Tapi aku tak. Semenjak aku di universiti, semua benda aku beli sendiri. Pakaian dalam, pakaian luar, beg, kasut, telefon, internet, topup dan lain-lain. Memang semua lah. Kecuali bayar bulanan kereta dan a few occassion yang penting macam baju raya. Disebabkan rasa ketidakpuasan hati aku bandingkan diri aku dengan kawan-kawan, aku pernah cakap dekat mak, “Mak jarang sangat beli baju untuk adik. Shopping pun tak untuk adik. Semua adik beli sendiri.” Waktu tu mak aku tersentak, dan dia memang terasa. Dia jawab, “Kereta adik bulanan tu pun dan beratus.” Aku diam. Ya, aku sedar… Tapi lama-lama, mak aku makin berubah. Dia dah mula belikan aku baju. Sebenarnya bukan baju yang aku nak. Tapi aku nak perhatian dia. Aku nak dia fikir pasal aku, ingat aku. Dan selepas tu, dia selalu tanya, aku cukup duit tak. Walaupun aku rasa berdosa sebab mak aku tersentak dengan kata-kata aku, tapi aku dapat lihat mak cuba berubah.
Aku jarang sangat dapat call daripada mak abah aku. Contoh, dalam setahun adalah dapat 3 call. Itupun hal yang urgent macam, “No IC berapa?” Lepas tu tamat conversation. Bila orang cakap, make sure call parents paling kurang seminggu sekali, aku rasa kosong. Tiap-tiap minggu aku ingat. Tapi aku selalu batalkan hasrat untuk call mak atau abah sebab aku tak tahu nak cakap apa. Dulu aku pernah try. Tapi effort aku berkubur. Sebab aku rasa takde sambutan. Huhu. So sekarang aku Whatsapp je. Dalam 2 minggu sekali, tanya buat apa? Atau hantar gambar selfie.
Aku bukan tak bersyukur dengan apa yang aku ada. Aku berterima kasih sangat dengan mak abah aku. Aku baca posting “Tak Boleh Berhenti Menangis”, air mata aku laju mengalir. Aku sayang dua-dua mak abah. Tapi ada masa aku down, aku rasa kesepian. Rasa terlalu independent yang sebenarnya kesunyian. Kalau aku hilang dua minggu pun keluarga aku takkan notice. Aku terfikir, kalau mak ayah yang ada kekurangan, siapa yang boleh tegur cara mereka?
Aku perlukan nasihat korang. Aku perlu berbaik sangka je ke? Atau aku boleh cakap dekat mak abah aku yang aku sedih tak dapat perhatian dorang?
Tolong nasihatkan aku yang baik-baik. Aku perlukan nasihat dan sokongan yang positif di sini. Terima kasih.
– Si Anak
– Si Anak
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment