Wednesday, 4 April 2018

Gaji dan Masa Depan

PengakuanKu

Assalamualaikum salam sejahtera. Saya Nabila,26 Tahun dan insyaAllah akan mendirikan rumah tangga dalam beberapa hari sahaja lagi. Ingin saya kongsikan tentang wang, duit atau perbelanjaan.

Dulunya saya bukan jenis yang mudah nak tu, beli. Nak ni, beli. Saya akan ‘puasa’ dan dengan cara itu barulah saya beli. Kadangkala bila nak kan sesuatu dengan ibu bapa, pun saya akan bagi wang supaya mereka bawa saya ke sana ini untuk kes terpencil khas buat orang yang tidak mempunyai kenderaan huuu.

Saya graduan ijazah dan sekarang sudah masuk tahun ketiga sebagai pembantu akaun. Dengan bermula dengan RM1500 bersih, saya hidup di tengah kepesatan ibu kota ini. Ada orang dua,tiga orang tanya saya, banyak tu boleh ke hidup di KL dan alhamdulillah setakat ni sihat walafiat. Macam mana saya bahagikan wang saya?

RM500 komitmen, RM500 saving dan RM500 keperluan diri. Dua bulan awal bekerja, gaji yang sepatutnya saya saving itu saya membeli barang-barang bilik memandangkan ia kosong. Komitmen termasuk sewa bilik yang 5 minit sahaja dari pejabat, Bagi kampong, topup RM30 dan PTPTN saya bayar RM100 tetapi sepatutnya saya perlu bayar RM113.00 tapi saya pejam mata selebihnya tu. Manakala RM500 keperluan diri yang saya akan belanja RM100 untuk seminggu.

Kalau raya macam mana? Ha, bulan yang raya tu memang saya takkan simpan duit sebab saya akan gunakan sepenuhnya semasa raya nanti termasuklah baju,kuih muih dan duit raya. Biasanya dua bulan saya akan peruntukkan simpanan untuk raya. Setiap kali balik kampong, rancang siap-siap dan peruntukkan berapa yang akan digunakan semasa di kampong.

Kenaikan gaji pertama, saya terus beli medical card RM150. Dan ada lebihan sedikit maka saya tingkatkan expenses saya dan seandainya tiada penggunaan bulan tu saya akan bawa ke bulan hadapan.

Kenaikan gaji yang kedua pula saya terjumpa sebuah rumah di flat yang sama maka saya sewa dan sewakan dua buah bilik yang lainnya kepada orang lain. Masih lagi saya kekalkan saving nilai yang sama tetapi ada partition yang saya tetapkan untuk ‘orang lain’ dan tingkatkan komitmen telefon dan internet. Cumanya apabila balik kampong, perbelanjaan meningkat berbanding dahulu.

Saya tak nak ke ada kereta sendiri? Mestilah nak, sangat nak Cuma buat masa sekarang saya tak bersedia lagi dan masih lagi seronok request uber dan grab sebab boleh tukar-tukar kereta. Ada simpan atau melabur di mana-mana ke? Setakat ni simpanan di bank sendiri dan melabur di ‘saham akhirat’ insyaAllah. Saya berpegang nak kaya itu dengan berniaga jadi untuk libatkan dalam mana-mana unit trust atau selain dari itu memang saya payah sedikit. Tak teringin ke nak pakai iphone barang-barang branded? Mestilah teringin semua orang suka kot benda-benda macam tu. Jadi saya substitute barangan yang saya nak kepada barang yang saya mampu, saya cakap ke diri selalu, ‘kalau aku beli benda ni, separuh saving aku hilang. Dari aku beli ni, baik aku cari yang lagii murah tapi fungsi yang sama’. Tak rugi ke saya saving banyak macam tu setiap bulan? Mestilah tak. Lagi-lagi nak kahwin ni, ¾ saving saya pakai untuk majlis dengan niat tak mahu membebankan bakal suami dan saya beri sedikit kepada mak dan ayah tanda terima kasih sebab jaga saya selama ini.

Satu lagi sebelum terlupa, macam mana kalau bulan tu ada benda yang terjadi dan tak terduga dan terpaksa gunakan cash? cara saya, saya ambil saving saya dan saya akan gantikan pada gaji akan datang. kalau jumlah sedikit, bayarannya lump sum manakala kalau jumlahnya banyak, saya akan buat installment sedikit demi sedikit dan akan menjadi nilai yang asal. macam tu juga kalau gaji yang lambat masuk, saya gunakan saving saya dan bilamana gaji sudah masuk, saya akan replace semula saving seperti yang sudah diambil.

Ini cara saya, saya kongsikan untuk mereka yang bermula dari kosong dan mak ayah masih bekerja dan tiada tanggungan. Setiap orang berbeza-beza namun kita boleh saling kongsi mengongsi. Hitunglah seberapa banyak yang kita dah beri kerana yang kita beri itulah apa yang kita miliki nanti.

P/S: doakan keberkatan majlis kami dan perkahwinan kami nanti. Maaf salah silap dan segala kekurangan dan kata-kata yang memeningkan.

Nabila FA.

– Nabila FA

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.