Friday, 6 April 2018

Dilema Tawaran Hebat dan Minat Hati

PengakuanKu

Assalamualaikum warahmatullah.

Saya Azie, berkelulusan diploma in banking dan sudah 2 tahun bekerja sebagai teller/kerani dekat kedai pajak gadai emas & money changer (rotate tugas).

Pekerjaan saya sebenarnya bercanggah dgn passion (minat) sejak dulu lagi. Sejak habis konvo lagi saya dah bertekad nak bekerja sendiri/bisnes.

Saya ikut sifat arwah atuk, arwah atuk dulu suka berniaga dan lincah dlm mencari lubuk perniagaan.

Sifat-sifat tu tertonjol dlm diri saya semasa belajar bila saya suka masuk dropship, jual skrub muka, jual baju-baju terpakai dan alhamdulillah saya dapat income yg sangat ok dari situ.

Semasa praktikal di bank juga saya berjaya tingkatkan sales insurans bank tersebut, sehingga saya hampir diserap menjadi sales exec (commission based) di bank yg sama.

Cuma saya tak pasti sama ada saya tersilap langkah atau tak, habis saja sem akhir, saya turuti kata ayah untuk timba pengalaman di tempat-tempat terdekat.

Saya ada luahkan pada ayah dan emak tentang hasrat saya berniaga. Saya juga turutserta banyak BOP (Business Opportunity Preview) dari Great Eastern, AIA, Prubsn Takaful dan sebagainya sebagai platform niaga saya.

Parents mmg tahu saya minat. Cuma masa tu, ada 2 soalan dari parents yang saya tak mampu jawab, dan nak taknak mesti kerja:

“Duit modal kamu, mana nak dapat?”

“Misal kata la kamu tak ada sales sampai 3 bulan. Kamu nak survive macamana tu tanpa income tetap?

PTPTN? Duit minyak? Kereta ayah kamu tu kamu tukang pakai je ke? Bayarnya tidak?”

Dua soalan ni buat saya checkmate. Betul, saya tak ada income masa tu. Yg saya ada kira-kira 700 lebih iaitu saving + hasil niaga sem akhir saya.

Bimbangkan ketidakstabilan pendapatan dan beberapa kemungkinan utk kering kontang, saya ambil keputusan mencari kerja di kawasan terdekat.

Jadi dapat lah saya bekerja di tmpt pajak gadai & money changer tu sebagai teller.

Alhamdulillah seronok walaupun kerja shift, tapi OT banyak. Cuma semakin lama saya semakin bosan bila tiada apa lagi nak dicabar diri.

Ya lah, semasa permulaan kerja, saya perlu belajar cara mengenali jenis emas, cara melihat nilai emas, cuci emas, mahir mengira wang dengan pantas dan sebagainya.

Masuk bulan ke lima dan seterusnya, kualiti kerja semakin ok.

Masuk setahun keatas, saya sudah lali dan mula bosan, mata semakin seronok tengok jam menghitung waktu untuk pulang.

Jiwa makin memberontak untuk ada masa utk diri sendiri.

Ya lah, jadi pekerja front desk ni membuatkan saya susah nak cuti.

Lagi-lagi rakan yg suka MC, saya offday pun kena datang nak cover dia. Dah la offday cuma sehari. Kalau tak cukup orang, tiada lah offday. Family pun merungut susah nak nampak muka saya.

Itu baru bab cuti, belum lagi masuk bab politik kerja dan duit kaunter yang shortage kena bayar balik.

Fuh. Maafkan saya lah kalau post ni beraura negatif. Maafkan saya juga kalau ada yg bernasib lebih teruk dari saya.

Bukan tak bersyukur, cuma ni lah antara sebab saya pasang niat awal-awal utk bekerja sendiri.

Masa dgn keluarga amat penting bagi saya. Jadi saya teramat sukakan self-employment utk time flexibility tersebut.

Jadi, 3 bulan yg lalu setelah selesai peperiksaan TBE dan dilesenkan sebagai perunding takaful, saya pun memberi notis sebulan.

Sekarang masuk 2 bulan dah saya berhenti dan aktif bertakaful. Masa saya taip post ni, income sales takaful saya mencapai RM520 bersih.

Memang kecil, tapi saya yakin income melalui sales ni boleh berkembang tanpa had.

Saya sendiri pernah nampak Sales Exec di bank tmpt praktikal dulu, takde basic salary mampu raih rm4k sebulan promote insurans sahaja.

Cuma apa yg membuat saya taip di sini ialah, semalam saya dapat panggilan, saya dapat tawaran menjadi teller, iaitu kerani di sebuah bank terkenal.

Pelik saya. Dah setahun lebih saya tak hadir mana-mana interview. Bila dihubungi semula, rupanya melalui jobstreet. Saya pernah apply bank pada akhir tahun 2016, pernah interview cuma ketika itu saya gagal.

So saya masuk waiting list, akhirnya terpilih juga utk ambilan Mei ni. Saya buntu. Benda ni dah setahun lebih, saya sendiri lupa saya ada apply position ni.

Jadi nak terima ke tak?

Gajinya sedikit rendah dari gaji tmpt lama saya. Kurang RM300. Cuma kerja bank ada elaun medik dan lain-lain.

Tempatnya pula, dekat sangat dengan rumah. 10 minit pun sampai. Saya terfikir. Kenapa semudah ini rezekinya?

Dpt kerja bank. Dekat dgn rumah pula.
Tapi saya pulak dah start berniaga.

Saya suka berniaga, saya seronok bekerja sendiri. Saya akui saya amat tak mahir bekerjasama dgn manusia. Bagi saya, lebih mudah berjualbeli dgn manusia berbanding berpasukan dgn manusia.

Tapi, tipu la kalau saya kata mak ayah redha 100% anaknya berniaga. Ayah selalu minta saya cari kerja kerajaan kerana ayah pejawat awam. Mak pula, minta saya cari kerja banking.

Sekarang, saya dah dapat kerja yg mak suka. Saya excited, sbb kerja tu dpt income tetap so takyah risau nak bayar PTPTN dgn kereta ayah tiap2 bulan.

Cuma saya takut:

– akan jatuh bosan bila dah mahir kerja dlm bank tu, jadi tak semangat nak kerja.
– duit shortage sbb kerja teller pegang duit.
– politik kerja. Gosip2, kaki kipas, ni paling saya lemah sbb saya boleh jatuh lemah disebabkan politik manusia.
– Masa tak fleksibel lagi

Saya mcm tak sanggup lagi nak hangus duit gaji sebab duit shortage. Tak sanggup jugak menghadap pe’el manusia yg macam2. Masa pun saya selesa utk berjadual sendiri.

Macamana ni?

Apa patut saya buat? Teruskan takaful atau terima jadi kerani bank?

Jadi saya pinta lah sesiapa yg berfikiran matang, atau berpengalaman yg boleh share something so I can make up my mind?

Nak smash ke, nasihat pun boleh. Kot awak dapat rasa saya kurang kat mana, atau lebih kat mana ke. Saya terima dgn hati terbuka. Demi yg terbaik.

Saya ucapkan terima kasih banyak-banyak bagi yg membaca dari awal sampai akhir. Thank you.

– Azie

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.