Assalamualaikum,
Maaf kalau post ni menganggu parent yang ada anak Autisme. Terus pendek kan cerita dan pergi ke cerita sepatutnya.
Aku adalah orang yang passionate tentang development/ perkembangan manusia. Aku punya passionate ni sampai aku sanggup buat loan untuk belajar bidang ni, kerja dengan various age group untuk tengok different development.
Dan akhirnya aku SEDIKIT PUAS bila dah dapat rasa duduk dengan various age group ni so aku pilih untuk bersama kanak-kanak kecil. Things go well aku happy, aku enjoy the day and development sampai lah…..
I chose to be with one group of normal kids tapi ada sorang autisme, to be exact 5 normal kids and 1 autisme kid. They are 4 yrs old. If previously aku boleh practise all the theories (psychology and learning) dengan semua kids dan lihat perkembangan yang berkembang pesat, but this time semua jadi haywire.
Ni dah April tapi aku masih try and error. Patut aku dah fasa selesa- tahu potensi setiap kids and polish till it bright. But not this year. Bukan sahaja potensi tau, nak control the class pon aku tak mampu lagi. Korang takyah imagine kelas bilik darjah, kelas kami kadang kadang kat padang, kolam renang, playground, etc. So imagine the ASD boy, how he behave.
Kadang-kadang masa aku tulis refleksi aktiviti aku tak nampak budak lain punya potensi, I just guess and write. Yang aku nampak the boy and only him.
Kenapa tak terminate and put him in right place? (Therapist, etc)
Parent dia refuse sebab kekangan masa dan tempat. Tapi dia ni on therapy juga, cuma therapy hospital kerjaan, kadang kadang jela kan.
Lagi satu super bos aku pun ambil initiatif untuk bantu the boy tapi….. aku jadi tak ikhlas tau.
Aku suka je berpenat lelah bersama dia dan kids lain. Tapi aku takde ilmu. Paham tak ada masa yang dia mengamok cam gila, aku tak tau apa nak buat. Rasa nak potong masak sup je. Rasa jelaaa. Sebab aku tak tau!
Aku belajar dari facebook, group autisme kat facebook tu je. Serious tak dapat nak bantu dia sangat pon.
Dan jujurnya juga, aku kesian kat kids lain. Dorang hanya stick pada development yang sama tak dapat nak improve. Sebab? Aku dok prihatin lebih ke ASD boy. Tak laa aku saja prihatin, but I have to. Kalau tak dia luar biasa :(
Tah laa susah nak disuarakan sebab saya yang menurut perintah je.
Banyak aku belajar dari dia. Aku sayang anak aku gila gila dan track setiap perkembangan anak aku pon sebab dia. Lain sangat tau rasa be together dengan anak yang sangat istimewa ni. Sabar memang kena nombor satu. Kalau budak lain 2 aktiviti je sehari, dengan dia aku kena pikir at least 5 aktiviti. Attention span dia kejap, so bila dia buat dia bosan atau tak boleh, dia nak next. Sampai gugur lah rambut aku pikir APA LAGI NAK BUAT? Haha.
Korang doakan aku sabar dan ada masa untuk attend kursus later tau.
Track development anak kita baik baik, banyakkan aktiviti bersama sedari baby. Tak tahu belajar dari post sharing di fb. Try hard now while there is time.
Good luck all!
– Teacher
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment