Wednesday, 4 April 2018

Hidup Sebagai Seorang Wartawan

PengakuanKu

Hi, aku Tullip Merah. Sebelum ni aku dah beberapa kali confessed kat sini, tapi kali ni aku tak nak bercakap tentang isu dalam keluarga mertua aku,sebaliknya aku nak confessed tentang sesuatu yang aku tak kongsikan dengan sesiapa, iaitu kecintaan aku pada menulis.

Aku pelajar Sastera yang tak berapa minat dengan Kesusasteraan Melayu, tapi aku ada minat yang mendalam untuk menulis. Lepas tamat sekolah, aku ambil jurusan Mass Comm dan seterusnya living the dream of becoming a journalist. Ya, aku wartawan. Tapi itu dulu. Walaupun gaji yang aku terima cukup-cukup makan, kadang tu tercungap-cungap, tapi aku akui, aku seronok berdepan tekanan dan dalam masa sama, menzahirkan perasaan menerusi tulisan.

Aku akui kadang tu bila aku geram dengan subject yang menjadi bahan liputan (specially OKT ((Orang Kena Tuduh)) yang rogol/liwat anak, OKT bunuh individu lain, ahli politik bercakap bohong, ahli politik berjanji manis lebih daripada kerajaan) aku tambahkan rempah ratus, perisa dalam artikel, biar pembaca yang membaca membara sama. Itu tak apa, janji tak lari fakta, tak putar belit cerita.

Aku akui ramai mencemuh bidang kewartawanan, katanya wartawan tak guna, wartawan putar belit cerita, wartawan tak buat kerja, wartawan tidur, wartawan itu wartawan ini. Korang tahu tak keringat yang kami perah untuk dapatkan upah (gaji) yang tak seberapa tu? Ada ke netizen yang agak bersimpati dengan kami?Kesiannya dia, kesiannya anak dia, pukul 1 pagi, 2 pagi, baru sampai rumah. Itu belum cerita tengah sedap lena tiba-tiba diganggu dengan phone call, ada bangsa asing gantung diri di sebuah taman permainan, maka melompatlah kami daripada katil semata-mata nak kejarkan berita. Tak cerita lagi kerja 36 jam straight non-stop (tu pun bos tak nampak lagi effort) untuk sebuah pesawat negara yang hilang suatu ketika dahulu. Penat? Ya memang penat. Tidur pun kadang-kadang di atas lantai, di bawah meja. Itu perkara biasa.

Wahai netizen, kami tak minta untuk dihargai, cuma kami pinta difahami yang kami juga berpeluh keringat seperti anda. Berpanas berhujan seperti anda. Kami tak duduk rileks di pejabat sambil menghirup kopi panas yang aromanya segar seperti baharu di‘brew’ (iklan Nescafe). Ada kalanya kami terpaksa meninggalkan buah hati si kecil intan payung sayang tanpa mengucapkan selamat tinggal di pagi hari. Pulang pula bila mata si comel pipi merah kami terkatup rapat di malam hari.

Kerja wartawan adalah sesuatu yang mencabar. Nampak comel tapi bukan dia. Adakalanya kami meninggalkan sarang, berkhidmat di sempadan negara bergolak, menyajikan fresh news-live di medan peluru berterbangan di atas kepala kami, hingga ada yang nyawanya terkorban dek peluru yang bukan ditujukan untuknya, semuanya kami lakukan demi rakyat Malaysia.

Ada amukan di media sosial, katanya berita artis berita sampah, berita viral berita sampah. Ketahuilah kalian, kami tidak akan menyuap kalian dengan lambakan berita artis semata-mata, cubalah fokus seketika di segmen berita semasa, nasional, dan politik, maka anda akan lihat kebanjiran berita bukan-artis di segmen tersebut. Its simple, jika anda fokus ‘tenung’ sejenis lauk sahaja di atas meja, maka anda hanya akan nampak lauk itu sahaja yang ada di atas meja makan.

Apa yang kami lakukan bukan kerana gaji semata-mata, tetapi kerana kami cintakan apa yang kami lakukan, mengandung sembilan bulan pun kamimasih memanjat tangga untuk ke lokasi assignment, masih berjalan kaki meredah lautan manusia yang kemaruk berhimpun demi parti politik masing-masing. Kami mahu memberitahu rakyat apa yang kami tahu. Kami mahu menjadi yang pertama berkongsi kepada netizen. Bak kata omputeh, sharing is caring. Tak dinafi ada rakan seangkatan kami yang melaporkan berita yang hanya 50 peratus daripadanya benar, sebahagian lagi diputar belit. Dek kerana pemberitaan sebegitulah kerjaya kami dipandang serong, dipandang enteng oleh netizen. Ya, salahnya bukan terletak di atas bahu kalian. Ya, sisi lemah itu terletak pada kami. Di sini aku ingin berpesan, jadilah rakyat bijak membuat pertimbangan. Tentukan kesahihannya dengan menyemak berita sama di dua,tiga saluran berita berbeza.

Wahai rakyat jelata, kami tak kisah dikecam, kecamlah selagi nyawa dikandung badan, tak mengapa. Kecamlah kami dek penulisan yang gagal tatabahasa dan struktur ayat, we can take up the heat. Tapi jangan kecam kami kerana parti/pemimpin politik.Jangan kerana taksubkan parti/pemimpin, anda makikan kami yang hanya melaporkan penulisan mengenai parti/pemimpin tersebut. Percayalah kepada komunikasi dua hala, sekiranya hanya sebelah pihak kuat menyalak, di mana letaknya keadilan dan integriti sistem berpolitik dalam negara? Dengan laporan media, yang sentiasa setia berkongsi maklumat dengan rakyat, pimpinan politik sedikit sebanyak takut untuk berlaku ‘curang’ dengan kepercayaan yang diletakkan oleh rakyat.

Kini aku tak lagi berada dalam bidang kewartawanan. Namun rindu aku pada bidang penulisan tak dapat disangkal. Setiap hari aku cemburu dengan rakan-rakan yang ‘turun padang’ mengaut berita dan menuai ‘hasil’ untuk dipersembah kepada netizen.

Aku ingin kembali ke dalam bidang itu, namun komitmen hidup menuntut untuk aku tidak lagi berada di dalam bidang itu. I still love what I do now, it’s just I love my previous career more than these one. Netizen, untuk kali ini, untuk hari ini, aku minta kalian doakan rakan-rakan aku yang masih berhempas-pulas menyajikan berita untuk kalian. Trust me, the struggle is real. Walaupun aku tak lagi berada dalam bidang sama, aku kasihankan rakan-rakan yang setiap hari dikecam dek kerana penulisan yang gagal menepati selera setiap seorang daripada 32 juta rakyat negara ini. Dan doakan aku juga untuk BERSYUKUR dengan apa yang aku ada. Doakan aku untuk terus kuat mengharung dugaan dan ujian dari ALLAH. Doakan juga sesama umat kita untuk terus positif setiap hari. #spreadpositivity. #notfansofIqramDinzzly.
Assalamualaikum

Tullip Merah

– Tullip Merah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.