Wednesday, 4 April 2018

Ajaibnya Dhuha dan Waqiah

PengakuanKu

Alhamdulillah…pujian ke atasNya. Apa yang aku nak sampaikan kat sini adalah berkaitan dengan solat dhuha dan waqiah. Aku tau ramai orang lain sebelum ni dah bagi confession benda yang sama. Kali ni aku cuba bagi testimoni aku pulak. Masa nak start tulis ni pun aku still rasa tak percaya betul ke apa yang aku dapat selepas amalkan waqiah dan dhuha ni. But believe me…you’ve got to try this out. Tapi bila dah dapat apa yang korang nak tu janganlah pulak korang lupa nak berterima kasih pada Allah dan tinggalkan dhuha and waqiah tu. Amalkan lah ia sehingga ke akhir hayat. Banyak sungguh manfaat dan kelebihan dia.

Okay aku start. Aku adalah seorang graduan yang da lama jugak la menganggur. Aku grad dari salah satu IPTA awam tahun 2014 dulu. Since then kerja yang aku buat sume takde kene mengena langsung dengan bidang aku which is sains biology. And for your info tahun ni aku dapat offer untuk bekerja di salah satu bank terkenal jugak di Malaysia ni. Tapi aku dapat department di mana aku rasa semua lulusan pun boleh bekerja disini as long as kau boleh kerja shift and tahan maki. Sebab ramai aku dengar respon2 dari kawan2 yang kerja di department ni jugak. To be honest ia berkait rapat dengan customer service. Haaa korang mesti boleh agak dah kot. Hi hi hi. Tapi time tu ak desperate nak kerja sebab aku perlu ada duit takkan la umur da lanjut camni masih nak mintak kat mak ayah. Unless kalau terpaksa sangat sangat. Alhamdulillah aku lepas sampai ke second interview. And aku start bekerja bulan januari 2018. After training aku pun start kerja macam biase and guess what. I thought I can make it but in the end aku buat keputusan untuk resign. Drastik and aku rasa orang pun akan cakap bodoh nya decision kau ni. Bukan senang nak masuk bank xxxxx ni. Adalah sebab2 yang membuatkan aku nak resign secepat ini. And aku langsung tak cerita pun perkara ni pada mak ayah aku. Yang tau hal ni housemate rumah sewa aku and of course my closest buddies. Tu je. Aku kerja sampai hujung bulan february. Dalam dua bulan je la aku kerja. Duit gaji tu ak simpan seketat2 nya sebab aku tau aku boros tahap dewa. Untuk bekalan mencari kerja nanti and duit rumah sewa, duit minyak kereta. Banyak jugak tu nak kene consider. Masa aku resign aku belum ada back up job. So menonong gitu jela aku berhenti kerja. Tapi waktu tu dalam hati aku, aku yakin seyakin yakinnya Allah akan tolong aku untuk aku dapat kerja lain yang lagi baik. So aku gamble gila hidup aku tanpa kerja selama sebulan lebih la jugak.

Tapi sepanjang aku jobless bulan mac ritu, aku ubah gaya hidup aku. Aku amalkan dhuha, surah waqiah stiap hari tak pernah tinggal. Kalau period baca pulak al-ma’thurat. Malam2 kalau terjaga bangun buat tahajud and solat hajat. Walaupun waktu tu duit aku hampir kering sangat1000x sebab aku banyak guna untuk pergi interview sana sini, walk in hantar resume sana sini, pendek kata seluruh kawasan kl tu ak da jalan untuk hantar resume and aku pergi interview melalui panggilan jobstreet. Jobstreet tu pulak sampai dah bagi warning sebab dalam masa sebulan aku dah apply more than 200 jobs. Haaa bayangkanlah betapa terdesaknya aku. Tapi duit yang makin kering tu ajaibnya cukup untuk makan minum aku, duit minyak kereta, bagi duit kat mak ayah, bayar rumah sewa yang beratus2 tu lagi, bil telefon bagai. Allah…ajaib sungguh. Gaji aku masa kerja bank dulu tak tinggi mana pun. Tak sampai 2K pun. Lepas tolah epf socso apa semua, so sikit lah dia.

Masa aku solat dhuha, tahajud and solat hajat tu, aku memang berserah sepenuhnya pada Allah dan hati aku tersangatttttt yakin yang Allah akan tolong aku dan dengar doa aku. Aku cakap dalam doa aku, takde sorang pun manusia yang boleh tolong aku waktu ni untuk aku dapatkan kerja melainkan Allah. Dan Dia suka kan kalau kita meminta2 padaNya. Sampai satu masa, aku rasa bersalah bila aku tinggal baca waqiah or solat dhuha ni. Pendek kata dah biasa. Sebab tu orang kata, kalau hati kita rasa terpaksa utk solat, solat je biarpun rasa terpaksa. Sebab lama kelamaan dia jadi satu kebiasaan and waktu tu lah ko akan rasa tenangnya bila aku tak tinggal solat dan amalkan solat sunat ni semua. Percayalah. Korang pun kene buat testimoni ni. Sebab bagi aku, aku baru buat dalam sebulan and aku terharu sebab seperti nya doa aku pada Allah tiada hijab. Means doa aku direct pada Allah.

Sebagai resultnya, aku baru diterima bekerja seperti yang aku idam idamkan. Aku menangis sebab kerja yang aku apply ni bagi aku mustahil and susah untuk dapat. Sebabnya aku terpaksa bersaing dengan candidate lain yang mesti ada pengalaman jauh lebih berharga. For your info, aku takde pengalaman dalam pekerjaan aku mintak ni. Ok lah aku cerita. Admin je pun. Ha ha. Admin tapi under syarikat yang aku rasa susah lah untuk masuk. And aku tak percaya aku salah seorang candidate being shortlisted from 200 person yang applied for the same position ok. And dalam masa seminggu selepas interview, alhamdulillah aku diterima bekerja. Aku jobless dalam 6 minggu. Beribu aku habis and aku masih ada sisa2 wang yang boleh untuk tampung aku makan sehingga kini. Syukur yang tak tertanggung. Jadi, tu lah sedikit sebanyak testimoni dhuha dan waqiah aku. Korang kene yakin pada benda ni, amalkanlah nescaya hidup korang tenang dan akan terhindar dari segala kesulitan. Rasanya tu je yang aku nak cerita. Terima kasih sudi membaca, and kepada korang diluar sana tu jangan cepat putus asa dalam mencari kerja. Memang bukan senang sekarang nak cari kerja, aku faham penderitaan yang korang lalui, caci maki and herdik dari orang sekeliling lagi. Mesti depress. Berbaliklah pada amalan yang baik ni. Inshaallah korang akan nampak sinarnya.

– Anne

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.