Thursday, 5 April 2018

Ragam Manusia

PengakuanKu

Hai readers. Untuk pengenalan, nama aku Humaira Qaisara. Lebih mesra dengan panggilan Maira. Okey, bab pengenalan cukup lah setakat tu.. Tujuan aku tulis confession kali ni ialah sebab aku stress. Stress sangat dengan orang-orang di sekeliling aku. Aku ni pendiam dan suka memendam rasa sampailah aku dah takleh nak simpan sorang-sorang dah, aku buat keputusan nak luah kat sini. Kalau ada yang kenal aku, jangan tag fb aku okey. Aku tak kacau hidup orang, tapi kenapa orang kacau hidup aku? Meh aku nak listkan kenapa aku stress dengan orang sekeliling aku..

1. Kau pernah tak jumpa dengan orang yang suka ambil kesempatan di atas kebaikan orang lain? Haa.. aku buat baik dengan orang, tolong orang bila mereka perlukan bantuan aku, aku cuba tolong semua orang sehabis baik, bila orang masuk ofis lambat ke, pergi setelkan urusan anak ke, aku tolong cover dan back up kat ofis. Tapi kenapa bila kita buat baik dengan orang, orang akan ambil kesempatan atas kita? Aku rasa dipergunakan. Kenapa aku cakap camtu? Sebab time orang susah aku tolong. Tapi time aku memerlukan bantuan orang, macam-macam alasan yang orang berikan. Takde la semua orang maksud aku, tapi ada la sesetengah.. konsep aku senang je, aku mudahkan kerja orang lain dengan harapan orang akan mudahkan kerja aku. Simple. Takk.. aku tak mengungkit. Tapi aku sekadar luahkan perasaan aku. Janganlah kecam aku.

2. Bila aku ada urusan kecemasan kat kampung, terpaksa balik awal, sangat-sangat jarang ok, bukan selalu aku balik awal, mula lah orang berkata-kata. Bercakap macam-macam. Aku balik dalam sejam awal camtu je sebab nak kejar flight. padahal tolak waktu off aku, bukannya aku mengular. Sedangkan mereka yang mengata aku tu, masuk kerja paling awal 8.30 pagi, pastu bertenggek kat mana-mana duk sembang. (bukan semua ye..) Pukul 9.30 pagi sampai 10 lebih duk lepak kat pantri minum pagi. Lepas siap minum pagi, duduk kat meja main handphone, bersembang, kerja still tak jalan. (hanya segelintir yang spesis camni).. pastu pukul 12.30 tghari dah start angkat handbag pergi keluar lunch. Pastu masuk ofis paling awal pukul 2.30 petang. Petang baru start buat kerja. Tepat pukul 5 petang, dah kalut nak balik. (aku tekankan sekali lagi kat sini, bukan semua ye..).. Kesilapan yang kita buat jarang-jarang tu mudah je orang nampak, bercakap, tapi yang mereka buat setiap hari ni takde pun nak muhasabah diri sendiri. Aku pun ada jugak main-main, bersembang dengan orang sebelah aku time aku free, tapi takde la sampai kerja aku tertunggak.. aduii. Payah la kalau nak tegur cara orang lama buat kerja ni. Aku baru je kerja 7 tahun kat situ, so masih dikira ‘orang baru’ memandangkan aku yang paling baru kat situ. ohh ye, aku masuk kerja ni masa umur aku 18 tahun.

3. Bab cuti.. aku rasa orang yang berstatus bujang ni walau kerja kat mana pun mesti akan bermasalah. Kenapa? Sebab keutamaan cuti dan kelepasan cuti akan diberi kepada mereka yang berkahwin. Eh dah kenapa? Kau je ada keluarga? Aku takde mak bapak ke? Kadang-kadang ada jugak aku fight dengan dorang bab ni. Tapi dah aku sorang bujang, yang lain semua dah berkahwin ,memang taklah aku menang kan? So last-last aku berdiam diri dan terima kekalahan aku dengan hati yang walang. Nak nak kalau bab cuti raya dan cuti sekolah. Adoiii.. Tapi yang paling aku sentap.. haritu mak aku sakit. Aku dapat tahu dari kakak aku. Masa tu aku tengah kerja, kat ofis. So aku cakap la kat dorang, aku nak ambil emergency leave sebab nak balik kampung. Aku cakap la akak aku call aku cakap pasal mak aku tak sihat ni. Dorang boleh cakap, alah, kakak kau kan ada kat kampung, boleh tengokkan mak kau. Takpayah balik, kalau kau balik, sape nak take over kerja kau kat sini sepanjang kau bercuti.. perghh aku time tu memang rasa menyirap gila. Selama ni korang bercuti, aku tolong cover kerja korang okey je. Tapi bila aku ada emergency, camni korang buat aku? Aku terus pergi jumpa boss aku, mintak cuti kecemasan. Hari tu jugak aku balik. Lantak korang la nak cakap apa pun. Bising pasal isu ni sampai berminggu-minggu tau. Sabar jela. Mak ayah aku adalah nyawa aku. Bila libatkan isu mak ayah, aku memang akan utamakan mak ayah aku. Maaflah kakak-kakak kat ofis sebab Maira tertinggi suara dengan korang haritu. Emosi Maira tak stabil time tu sebab bimbangkan keadaan mak Maira. Bila dah tengok mak dengan mata kepala Maira sendiri, barulah otak ni berfungsi normal balik.

4. Hidup aku kat Bandar Kuala Lumpur ni takde menarik sangat. Aku pegi keje, balik keje terus balik rumah. Pastu duk bersantai layan anime sampai la waktu tidur aku. Bangun pagi ulang balik rutin yang sama. Hari cuti? Aku keluar rumah hanya bila perlu. Keluar malam? Jauh sekali. Tak menarik kan hidup aku kat KL ni? Aku dah terbiasa dengan rutin aku kat kampung. Kat kampung, aku hanya keluar bertemankan family aku. Sebab tu walau dah 7 tahun aku duduk kat KL ni jiwa aku tak serasi kat sini. Jiwa aku lebih kepada kampung. Bila aku jenis camni, orang ofis aku cakap aku ni tak pandai bersosial, cakap aku ni katak bawah tempurung sebab duduk kat bandar tapi tak hayati dan enjoy hidup aku. tapi apa boleh buat, aku selesa dengan gaya hidup camni. Lepas tu, mulalah kaitkan perangai aku yang suka duduk rumah ni dengan lambat kahwin. Mane ada lambat. Aku baru 25 kot. Adoii.

Setakat ni jela luahan hati aku. maafkan aku kerana kekurangan dan tak mampu puaskan hati semua orang. Tapi ingatlah.. Jalan hidup kita berbeza, jangan samakan jalan hidup kita dengan orang lain. Doakan supaya aku terus bersabar dalam menghadapi spesis manusia yang pentingkan diri. Dan doakan aku supaya aku mendapat jodoh yang baik. Amiin :)

– Humaira Qaisara

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.