Bukan feminist ..
Tapi saya cuma hairan dan sedikit tidak puas hati , kenapa SEMUA kerja rumah mesti dilakukan oleh orang perempuan sahaja .
SEMUA
Kenapa orang lelaki (x semua , tapi majoriti) susah nak buat kerja rumah. Susah nak basuh pinggan mangkuk SENDIRI , susah nak letak baju kotor SENDIRI dalam bakul baju kotor di dapur, susah nak kemas bilik SENDIRI , susah nak susah nak bantu hidangkan lauk pauk untuk makanan seisi keluarga, susah nak tolong isikan lauk/ nasi yang dah habis di meja makan, susah nak tolong angkat mangkuk2 lauk/nasi ke dapur bila selesai makan , susah nak lap lantai kalau ada kotoran , susah nak tolong angkat jemuran kalau tiba2 hujan, susah nak tolong angkat jemuran kalau baju dah kering, susah nak tolong sapu sampah di lantai rumah kalau nampak kotor, susah nak tolong bersihkan bilik air /bilik mandi yang dipakai seisi keluarga, susah nak tolong buang sampah kalau dh penuh, susah nak tolong refillkan sabun/shampoo yang dh habis di bilik air.
Benda kecil kan ? Tapi kenapa awak susah nak tolong?
Sebab awak suami/ayah , jadi awk penat bekerja ? Okay itu saya faham. Tapi kalau si perempuan tu (isteri awk) pon bekerja jgk , jadi awk rasa awk sorang ja ka yang penat ????
Kita sama2 penat. Jadi sama2 la BANTU kami-kami ni buat kerja rumah.
Setiap hari bantu sikit pon jadi la. Satu pon jadi la. Kami cukup gembira dah.
Masalahnya hang yang x kerja lagi ni ( adik beradik lelaki) hang nak kasi alasan apa jebonnn ???
Sebab kau lelaki ? Jadi kau x perlu buat kerja rumah ? Sebab mak/ kakak/ adik kau perempuan , jadi mereka yang kene buat kerja rumah ???
Please stop this mind-set . Saya merayu. Kerja rumah bukan kerja wanita sahaja. Kita sama2 duduk dalam satu rumah , sama2 guna segala barang dlm rumah , jadi kene sama2 la bersihkan. Sama2 la kemas. Sama2 la amek tahu hal dalam rumah. Sama2 la jaga rumah tu. Bukan isteri/mak/ kakak/adik perempuan awak sahaja.
Kepada ayah dan ibu semua , tolong berhenti tanamkan dalam kepala anak2 awak, orang perempuan sahaja yang kene buat kerja rumah. Mula la latih anak2 awak , kedua dua lelaki dan perempuan untuk sama2 brtanggungjawab melakukan kerja rumah. Seawal usia awak nak latih anak dara awk buat kerja rumah , seawal usia itu la awk kene juga latih anak teruna awak untuk buat kerja rumah.
Ajar semua anak2 awak, lelaki dan perempuan , bahawa kerja rumah itu adalah tanggungjawab semua orang, tanggungjawab ayah , ibu , dan anak2.
InshaAllah , kalau semua ahli keluarga ada kesedaran , semua orang happy.
Dari sekarang okay ibu bapa. Dari sekarang awak dah boleh ubah persepsi masyarakat.
Dengan berubahnya mind-set ni , dengan didikan ini terhadap anak2 anda, inshaAllah kita dapat lahirkan LEBIH RAMAI (sbb skrg dh ada cuma sikit) , bakal suami & menantu lelaki yang disenangi ramai dari segi kerajinannya.
Saya tahu dan faham lelaki sudah penat bekerja untuk menanggung hidup wanita , tapi hmmm harap awak faham kami pon penat kalau nak buat kerja rumah semua sorang2. Kami perempuan pon ada kerja lain jgak.
Saya faham yang lelaki nak lepak dgn kawan2, nak main futsal , nak main game , nak pegi dating. Tapi kami2 , (adik2 beradik perempuan awk) , pon ada life dan aktiviti2 yang kami nak buat, kami pon ada member, kami pon ada keje lain.
Jadi , Kita sama ja so jangan bagi alasan okay awk x nak bantu kami buat kerja rumah.
Kami wanita2 ni bukan bibik/orang gaji ya
Kepada para lelaki yang memang membantu wanita buat kerja rumah walaupun sedikit, saya nak ucapkan terima kasih banyak2 kepada awak semua ya
– Pika , seorang ank perempuan, kakak , bakal isteri dan ibu
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment