Thursday, 2 August 2018

Perempuan Perasan Lagi

PengakuanKu

Assalamualaikum. Terlebih dulu aku ucap terima kasih pada admin yer jika cerita aku sudi diterbitkan.

Aku nak ceritakan sedikit pengalaman aku pasal diri aku sebagai perempuan. Sebelum ni, aku ada terbaca pasal confession dekat sini dulu, tahun lepas kalau aku tak silap, masih aku ingat tajuk dia, “Perempuan, Jangan Cepat Perasan”. Aku pernah alami juga apa yang confessor alami, hampir sama. Ye, akulah antara perempuan yang cepat perempuan.

Panjang pula intro yer. Aku terus masuk cerita aku, begini… aku mendapat kerja di tempat aku buat latihan industri beberapa bulan lepas. Semasa aku dalam latihan industri, aku berjumpa dengan seorang pegawai ni. Aku namakan dia Encik Pie (bukan nama sebenar). Encik Pie ni sangatlah baik dengan aku semasa aku jalani latihan industri dulu berbanding staf dan pegawai lelaki yang lain. Layanan dia pun lebih pada aku berbanding kawan aku yang seorang lagi yang sama-sama LI dengan aku. Untuk pengetahuan, kawan aku tu perempuan juga. Kenapa aku tahu pasal layanan tu, Encik Pie ni selalu kena kerja luar. Jadi, bila dia nak pergi kerja luar dia akan tanya aku, “Ira, hujung minggu ada pergi mana-mana tak? Jom ikut saya join program bla bla blaa. Nanti saya nama awak dengan Efa (kawan aku yang sama² LI). Setiap kali aku ikut dia, kursus tu, tiap kali tu aku akan tanya Efa tu, Encik Pie ada bagitau tak dia kena ikut pergi program sekali, dia kata tak ada pun.

Masa pergi bertiga, Encik Pie ni pergi sendiri. Aku pergi dengan kawan aku. Lepastu bila dah sampai tempat kursus, dia tanya aku naik apa, tapi dia tak tanya pun kawan aku tu datang naik apa.

Sampailah satu hari ni, aku kena pergi kursus lain, berdua je dengan Encik Pie. Lepastu, balik dari kursus dia ajak minum minum dengan kawan baik dia, staf pejabat yang sama juga cuma berlainan branch.

Jadi, masa minum minum tu, kawan baik dia, Kak Fifi nama aku beri, dia tanya aku, “Ira ni dah ada yang punya belum, kalau belum Pie ni kosong lagi”

Encik Pie senyum je, lepastu dia kata, “Haah boleh je”. Seolah-olah macam perjumpaan tu dah dirancang. Aturcara tu memang dirancang antara mereka dua tapi macam ada sesuatu yang lain.

Masa aku pergi kursus dengan Encik Pie tu, dia ada ambil gambar aku secara sembunyi², eh tapi mana aku tahu kan? Encik Pie ni sejenis lelaki yang suka ambil gambar, jadi korang boleh baca bahasa tubuh orang yang pegang phone untuk mesej or chat atau pun ambil gambar, jadi aku sergah je dia via Whatsapp, aku saje je test, tak tau pula dia agak lurus, akucakap “Encik Pie, ada ambil gambar saya ke tadi, nanti send yer”. Betul dia hantar.

Dekat pejabat pulak, setiap kali dia lalu dekat meja aku, mesti dia akan panggil nama aku dan dia tak buat pun dekat pegawai lain hatta dengan kawan aku tu pun tak ada macamtu, manalah aku tak berperasan menambah rencah perasa dalam ruang hati sendiri.

Sampailah satu hari, hubungan kami mula renggang saat aku dah mula hati berbunga-bunga dengan dia, gara-gara dia nampak aku bergambar dengan kawan lelaki aku yang masa tu tengah cuti semester dan kiteorang pegi lepak sama². Adalah aku upload beberapa gambar dengan kawan aku tu. Aku rasa biasa jelah, kawan. Dia tu keluar dengan Kak Fifi bini orang, boleh je. Jangan sentuh part ikhtilat, aku tahu benda ni mesti jadi isu nanti. Ok sambung…

Jadi aku pun pergi pejabat macam biasa, haritu tak ada lagi dia panggil panggil aku dekat meja.

Mula-mula aku ingat biasa je, kemudian berlanjutan. Sampai lah orang pejabat mula nampak perubahan antara kami dua terutamanya Kak Nura antara kawan yang baik dengan Encik Pie dekat pejabat.

Lepastu end upnya, Encik Pie anggap aku yang ada perasaan dulu dekat dia, selepas apa yang dia buat dekat aku, dekat mata aku, ada benda yang sweet.

Aku cuma seorang perempuan biasa yang mudah jatuh hati. Aduh.

Tapi itu cukup buat aku sedikit ‘trauma’. Dan belakangan ini, aku rapat dengan seorang lelaki yang selalu approach aku dulu, dan dia selalu berbual nak libatkan urusan “kita” berbanding urusan dia seorang. Yg ni aku bagi nama dia, Haq. Bila kawan aku dapat tahu, dia kata agaknya Haq tu suka aku. Sebab dia suka babitkan ‘kita’, contoh, kalau ada apa-apa program, jemputlah saya, kalau free, kita boleh jumpa.

“Jom pergi seminar ni ada dekat satu tempat ni, nanti kita dapat ilmu sama-sama”. Kalau aku tak dapat join pun seminar tu, dia akan sharing dengan aku. Tapi, aku ni jenis cepat serik. Aku betul-betul dah terkena dengan Encik Pie, aku cuma bagitau kawan aku, kalau Haq suka, dia beritahu. Aku malas berteka teki.

Aku mula pukul rata, lelaki ni dia baik. Dan kebaikan dia selalu disalahtafsir oleh perempuan yang lembut hati, cepat cair macam aiskrim dan lain-lain.

Aku harap cerita aku jelas. Menjadi teladan pada yang ada crush ke apa, tak payahlah harap crush korang suka korang balik, mungkin 5% je yang menjadi. Aku dah perasan lagi. Korang macamana? Hahaha.

Terima kasih kerana sudi baca. Ada yg tak jelas, korang faham-fahamkan jelah. Hehe. Sekian.

– Hatira

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.