Thursday, 2 August 2018

Aku Nyaris Jadi Husna

PengakuanKu

saya tahu ramai dh cerita psl husna..saya just nak share pengalaman saya pernah menjadi husna dan saya bersyukur sgt yang Allah selamat kan saya..

Cerita nya bermula selepas saya habis belajar, saya seorang yang tak pernah couple, yang agak pendiam dgn orang yang tak kenal, ramai la juga yang approach masa sekolah, masa plkn pn ramai masa U pun ada tapi saya tak pernah melayan, masa nak tunggu konvo saya kenal dgn seorang lelaki ni di fb..Nama dia K.. ni selalu puji saya cantik dan sebagainya, entah bagaimana saya boleh suka dekat dia padahal dia tak hensem, kaya pun tak, mula2 macam nampak kaya rupanya banyak menipu je..dia kata dia bujang.

Kitorang couple bertahun juga, saya tak pernah cerita pada sapa2, ktorang jauh, ibarat saya di selatan dia di barat..tapi kitorang ada juga berjumpa sekali sekala..suatu hari dia berterus terang dgn saya yang dia dah berkahwin..tapi tak pernah sentuh isteri dia..masa tu saya rasa sedih sangat, tak tau apa nak buat, dia ugut nak bunuh diri jika saya tinggalkan dia, sbb kan “sayang” saya terus kan, isteri dia dah tau lama hubungan kami tapi dia merestui, kitorang pernah berjumpa juga..

Masa saya jadi “husna” saya rasa betapa teruk nya diri saya..saya cemburu, saya tak bagi dia sentuh isteri dia, saya maki hamun isteri dia..teruknya saya masa tu..tapi saya tak pernah tinggal solat saya mengaji setiap hari, saya ada juga buat solat sunat, solat dhuha setiap hari. saya selalu bertaubat sbb rs diri banyak dosa..

masa couple tu mcm2 jadi, saya dapat tau isteri dia beranak, saya tak dapat terima tapi tetap saya bayarkan moto dia, kete dia, bila kuar saya belanja, macam lembu kena cucuk idung, bila saya ajak dia kahwin, dia selalu bagi alasan yang dia miskin tak layak lagi kawen dua, dia kata nak buka bisnes tapi takde duit. disebabkan “sayang” saya buat pinjaman untuk dia buka bisnes, sampai la rugi puluh2 ribu, dia tinggalkan saya. Masa tu sedih sangat, saya merayu bagai tak jalan. waktu ni jadi 2 bulan lepas mak saya balik dari mekah.

Masa tu kami pun putus, waktu tu ada hadir lelaki lain, nama dia F, ntah kenapa saya jadi suka F, masa tu ada juga si K ada datang kembali, namun disebabkan saya dah suka F hati saya tertutup utk K. Tapi si F hanya lah singgahan sementara sbb dia hanya anggap saya kawan, dan saya tahu kenapa, sbb Allah nak permudahkan hidup sy, F baik tapi tak sesuai hidup saya..sebab kecewa dengan F saya ambil keputusan untuk ke Mekah guna duit yang saya masih ada..

Sebelum ke mekah saya start pakai stokin, solat dhuha setiap hari, saya solat taubat, solat hajat, istikharah setiap hari..sampai la saya ke mekah saya berdoa pada Allah sekiranya F bukan untuk saya, kurniakan dia isteri yang solehah, dan kurniakan saya jodoh yang terbaik..

Akhirnya 6 bulan selepas saya balik dari mekah, hadirnya seorang lelaki yang sekarang ini suami saya, kami kenal melalui agent yang bawa saya ke mekah..kami tak couple, kami terus berkahwin, dia tak pernah bercinta sebelum ni, dia terlalu baik sehingga saya rasa saya tak layak.untuk dia, namun siapalah saya menidakkan jodoh yang Allah aturkan..semuanya indah selepas berkahwin.

saya masih lagi menanggung hutang namun tak pernah lagi saya hubungi K, apatah lagi minta dia bayar segala hutang, biarlah Allah yang tentukan semuanya, saya maafkan dia, sbb saya pun salah juga..biarlah dia dengan kehidupan dia..

Cerita ni tak pernah satu orang pun tahu, termasuk suami saya, dia tak pernah bertanya dan saya tak pernah bercerita pada dia..biarlah Allah saja yang tahu..apa pun saya bersyukur. Terima Kasih Allah atas segalanya..doakan saya dikurniakan anak suatu hari nanti..

– rahmah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.