Thursday, 2 August 2018

Unsafe School

PengakuanKu

Bismillahiramanirahim

Assalamualaikum

Mohon admin postkan sebab saya bebetul memerlukan bantuan .

Saya nak mohon maaf kepada semua kawan kawan yang komen bahawa tidak faham penulisan saya, saya menulis dalam keadaan stress , sedih dan sambil baby 6 bulan tarik tarik baju.

Bagi yang tak berapa faham jalan cerita, di sini saya pendekkan.

Pada 26 julai 2018 anak saya berumir 6 tahun bersekolah di pra sekolah di utara menangis yang dia tak nak ke sekolah lagi, dia beri alasan dia kena rotan di belakang badan dan tangan dengan kesan yang agak merah sampaikan ke malam pon kesan merah tu belum hilang dan dia ada cakap dia xsengaja jatuhkan handphone guru yang ada di atas meja. Seperti yang kita semua tahu rotan tidak dibenarkan diguna oleh guru kecuali guru besar dan pengetua. Handphone juga tidak dibenarkan ada di dalam kelas.

Setelah dipujuk selama seminggu anak saya masih takot nak ke sekolah alasan takot dimarah kerana mengadu pada ibu. Isnin 30 aribulan saya dah pergi cara elok untuk berbincang dengan guru chinese yang mengajar anak saya tp masa saya cakap ” teacher saya nak cakap sikit boleh” cikgu cina tu tinggikan suara pada saya dan suruh saya tunggu di luar kelas dan suruh saya pergi cari pk hem. Saya pelik knp nak marah marah.

Rupanya pada hari sabtu 29 julai, pembantu murid dah komplot dengan jiran untuk perangkap saya dengan menggunakan aplikasi whatsaap , jiran provok saya dan saya reply cerita perkara yang sebenar cuma saya tak ada surat doctor tentang isu rotan di belakang dan saya ada cerita yang pembantu ada bagi tahu murid supaya jangan bagi tahu mak kalau kena pukul, kalau kena rotan ada birat jgn bukak baju depan mak, masuk dalam tandas salin baju dalam tandas. Dan jiran saya fowardkan mesej tu pada pembantu dan pembantu serah pada cikgu cina tu dan dia jadikan tu satu dakwaan bahawa dia tak buat semua tu.

Saya berdepan dengan pk hem san bincang dapam

Keadaan baik , pk hem provok untuk saya minta maaf dengan jaminan semua kembali normal. Bila saya turun jumpa cikgu cina tu, keadaan jadi tegang bila cikgu tu tak utamakan isu damai tapi nak dakwa saya pulak, sy minta maaf pada dia dan beritahu saya juga akan buat report polis.

Esoknya saya mesej pk hem utk tanya adalah cikgu cina nak minta maaf untuk tutup kes, tapi pk hem reply dengan saya, ” puan saya pujuk dia dari tak report polis pon dah cukup dan puan jangan bermain dengan api”

Saya rasa seperti tidak selamat seperti di perbodohkam oleh pk hem, cikgu cina tu dan pembantu sekolah, saya reply semula pada pk hem bahawa saya datang secara baik tapi saya di pergunakan dan pihak sekolah begitu ego.

Sehingga hari ini pihak sekolah masih belum ambil action untuk pujuk anak saya sekolah, saya pulak dalam keadaan tertekan bila pembantu sekolah ugut untuk tidak pedulikan anak saya lagi lepas ni, kawan kawan anak saya pulak bagi tahu yang hari hari cikgu dan pembantu akan perli guna ayat ” nanti apa apa report polis tau”. Saya terfikir kalau lah anak saya ada dalam kelas mesti dia malu dan sedih.

Saya serba salah untuk amik tindakan sebab risaukan macam macam akibat yang bakal berlaku pada anak saya… anak saya sangat bijak, dia mampu menghafal Al Quran, mengira membaca dan malah dia sangat bijak jaga adik adik dia. Bila saya tengok dia saya sedih dan nangis saya cakap” ibu minta maaf kerana ibu pergi sekolah untuk minta nasihat tapi ibu di manipulasi oleh pihak sekolah”

Pada kawan kawan yang ada pengalaman dan idea, saya mohon beri pendapat bagaimana untul saya lawan. Sebab esok dah Jumaat perkara makin lama makin drag..

Terima kasih pada admin.

– Mak

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.