Thursday, 1 September 2016

Padah Menghina Orang Lain

PengakuanKu

Assalamualaikum.

Aku macam teringin sangat kongsi pemerhatian aku terharap orang disekeliling aku. So aku buat confession ni. Aku seorang yang suka observe orang disekeliling aku. Mungkin tu jugak salah satu punca aku lambat mesra dengan orang sebab aku lebih prefer observe orang tu macam mana dulu sebelum aku decide orang tu okay atau tak untuk aku percaya/dekat.

Tajuk aku pasal menghina orang yang berdosa . Kenapa aku nak cakap pasal ni? Meh aku cerita beberapa situasi yang pernah aku alami dan berlaku disekeliling aku. Aku perempuan, biasa je pemakaian aku, dulu aku suka pakai jeans slim fit. Tapi sebab aku ni kurus, seluar tu tak fit pun hahaha. Nak dijadikan cerita, masa ni aku baru berkenalan dengan seorang budak ni, tapi aku memilih untuk tidak terlalu rapat dengan dia sebab aku nak tengok dia macam mana, boleh masuk ke tak dengan aku. Okay dia baik dengan aku, kadang-kadang terlampau baik pun ada jugak haha tak kisahlah. Sampailah satu hari ni dia kutuk aku, kutuk yang gila gila punya pasal pakaian aku. Padahal masa ni kitorang tak rapat pun lagi.

Dia kutuk aku, kata pakai seluar ketat, dah la pakai tudung seluar ketat. Ye dia memang hebat bab agama daripada aku, aku akui tu, tapi bila aku baca sendiri apa yang dia kata pasal aku dekat ws (member dia yang lain screenshot bagi aku sebab suruh aku bincang elok2 dengan dia) Dia punya ayat bagi aku sangat mengaibkan aku. Seolah-olah aku hina sangat macam takde agama sampai pakai seluar jeans slim fit. Aku sedih gila aku terus cakap dekat dia sorry kalau ada sakitkan hati dia tapi please tegur aku elok2. Kisah ni berakhir di situ je sebab aku decide untuk tak berkawan dengan dia sebab aku rasa dia bukan jenis yang elok untuk dibuat kawan, sebab dia buat aku macamtu cerita keburukan aku dekat orang padahal belum rapat lagi masa tu. Dia jugak ada kutuk hina aku, sebab aku ada berkawan rapat dengan seorang budak lelaki ni. Haram couple bla bla bla dah besar tak tau ke salah buat camtu blablabla.

Lepas aku confront dengan dia, walaupun dia macam tak beri kerjasama dengan aku, aku pun spend time sorang diri dekat bilik. Fikir balik apa yang dah jadi, aku decide untuk terima apa yang jadi sebagai pengajaran. Aku rasa maybe dia tu salah sorang manusia Allah hadirkan dalam hidup aku untuk tegur aku. Start dari peristiwa tu, aku berubah. Aku ubah cara pemakaian aku, lebih sopan, longgar, menutup aurat. Aku jugak dah tak berkawan dengan lelaki lagi, kalau ada pun classmates je, itu pun kadang2 je contact kalau ada kerja. Aku banyakkan habis masa dengan kawan perempuan, aku rajinkan diri berkenalan dengan perempuan lain, cari lebih ramai kawan perempuan supaya aku tak leka mencari lelaki sahaja macam dulu.

Surprisingly, setahun lepas kejadian tu, kawan aku yang kutuk aku dulu tu, berubah pulak menjadi aku yang setahun sebelum kejadian tu. Dia pulak yang pakai jeans ketat, tudung dia makin lama makin senteng. Aku hampir tak kenal dia masa tu. Terkejut tu sudah pasti. Tapi aku tak kata apa-apa pun, aku cuma diam je. Tak cukup dengan tu, aku dapat tahu dia pulak ada boyfriend. Instagram dia mula penuh dengan gambar boyfriend dia. Lagi sekali, aku pujuk hati aku, unfollow je dia sebab aku tak mampu nak tegur dia. Aku ni kira takut jugaklah dengan dia sebab dia popular pernah dulu dia bergaduh dengan orang, ramai back up dia, yang lagi sorang teruk kena hina kutuk caci dengan orang yang back up dia. So aku pilih untuk diam dengan harapan ramai kawan2 dia yang lain akan tegur dia.

Kisah yang ke-2 terjadi pada jiran aku. Dia selalu datang bercerita pasal keluarga orang. Sampailah ada satu kali tu dia dah cross the line sebab cerita pasal anak jiran kami terlanjur mengandung anak luar nikah. Aku ada masa tu, aku tanyalah mana dia tahu, dia kata dia nampak budak tu punya perut makin besar. Aku bengang jugak masa tu, sebab kalau betul pun budak tu dah terlanjur tak perlu canang satu taman cerita pada orang. End up orang pandang serong pada keluarga budak tu.

Sebulan selepas kejadian cerita cerita tingkap cik kiah tu, makcik tu lama jugak menyepi, tak datang melawat jiran lagi. Aku pulak takde la tanya mak sebab takde kaitan dengan keluarga kami sangat pun. Kemudian kami dapat tahu, makcik tu sedang mencari orang yang nak ambil anak angkat, sebab anak dia pregnant luar nikah. Aku tersentak sangat masa tu. Aku boleh bayangkan sedihnya makcik tu sebab benda yang paling seorang mak tak nak berlaku, jadi dekat anak dia. Sekarang apa yang dia cerita pasal anak orang, berlaku pada anak anak dia. hm…

Ada banyak sebenarnya kejadian kejadian macam 2 cerita atas ni. Cuma aku cerita 2 ni je lah. Point aku adalah supaya kita semua sentiasa beringat. Bila nampak orang buat dosa, tak kisah kecil atau besar, janganlah kau jadi tuhan menghukum syurga neraka untuk mereka, janganlah kau jadi batu api memburukkan dia pada orang lain, jangan hina dia sebab dosa yang dia buat.

Sebab apa? Jangan terkejut kalau apa yang kau hina tu, dosa yang kau hina dia buat tu, kau kutuk kutuk tu, akhirnya engkau sendiri yang terperangkap dalam dosa tu. Kau sendiri buat dosa tu. Cikgu aku pernah cakap, sekali kita cakap benda jahat pasal orang lain, 2 kali apa yang kita cakap tu datang semula pada kita. Jadi bila nampak orang buat dosa, jangan hina dia kutuk lebih2, takut2 nanti kita pun buat dosa orang yang kita kutuk tu buat.

Maaf kalau bosan tapi harap sampailah apa yang aku cuba sampaikan. :)

– manusia biasa

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.