Wednesday, 23 November 2016

Cerita Kentang

PengakuanKu

Assalammualaikum dan selamat sejahtera, terima kasih admin kerana luluskan confession aku. Love you muah.

Aku bukan graduan UIA tapi aku suka page ni sebab boleh luahkan perasaan terpendam, ceewaaahhh. Aku ni perempuan, 19 tahun yg pernah kerja di fast food restoran. Rasanya ramai yang pernah keje fast food restoran ni, sebab interview senang, selalu ade kekosongan sebab banyak branch dan lain2 lagi.

1st time aku kerja di McDonald masa aku 16 tahun, masa cuti raya 2 minggu. Masa tu family aku tak beraya ke mana2 duduk rumah je, jadi mak abah aku cadangkan aku keje kat situ dan aku ok jelah sebab dapat pengalaman baru. Aku isi borang, interview dengan supervisor bla bla bla then aku dapat kerja tu. 1st time aku masuk, macam biasalah tunjuk tempat tu macam mana bla bla bla then aku diletakkan di fries. So maksudnya aku goreng kentang, bungkus kentang, jaga kentang, jaga tempat goreng kentang.. tulah kerja aku sepanjang 2 minggu. Kat sini semuanya teratur, staff sentiasa cukup (most of the time), semua kena ikut prosedur. Contohnya kalau kau cashier kaunter 1, kau seorang je yang boleh pegang mesin duit tu sepanjang shift. Oleh kerana aku bukan yang jumpa customer, aku tak ada pengalaman tentang tu. Tapi kat sini aku nak cakap pasal etika pekerja, dan struktur bangunan.

Pelan bangunan Mcdonald aku salut memang convenient sungguh dalam penyediaan makanan, tapi ruang rehat pekerja kecik gile nak mampos sampai tak ade ruang nak solat, aku pun menggelabah mintak ambik shift 4 jam je dari pukul 10 pagi sampai 2 petang je. Aku tak tahu kat situ ade surau atau tak sebab tu kawasan Mont Kiara, jadi aku tak nak ambil risiko tinggal solat semata-mata untuk kerja tak seberapa ni.

Pasal prosedur penyediaan makanan dari segi kebersihan memang bagus, tapi tulah, kuantiti yang diberi selalu macam curi bahan (cara pekerja yang menyediakan). Aku handle bahagian kentang, jadi aku duduk kat situ jelah selama 4 jam, aku diajar isi kentang goreng tu ngam2 dengan bekas. Tapi kadang2 aku tengok crew2 senior yang lain sediakan sikit sangat. Diorang picit2 bekas tu pastu masa isi kentang tu bawah kosong, lopong, pastu bagi meriah kat atas macam kentang banyak je. Diorang buat macam ni sebab nak jimat masa, tak nak goreng banyak2 malas nak tunggu kentang masak. Bagi yang suka fries macam aku ni memang kecewa gile sebab kita bayar harga large tapi amaun dapat small. Bukan medium weeehhh SMALL…. Sebab aku dah experiment pasal isi kentang ni, kalau picit bekas tu memang masuk sikit gilee. So kalau korang jenis yang suka makan kentang macam aku ni, korang tegakkanlah bekas tu pastu goncang sikit pastu tengok berapa banyak yang turun kebawah, itulah yang korang dapat. Buat depan kaunter ye.. bagi diorang nampak so senang komplen sikit. Tapi jangan risau, ade je yang baik hati bagi fries banyak2.. siap dikembung-kembungkan lagi bekas tu. hahahahha.

Walaupun nampak macam aku membebel pasal kentang je, tapi perkara ni penting sangat bagi aku. Aku ni jenis tak suka ditipu, semua orang tak suka kan.. Diorang buat kat aiskrim pun macam tu jugak, nasib baik aiskrim McDonald kena buat tinggi2. hahahah tapi ape yang aku nak tekankan, kalau kita sebagai pekerja sektor makanan ni jangan lah buat macam tu. Ikut jelah prosedur tu.. Korang bukan dapat makan lebihan tu pown.. bukannya majikan akan bagi bonus kat korang kalau curi bahan.. Kita sebagai pelanggan memang rugi sesangat, aku tahu kalau komplen kat sini diorang sebagai pekerja memang tak nak berubah, sekurang – kurangnya kita sebagai pelanggan ni dapat sedikit sebanyak tahu tentang perkara ni.

Aku bukan nak salah kan semua crew McDonald ye.. hanya segelintir sahaja..

Sekian terima kasih.

– Mak Jemah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.