Saturday, 26 November 2016

Top Comment & Viral

PengakuanKu

Assalamualaikum.

Apa motif sebenar viral ya? Serius aku tak faham. Kalau masalah boleh diselesaikan dengan cara baik, kenapa perlu viral? Maaf masyarakat sekarang suka ambil jalan mudah dengan memalukan pihak lain dalam sosial media. Dunia makin maju teknologi hujung jari je. Satu butang boleh sebarkan maklumat dekat beribu ribu manusia. Makin insecure dunia sekarang.

Manusia yang jenis suka viral kan something ni. Kenapa tak guna cara baik je selesaikan masalah antara dua pihak. Lain lah kalau settle cara baik tak jalan jugak. Contohnya kes anggota sprm yang dera isteri dia. Report polis tak ada apa apa tindakan. Bila viral baru ada tindakan. Itu boleh diterima lagi kalau nak viralkan. Ni tak. Pilih jalan viralkan satu pihak padahal boleh je mengadu dekat pihak atasan. Kau buka aib dia dekat semua orang. Salah tu. Kau guna cara salah. Even memang dia salah, kau tak patut buat macam tu. Kau patut guna platform yang betul. Bukan guna media sosial ni. Aku sangat lah tak boleh terima cara ni. Malu dekat pihak yang diviralkan tu.

Oh ya. Yang keyboard warrior ni. Lantang memberi komen caci maki hamun bagai. Memang dah hilang manners eh dalam diri tu. Oh please. Kau dengar cerita satu pihak je terus kau sembur lagi satu pihak dengan carut kau. Bila ada orang lain komen seolah olah tak setuju dengan benda yang diviralkan, terus kau terjah dia maki hamun dia balik. Lain orang lain pendapat. Pendapat dia lain pendapat kau lain. Why not you just accept others 2 cent? Dia tengok kes tu dari perspektif lain. Kalau memang lah kau tak puas hati dengan komen dia, tak perlu kot kau carut dia balik. Gara gara tak sama pendapat.

Katakan lah, pihak yang viralkan tu cuma menegakkan benang yang basah. Kau pulak sokong dengan hembur kata kesat dekat mangsa. Well you give them pahala free. Kau yang dapat dosa. Senangnya kau bagi pahala kat orang ye.

Banyak kali aku kena. Komen dekat status orang. Pendapat berbeza. Terus kena hembur. Bodoh budak hingusan bangang sehingga ada yang label aku b*b* gara gara tak sama pendapat. Nak terasa lebih pun tak boleh. Risiko sendiri kan. Gatal nak komen dekat status orang. Haha aku tak hairan dah dengan mereka semua. Ramai yang hentam pendapat aku. Tapi aku percaya ada segelintir yang boleh ambil kebaikan dari komen aku. (aku suka komen berkaitan cara lain nak selesaikan masalah bukan komen merapu maki hamun orang). Entah lah. Haha

For me, its all about mentality and manners. Yang aku perasan, bila bandingkan komen dekat ium confession dengan komen dekat luar, di sini lebih terserlah minda minda matang yang menjaga adab untuk meluahkan pendapat. Sebab tu iium confession jadi favourite aku dari dulu. Bila aku cuba bagi komen dekat luar, terus kena hentam. Nampaknya pendapat aku tidak diterima dengan baik. Redha jela. Selalunya aku tak akan balas komen yang carut aku tu. Aku cuma like je. Buat apa nak bertekak dengan manusia takde adab betul tak.

– Komentar tegar

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.