Setiap hari aku kalau berjumpa teman-teman lama, tak kesah lah kau pergi wedding kawan kau ke, saudara mara ker, secara tak sengaja tersempak kawan-kawan parents kau ke, soalan aku kena tujah, “Bila kau nak kahwin?” Macam biasalah aku akan tarik nafas panjang lepas tu jawab, “Ada rezeki adalah tu..” Nak marah tapi masih lagi ada kewarasan mungkin semua tu bertanya sekadar nak panjangkan perbualan ataupun dah tak ada modal nak tanya apa dekat aku. Nak-nak pulak kebanyakan kawan-kawan aku semua hampir 80% mempunyai relationship a.k.a pasangan yang rata-rata semua dah bawak jumpa parents. Aku? Single lah macam ni. Happy dengan life aku.
Ini kisah aku. Aku dikategorikan agak bernasib baik kerana lahir-lahir je hidup senang. Aku punya keluarga yang bekerjaya. Tapi aku jenis tak bangga sebab yang senang tu mak dan ayah aku. Bila aku dah lepas spm, aku dapat je lesen kereta, ayah dah bagi aku lesen untuk pakai kereta sports dia. Siapa tak bangga bawak kereta macam tu ke hulu ke hilir sedangkan org lain rata-rata masa sebaya umur aku kalau sambung study memang naik bas, turun bas, naik KTM, mak ayah hantar, ade tu berjalan kaki ke kampus. Aku segan sebenarnye nak bawak kereta ayah aku tu, tapi dah itu je satu pengangkutan yang ada tersimpan dekat rumah lagi pun aku nak tunggu bas naik bas ke teksi macam menyusahkan pergerakan aku ke kelas. Aku masih ingat lagi, pertama kali aku jejakkan kaki dekat tempat aku nak sambung belajar. Aku memang perhatian orang sekeliling, awal-awal masa pendaftaran tu aku sorang-sorang je. Tak ada kawan pun. Tapi aku nak sedapkan hati, esok2 dah masuk kelas aku bolehlah ada kawan. Terus terang aku cakap masa aku nak sambung belajar tu perempuan ramai cantik-cantik, tapi aku nak mulakan memang segan sebabnya macam tak ada motif pulak kan nak mulakan perkenalan dah la budak baru. So aku pilih untuk menyendiri. Buat hal sendiri. Sampai satu tahap ni aku dah ok masuk kelas,berbulan jugak lah.. dah ada kawan2 lepas beberapa bulan tu, aku kenal seseorang ni. Dia perempuan paling sempoi aku kenal. Tak bermekap tebal sangat, comel, mata bulat2, kecik je orangnya. Dia berlainan course dari aku. Aku bermula kawan dengan dia dari kenalan kawan-kawan kelas aku jugak. Lama-lama berkawan aku makin suka dekat dia tapi biasalah aku jenis tak suka nak obvious cakap nak kat dia. Hampir setiap kali hanya kenal dalam phone, last2 aku decide nak jumpa depan-depan. Payah dia macam nak sunat kali ke dua, nervous dia tak payah cakap.
Siapa cakap lelaki pun tak ada perasaan macam ni? Sebabnye dia ni kira perempuan yang memang aku suka. Tapi part yang kelakarnye tu, macam mana aku anak ajak keluar? Kereta pun pakai ayah punya. Segan tu pun ada. Nak pinjam kereta kawan-kawan lain, mana lah ada, nak pinjam moto lagi lah tak ada.Tak akan lah aku nak bawak moto bawak anak dara org. Last2 si perempuan tanya “U nak ajak i keluar, kita nak jumpa, macam mana? ” Soalan macam ni yang paling killer. Last aku ckp lah aku yang akan amek dia dan hantar dia balik nanti. Part transport tu aku rahsiakan dulu. Bila dah jumpa tu memang hati berbunga-bunga. Kawan-kawan sampai satu tahap aku rasa dah sampai time aku confessed kt dia yang aku mmg sayang dekat dia. Berjalan mana-mana semua aku support. Yelah bagi aku duit bukan masalah utama, sebab ayah aku boleh bagi aku sebulan RM3k duit belanja. Aku sayang sangat-sangat si perempuan ni sampai aku dah bawak jumpa family. Dia memang rapat dengan family aku. Kalau dia susah dari segi kewangan mmg aku tak kesah bg duit aku dekat dia. Sebab aku mmg berniat andai suatu masa boleh dia aku jadikan isteri aku. Lama juga perkenalan aku dengan si perempuan.
Hampir 4 tahun, akhirnya hubungan tu tak berkekalan. Putus macam tu je. Sebab ape putus? Tak payah lah cerita panjang. Dia selalu rasa curiga dengan aku. Hampir selalu aku bergaduh dengan dia, kalau betul aku ada orang lain, boleh ke aku bawak dia jumpa family aku? Berhabis duit banyak macam tu? Relationship kami makin hambar, aku memang tertekan. Kenapa perempuan ni tetiba berubah, aku mula mengambil langkah lain. Aku tak nak putuskan relationship yang agak lama aku dengan dia. Jadi aku lebihkan life aku dengan kawan-kawan. Sebenarnya aku memang minat kereta.
Jadinya aku rajin tulang tolong ayah aku. Dia kontraktor. Walaupun aku masih study lagi masa tu, aku ada menyambil tolong ayah. Sampai satu tahap, aku berjimat duit belanja ayah bagi plus tolong2 dia punya kerja, last-last duit tu mencukupi nak beli 1 kereta lain. Jadinya tak perlu aku nak ke hulu ke hilir dengan kereta ayah.
Tapi relationship aku dengan si perempuan ni masih lagi diteruskan. Duit belanja memang tak putus-putus juga aku bagi dekat si perempuan ni. Yelah dah konon praktis nak jadi suami, lagi pun aku tahu si perempuan ni orang susah. Apalah salah tolongkan. Satu hari tuhan nak ajar aku, kalo dah memang bukan jodoh, tetap bukan jodoh aku walau macam mana aku simpan dan bersabar. Si perempuan ni cakap dengan aku yang dia kata dia nak pergi bercuti. Katanya dengan family dia. Aku pun apa lagi nak ikut jugak lah tapi kena halang. Dia cakap “ni kan nak bercuti dengan family tak kan u nak ikut. Lain-lain kali boleh la sebab ada saudara yang u tak kenal nanti u segan. Next time okey?” Kecewa tu memang tak payah cakaplah. Aku dah bawak kau dalam family aku, tapi kau sorok-sorok aku dari family kau? aku pun malas nak bergaduh aku pun biar jelah. Malas nak cakap banyak dengan dia. Aku biar je. Masa tu hampir setiap hari aku whatsapp dia ada mana? kat mana? tapi masih tak berbalas walau aku tahu mesej aku tu dah berbaca. Aku risau, jadi aku cuba call tapi telefon dia offkan. Pelik. Tak ada powerbank ke? Tak cas telefon ke? Macam-macam persoalan woii lalu kat kepala. Aku kalo dah sayang memang over. Tapi aku nak sedapkan hati, dia tertinggal charger telefon agaknya. Masa tu aku ingat lagi.
Sampai sekarang segar dekat kepala aku, aku tengah dalam kelas tunggu lecturer masuk, sorang dari kawan aku datang dekat aku. “Weh, kau masih lagi dengan dia?”tanya kawan aku serius. “Siapa? gf aku? memang lah separuh nyawa aku sayang dia kot. Ni dia tengah pergi bercuti dengan family dia.
Malas aku nak kacau”, jawab aku. “Bukan, errr aku serba salah nak cakap dengan kau, tapi aku sebagai kawan aku tak suka benda jadi macam ni, aku jugak yang kenalkan dia dengan kau awal-awal dulu, aku nampak kau ikhlas dengan dia tapi…..”, Memang aku tak suka orang cakap ayat tak habis ni, aku cuba bertenang sebaik yang mungkin. “Tapi apa?!!” nada suara aku agak tinggi masa tu. Semua yang ada dalam kelas memandang aku pelik. Terus kawan aku tarik aku keluar kelas. Terus kawan aku keluarkan telefon dia. Dibukanya instagram seorang kawan yang lain. Terus luluh hati aku. Sakit hati. Marah. Kecewa. Bercampur baur. Bayangkan orang kau sayang 4 tahun. Selama ni menipu aku. Punya aku tatang dan jaga. terpampang muka perempuan yang kau sayang tu dengan lelaki lain berpeluk sakan bercuti dekat pulau. “Bila dah hal ni jadi? kenapa kau diam je tak bagi tahu aku awal-awal hal ni?!”. Terus aku masuk balik dalam kelas, aku ambil beg galas aku. Chow. Dalam kereta, aku menangis marah. Terbayang usaha aku selama ni mencuba untuk buat dia bahagia. Duit simpanan aku untuk kahwin nanti bile lepas habis study. Aku tumbuk-tumbuk steering kereta berulang kali. Aku macam hilang pertimbangan. Terus aku start kereta.Tinggalkan kampus. Macam-macam benda dalam kepala aku fikir. Terus aku pergi dekat stesyen minyak, aku isi minyak full tank. Terus aku masuk highway. Memang aku hentak kereta aku tekan pedal minyak. Laju tu tak payah cakap lah. Sampai je dekat Bukit Ampang. Aku jerit macam orang gila. Pergi mampus orang sekeliling nak tengok aku. Lama-lama tu aku cool down. Last whatsapp aku dapat dari si perempuan ” u, ada mana? kita jumpa jom, i ada masalah sikit ni. hmmm i nak pakai duit sikit. kita jumpa nanti i cerita dekat u eh?”…lepas je aku dapat mesej tu aku block terus nombor dia. Aku memang buat dia seolah-olah aku tak kenal dia. Semua aku cerita dekat family aku. Aku redo dengan ape yang terjadi.
Berbalik dengan pengalaman aku tadi, duit aku cukup je kalau nak kahwin masa study. Tapi aku tak nak macam tu. Aku nak semua settle baru melangkah dari satu tapak ke tapak yang lain. Aku tak nak campur adukan hal rumahtangga dengan study. Sebab aku tahu perkahwinan tu perlukan komitmen yang tinggi. Kebanyakkan yang aku tengok zaman sekarang rata-rata kawan aku baru kenal 3 bulan dah plan nak bertunang dan berkahwin. Itu tak termasuk yang kecundang masa bertunang.Bukan takat berhabis duit. Tambah malu lagi sesama family? Macam mana?? Yang kecundang masa dah berkahwin tu lagi lah sakit. Rata-rata dah ada anak seorang. Bukankah penceraian tu dilaknat tuhan? Bukan kah kau punya perkahwinan tu kau perlukan seseorang yang kau betul-batul kenal hati budinya. Dan selalu untuk kenal hati budi seseorang perlu mengambil masa ? Tapi dalam kes aku, kenal lama pun tak guna. Hati aku tertutup untuk mana-mana perempuan. Biarlah dia datang sendiri. Aku tak pasti alasan mereka untuk mempercepatkan perkahwinan sebab apa tapi kalau kau risau kan orang sekeliling mengata kau single. Nah kau boleh tepek dekat dahi dia, “ajal, maut dan jodoh dah ditetapkan sejak kau dalam kandungan mak kau lagi. Kau tak percaya akan kuasa Tuhan?
– Subaru Purple
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment