Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada non muslim. Aku tipah (bukan nama sebenar), umur 19 tahun, bekas pelajar stpm di salah sebuah sekolah dekat semenanjung ni. Baru je habis paper repeat semalam. Result yang keluar nanti tak tau lah macam mana rupa. Hehe.
Anyway, terima kasih yang tidak terhingga aku ucapkan kepada admin kerana sudi post cerita aku yang tak seberapa ni. Untuk kawan kawan aku yang maybe aku pernah cerita pasal ni, korang baca diam diam tak payah nak mention aku dekat sini or ws aku tanya pasal ni. Haha. Untuk pembaca yang dihormati sekalian, sorry kalau cerita yang aku sampaikan ni tak berapa nak jelas. Terima kasih sebab sudi baca confession aku ni. Biarpun aku ni budak sastera tapi dalam jiwa kurang sangat kesasteraannya. Okay, kalau tengok tajuk pun dah tau pasal apa kan. Kuli yang dianiaya oleh bosnya dan ya ! aku lah kuli tersebut.
Kisah ni jadi masa aku baru habis spm. Nak cari duit untuk beli apa yang aku teringin nak beli la kononnya sebab family aku bukannya berduit sangat. Untuk pengetahuan korang, sebelum aku kerja dekat kedai tu, aku pernah kerja jual air dekat pasar dengan orang kampung aku lebih kurang 3 minggu macam tu la. Berhenti pun sebab selalu balik lewat malam. Ya la pasar malam kan, nak berkemas apa semua tu. Kesian dekat mak ayah aku sebab nak kena tunggu aku balik. Kalau tak takde sape nak bukakkan pintu.
Lepas aku berhenti kerja pasar, aku ajak mak aku cari kerja dekat kawasan sekitar. Lepas cari punya cari, tanya semua kedai dekat situ, terjumpa satu kedai ni yang jual pelbagai jenis makanan. Produk utama dia bahulu dan ada beberapa makanan sampingan lain macam kerepek,nugget, sosej,chicken chop dan lain lain.Kebetulan masa aku pergi tu,bos dia ada situ. Aku gelarkan dia sebagai kak bedah. Lagipun memang kak bedah yang jaga kedai tu lepas pekerja lama berhenti atas beberapa sebab yang boleh diterima dek akal. And aku dapat kerja situ. Keesokkannya aku start kerja. Memang best dapat kerja situ sebab kak bedah ajar aku cara buat bahulu, buat western food macam chicken chop tu. Aku memang suka bab bab memasak ni. Kalau buat western food tu kira boleh la. Ada la rasa sedap dia tu kecuali buat bahulu sebab kalau aku buat mesti hasil dia tak menepati piawaian. Cehh haha.
Dalam masa 5 bulan aku kerja dengan kak bedah, semuanya okay dan berjalan seperti biasa.Kedai tu aku yang bukak dan tutupkan. Aku kerja dari pukul 9 sampai 6 petang je. Kak bedah bagi aku pegang satu kunci kedai dan dia ada satu kunci. Satu hari tu, dia cakap kunci yang dia pegang tu hilang. Taktau macam mana boleh hilang. Kalau sebelum ni memang aku bawak balik kunci tu tapi lepas kejadian tu, dia suruh aku tinggalkan dekat kedai sebelah. Senang katanya kalau dia nak ambik barang dalam kedai. Pekerja kedai sebelah tu memang aku kenal dah lama la. Kak bedah pun rapat dengan dia. Sebab tu dia berani suruh aku tinggalkan kunci kedai dekat kedai sebelah.
Dan kebiasaannya, duit yang dapat lepas jualan tu memang aku akan kira betul betul dan ws dekat mak kak bedah bagitau berapa jumlah dia dan setiap pagi mak kak bedah akan ambil duit tersebut. Mak kak bedah ni kiranya bos paling besar la dia cakap. Kak bedah tu bos kecik je. Haha. Sebab tu mak kak bedah suruh aku ws dia bagitau hasil jualan. Dalam sehari tu takde la dapat nak dekat seribu pun. Paling banyak dapat dalam Rm400 macam tu la sebab kedai tu takdelah laku keras mana.Nak dijadikan cerita, dalam masa seminggu, duit jualan cuma ada Rm250 sebab masa tu costumer tak ramai. Duit tu pun mak kak bedah suruh letak je dalam bekas duit. Aku ingat lagi, masa tu hari sabtu, duit yang Rm250 tu aku kira betul betul. Banyak kali pulak tu kira sebab takut salah kira. Nanti comfirm aku yang disalahkan. Pastu aku siap balut duit tu dengan kertas and tulis jumlah dekat atas kertas tu. Duit tu memang aku tindih dengan benda lain. Masa nak balik tu aku bukak bekas duit banyak kali siap snap lagi. Haha. Tapi taktau kenapa aku bodoh sangat, aku padam gambar tu. Hati pun rasa tak sedap masa tu.
Bila pagi isnin aku bukak kedai, terus aku
bukak bekas duit tu sebab nak cek duit ada or takda tapi duit tu takda. Terus aku ws mak kak bedah tanya dia ambik ke duit tu. Sebab dia ada cakap dia nak datang kedai malam sabtu or petang ahad ambik duit. Dia cakap takda. Lepas pada tu terus rasa nak nangis. Aku ni jenis hati tisu. Masa kecik suka tengok teletubies. Bila cerita tu habis aku nangis hahaha. Aku ws kak bedah tapi dia pun cakap dia takda ambik. Lagi la menangis aku dekat situ tapi takdelah sampai meraung. Mak kak bedah terus datang kedai soal aku macam macam. Tapi yang aku peliknya, masa bagitau kak bedah yang duit hilang, dia takda pun macam beria macam sebelum ni. Kalau tak, sekali dia menjerit sebab terkejut or teruja, suara dia paling kuat dekat area situ. Ni dia just cakap biasa je. Yang aku ni tak payah cakap la, bengkak mata sebab nangis. Pastu mak kak bedah cakap duit gaji aku bulan tu kena potong Rm250. Aku redha sebab masa tu aku salahkan diri aku. Tak lama lepas tu aku berhenti kerja dan gaji aku just dapat tak sampai Rm300. Korang boleh agak kan berapa gaji yang aku dapat tiap bulan. Mak kak bedah bagi aku Rm50. Katanya duit dia bagi sebab aku nak sambung belajar.Lepas beberapa bulan lepas tu, kak bedah tutup kedai pastu bukak kedai dekat lain. Owner kedai sebelah pulak bukak kedai dekat situ dan tanpa disangka, kunci kedai yang kak bedah kata hilang tu ada dekat atas pintu kedai yang jenis tarik kebawah tu. Aku pun taktau apa nama pintu tu hehe. Terkejut gila masa tu. Pastu pekerja sebelum ni pun berhenti sebab kena benda yang sama macam aku kena. Itu pun aku tau sebab owner kedai sebelah bagitau. Dan duit yang hilang tu pun sebenarnya kak bedah yang ambik. Terkilan gila aku rasa sebab aku percaya and hormat dia sebab dia tua dari aku.
Sampai sekarang aku takut nak bekerja yang melibatkan duit ni. Contohnya macam cashier tu la. Aku tak berani nak tanggung risiko. Jadi fobia aku dibuatnya. So untuk bos bos dekat luar sana, tolong jangan buat pekerja korang macam tu. Kalau takda yang perangai macam kak bedah tu baguslah. Kalau ada yang terasa ke, tolongla stop aniaya orang macam tu. Tak baik kot. Okay sampai sini je. Panjang gilaaa rasanya aku taip ni sampai lenguh ibu jari. Haha. Sorry korang kalau ayat terabur, berbelit dan kurang jelas. Terima kasih. Bye !
– Tipah teraniaya
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment