Wednesday, 25 January 2017

Bahana Psychopath

PengakuanKu

Assalamualaikum semua.
Firstly, saya nak nyatakan bahawa tujuan saya buat “post” ni bukan untuk mengaibkan sesiapa tetapi cuma sebagai perkongsian. Sebab saya tahu ramai di luar sana yang mungkin berdepan dengan masalah sebegini. Ok, straight to the point.

This started back around 10 years ago. Waktu tu, saya hanyalah budak sekolah rendah yang tak tahu apa2. Dan ketika tulah saya tahu sendiri bahawa ayah kandung saya, is secretly a psychopath. Suatu hari tu saya ternampak sendiri mak saya ditolak ke dinding dan diugut oleh “ayah”. Then, malam tu mak saya menangis tanpa henti. Me, being the usual curious kid cuba tanya mak apa yang terjadi tapi well, you know mothers, they will hide the pain, eventhough dalam hati Allah sahaja yang tahu sakit mereka mcm mana. Dan benda ‘bergaduh’ tu berlarutan, tetapi Alhamdulillah seingat saya Mak tak pernah dipukul/ditampar atau benda yang melibatkan “physical assault”. Waktu tu saya masih ingat mcm mana saya pernah menangis dpn cikgu sek.rendah sebab terlalu stress lalu terlepas cakap pasal isu parents saya di rumah.

“Ayah”? Sejujurnya saya rasa marah dan malu untuk panggil gelaran tersebut walaupun dia ayah kandung. Depan manusia, dialah orang paling peramah tetapi depan kami, anak2 dan isterinya? Dialah syaitan. Seingat saya, solatnya jarang sekali. Waktu Ramadan/ bulan puasa, dia pergi tarawih-semata2 untuk pujian manusia lain. Riaknya yang amat memang buatkan saya pernah terdetik dalam hati yang saya tak akan tengok mayatnya nanti andai kata dia meninggal (maafkan dosaku Ya Allah). Sampai begitu kebencian saya terhadap dia walaupun dia ayah kandungku. Tanggungjawab terhadap anak2/isteri diabaikan, yang menjadi kepentingan kpd dia adalah kerja/duit. Jujur saya cemburu dgn org lain yg blh bermesra, berlawak senda dgn ayah mereka sbb sebagai anak, saya pun inginkan kasih sayang seorang bapa. Saya blh katakan yang dia memegang jawatan yang agak besar di sebuah syarikat swasta dan sebab itulah mungkin dia dibutakan hatinya kerana terlalu leka dan hanyut dgn nikmat yang Allah beri. Blk sahaja rumah, bukan salam yang diberinya tetapi cacian,maki-hamun yang dihamburkan kpd kami. Perkataan “bodoh,bangang,babi,sial” dah lali kami dengar. Cuma saya bersyukur kerana dia tak pernah sehingga memukul/menampar atau yg melibatkan “physical assault”. Sebab psychopath ni byk jenis, jd saya rasa dia ni mungkin jenis “silent-killer” atau “passive-type’ psychopath.

Dan saya ingat saya pernah bertanya kpd Mak bagaimana kehidupan Mak sewaktu mula2 berkahwin. Mak cuma nyatakan bhw dia seorang yg biasa, baik namun semuanya berubah. Rupanya dia pernah mengongkong dan menyimpan buku akaun Mak dan hanya memberi sedikit shj duit, cukup utk tampung makan minum Mak. Suatu hari tu, Mak ada peluang utk renew buku akaun bank dan Mak senyap2 buat tanpa pengetahuan dia dan sejak itu Mak mula lebih berhati2 dlm urusan kewangan. Saya juga pernah cuba korek cerita drpd saudara mara belah ayah tentang perangai dia waktu kecil. Dan ya, sangkaan saya mmg betul. Tabiatnya drpd kecil sudah blh menggambarkan ciri2 “psychopath”. Mungkin perhatian yg kurang drpd atuk/nenek sy yg buatkan dia jd begitu. Jujur saya ckp kisah hidupnya agak sedih kerana kurang perhatian drpd parents sendiri. Makcik saya pernah cerita bahawa dia drpd dulu mmg ada tabiat yg suka sorok barang2 sendiri, pendiam dan jarang bergaul walaupun dgn saudara mara sendiri. Rumah yg kami duduk pun kalau diikutkan, keadaannya bukan mcm rumah2 yg biasa kita tengok. Semak dgn barang2 dia yang entah apa2. Memang Mak pernah kemaskan barang2 tersebut tpi hanya dibalas dengan maki hamun dan cacian. Ada juga masa yg Mak pernah tinggikan suara akibat terlalu stress dan dia balas dgn kata2 seperti ‘pegi berambus, kau tak layak duduk dkt sini!” tapi Mak tetap tk mahu mengalah. Mak mahu tengok sejauh mana si “psychopath” ni nak mencabarnya.

Dan ya keadaan ni masih berlarutan sampai sekarang. 10 tahun saya dah hadap benda ni dan trust me, I’m surprised at how much sanity Mak has. Saya mmg kagum dgn sikap Mak yg tk mahu mengalah. Kalau diikutkan hati, boleh jadi gila kalau semangat tak kuat. Alhamdulillah syukur Mak merupakan wanita yg berdikari dan ada pendapatan sendiri jd Mak mampu sara saya dan adik2 tanpa harapkan duit drpd si dia yg tak pernah ambil tahu pasal kami semua. Dan di sebalik itu juga, saya tak pernah henti2 doakan agar si ‘dia’ dpt berlembut hati dan kembali bertaubat tapi hidayah Allah tak datang begitu cepat. Alhamdulillah, cacian dan maki hamun si dia sudah kurang walaupun kadangkala ada dilontarkan kpd kami. Cuma saya mahu si dia diberi hidayah oleh Allah supaya kembali solat dan dilembutkan hati dan tingkahlakunya. Saya takut andai kata si dia dijemput Allah sebelum sempat bertaubat.

Jadi utk mereka yg tgh menghadapi situasi yg sama mcm saya, saya mohon jgn berhenti berdoa dan kuatkan semangat. Sesungguhnya Allah Maha Kaya. Dan pesan saya kepada para lelaki, jangan pandang rendah soal tanggungjawab anda kepada isteri dan anak2 kerana esok di akhirat azab tak tunaikan tanggungjawab terhadap isteri/anak2 tidak terhingga. Dan kpd para perempuan, anda semua kena berdikari sebab andai kata situasi begini terjadi, hidup masih mampu diteruskan.

– Nana

– Nana

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.