Assalamualaikum.
Aku tau isu ni selalu orang tegur tp aku hrp teguran aku ni berbeza dan beri kesan dan aku berharap sangat pada admin page untuk publish teguran ni pada mereka yg tertentu. Jika di publish, thank you so much! Harap readers take note apa yg aku tulis ni dan tak mudah melenting. Terima dgn hati yg lapang. Jangan malas baca! :”)
Baik, ceq mula noh. I try to wear niqab since i was 18. Masa ni takde niat pun nak pakai 24/7 tapi nak cuba pakai if i ada join mana mana program. Apa apa jenis program NGO. Tapi aku tak mampu sebenanya bawa imej niqabis ni. Berat bagi aku. Bagi sesetengah orang, “alahai ringan je. Kacang je.. Ala..mula mula je susah lama lama okay la”. HAHA. Sengih je mampu. Sebab, nak pakai niqab isnt easy, girl. Kena belajar IKHLAS. And you know what, IKHLAS tu tak semua niqabis ada. Amaran ya, my words in this entry agak kasar but i just want to tell you that you dont need to wear niqab if……
Allah campak aku dalam dunia tarbiyah ni since aku belajar di asrama. Aku sendiri boleh nilai macam mana diri aku dulu dan sekarang, jahil aku, hanya Allah yang tahu. ku belajar dari bawah. Belajar kenal Allah. Belajar kena Rasulullah SAW, belajar kenal agama, belajar rasa malu, belajar rasa ikhlas dan belajar adab. Semua tu kena belajar. Bukannya letak niqab as a main point dalam hijrah kau. Bukan kata, nak berubah, kena ada niqab atau purdah. Its wrong my girls. Kau kena belajar kenal ALLAH dulu. Kau akan diuji macam macam. Lebih-lebih lagi melibatkan nafsu. Kalau dulu kau pakai jeans ketat, kau sanggup tak buang jeans yang mahal tu demi Allah? Kalau dulu kau pakai tudung berjenama, mahal tapi singkat, sanggup tak kau stop pakai? Kalau dulu kau ada boyfriend, demi Allah, sanggup tak kau cuba undur diri?
You gonna say that you are really honest. IKHLAS nak berubah, ikhlas pakai purdah. Tapi kau tak mampu buktikan. Kau tahu tak, ikhlas tu bukan satu tahap je. Ia berperingkat dan sejauhmana kau mampu capai tahap betul betul kau ikhlas dengan Allah? Cuba tanya diri kau, sejauhmana kau IKHLAS dengan ALLAH?
Think.
Aku tak ada berhasad dengki, cemburu, anti atau rasa benci dengan niqabis. Sebab aku pernah cuba rasa how to be a niqabis. Tahu susah payah dan bukan jenis aku nak buang masa busukkan dan hitamkan hati nak berdengki cuma aku sedih, kecewa. Kenapa? Aku share pengalaman aku dulu.
1. Aku join banyak group wassap dakwah atau tarbiah. Okay, ada yang memang betul-betul manfaatkan medan ilmu tersebut, bersungguh sungguh jadikan alam maya sebagai tempat cari ilmu, share ilmu dan berukhwah. Yang ni aku respect. Takdelah nak 24 hours tunjuk gambar sama ada bertudung atau tak.
2. Aku ada join satu group wassap yang nama group tu sungguhlah islamic dan seolah-olah tu satu cabang usrah, nak tarik orang kenal dunia agama tapi sayangnya. Yang kahwin muda, tayang gambar share gambar laki bini kat group, berkeping keping gambar tu sampai aku kena delete everyday takut ada kawan/adik laki bukak galeri henfon. Yang jenis hipster, share gambar tak pakai tudung, buat itu ini nak update dengan gambar dalam group tu. Dah macam group wassap instagram pulak. Lepastu yg tu puji yg ni puji. Tak sudah dengan tu, yang lain pulak follow share gambar. Gambar rambut kusut panjang pendek semua ada. Girls, keakraban itu bukan hanya share gambar and telling the world what u re doing sayang. Alam maya macam macam jenis manusia. Orang boleh buat gambar tu macam macam kalau ada insan yg berhasad dengki dgn kemewahan, kecantikan dan kesenangan yang kau ada. Tu belum lagi dengan sembang kosong hampir 2k to 5k per day. Dahsyat. Aku tahu group tu ada niqabis famous tapi jangan sebab dia famous, kita ikut benda salah yg dia buat. Manusia dikaburi dengan keglamouran manusia, org cantik, org famous ni memang ramai orang suka lagi lagi berniqab. Tapi, kalau aku famous amos, aku akan wujudkan seberapa banyak group wassap yang boleh ajak orang ke arah kebaikan sebab famous tu kira rezeki jugak, satu cabang nak tarik org kenal agama lagi dan kita sendiri pun boleh belajar, kenal dunia and not sembang lagha everyday. Bukan aku tak suka ukhwah sedemikian tapi bagi aku berpada-pada nak share apa apa. Ada masa kau kena fikir yg manusia ni ada hati pelbagai. Jangan ada yg soal aku pulak kat comment “dah kau rasa kau baik, buat jela group usrah ajak org kenal Allah, jgn judge je reti’. Dont worry, alhamdulillah dah buat. Dan dakwah bukan melalui group wassap semata mata ya sayang.Yang tak kahwin pulak sembang pasal jodoh haihhh.
3. Aku bukak ig, bersepah gambar selfi welfie sweet sweet niqabis. Tunjuk mata. Upload gambaq selfie tapi caption islamic. Tapi niqabis ni mudah melenting. Ada org tegur, terus dimakinya, konon mengaibkan. Lepastu followers pun ikut kecam org yg menegur kau tu. Kau dah berjaya buat followers kau gaduh sebab benda bodoh. Serius cakap. Tanpa sedar, timbul rasa ‘menang’ dalam hati kau walaupun hakikatnya kau kalah bermati-matian. Kau rasa, kau ikhlas ke pakai niqab/purdah? Ikhlas ke? Jangan cakap aku ni sangka buruk sudah, sebab aku cakap ni buat mereka yang buat atau lakukan ciri ciri yang aku gitau tu. Kawan aku berulang kali mention,
“aku selalu bukak ig dan kat bahagian explore tu penuh gambar niqabis yang make up, melawa, selfie dan tabaruj. Kalau ada orang tegur, niqabis tu marah balik sampaikan followers pun gaduh gaduh. Kesian org yg tegur tu”
Kawan aku ni very simple person, pakai biasa biasa je. Tapi tudung tutup dada, baju tutup punggung, humble tapi dia mampu jaga diri dia daripada dipandang. Dia mampu delete gambar-gambar dia kat ig. Dia mampu buat semua tu sebab apa? Sebab dia cakap, diri dia hanya untuk suami dia. Kecantikan dia hanya utk suami dia pandang. Aku sendiri pun ada lagi upload gambar kt ig heee.
Dia ada cakap, kenapa pakai niqab tapi tayang diri? Bukan ke pakai niqab sebab nak tutup daripada dipandang? Aku terkedu taktahu nak jawab apa. See, betapa imej ini menjadi bualan hangat dan persoalan yang makin bertambah setiap hari.
Think. Kalau dia boleh tanya camtu, apatah lagi orang lain and non muslim also can ask us about this. Nanti apa kita nak jawab? Nak cakap yang,
“Its okay to upload our photos in social sites asalkan gambar tu beramai ramai”
Cukup je dengan jawapan tu? And non muslim will ask you more and more and more. Bcs they know apa hukum sebenar. Non muslim pun belajar tentang Islam, sayang.
Ada terbaca satu status dari seorang hamba Allah yang kalau nak tegur niqabis ni bukan hari hari tapi kadang kala. Aku pun macam..eh? Really? Whats going on? Kalau niqabis itu sendiri masih tak dapat bawa imej tersebut dengan baik, kenapa tidak perlu ditegur? dinasihati? Menasihati bukan bermakna menjatuhkan. Menasihati dan menegur bukan nak menjatuhkan maruah awak sayang sayang. Tapi beri support. Sama sama tolong. Aku masa baca tu macam tak faham so seingat aku , aku share. Haihh lepastu tetiba terfikir balik.. aku pun .. haihh speechless.
4. Niqabis kahwin dan bersweet di laman sosial. Ramai yang kahwin dan ada tunjuk gambar peluk peluk hee. Ada dengar dan baca dari orang ramai tentang hal ni.. sebab mereka yang tak berniqab ni fikir macam-macam. Tapi, apakan daya, “tak apa. suami”. Bukan lah nak cakap aku ni takde somi so tak faham.. and mesti ada yang cakap aku ni one day bila ada somi nanti share share jugak gambar berdua. Ya, aku akan share jugak nanti dan akan cakap “hai, aku dah jadi Puan”.. Tapi berpada, dan bukan tunjuk aksi aksi yang haram bagi mereka yg belum kahwin contohnya peluk peluk, cium pipi isteri dan sbgnya. Okay, aku tau tak layak nak bincang pasal ni melebih nanti kena kecam teruk teruk.
5. Aku ada kawan baik, akak usrah, kawan usrah yang juga niqabis. Alhamdulillah yang close dengan aku ni, bukan kaki selfie dan upload gambar di laman sosial secara melampau, selfie tu selfie tapi simpan sendiri. Bukan jenis berniqab dan upload gambar tangan pegang tasbih, gambar tangan pakai cincin dll. Aku as a girl pun boleh agak warna kulit badan apatah lagi lelaki yg matanya tajam. Kawan kawan niqabis aku ni, alhamdulillah mereka jenis tak show apa mereka ada. Mereka humble dan tak popular di laman sosial. Tapi cukup popular, glamour dan gojes dalam dunia aku dengan sharing ilmu yang pelbagai. Mereka inilah yang tak tahu malu atau segan nak share ilmu, cuba menyampaikan walau tahu ilmu tak tinggi.
6. Aku ada pm seorang niqabis yang mana gambar dia diupload di acc ig yg entahlah sapa pemiliknya. Yang penting tu gambar gadis berniqab. Aku gitau dia, boleh pulak dia cakap, ‘oh dah biasa org buat macam tu”. Aku sedih. serious aku cakap. Tak terkata aku. Aku risaukan gambar dia diambil dicuri dan diupload oleh acc yang entah siapa pemiliknya tapi boleh dia biasa-biasa? Tak ada langsung ciri ciri terkejut bila reply pm aku. Tak ada rasa takut pun bila gambar yang cantik berniqab itu diambil oleh org lain. Aku frust dengan sikap sedemikian.
7. Semasa explore ig jugak, ada terjumpa satu acc niqabis. Dahsyatnya mulut dia. “Jangan follow aku kalau tak suka bla bla bla” , dia macam marah org yg tegur dia kot sebab banyak gambar selfie melfie. Ayat ayat sedemikian tak sepatutnya diucap.
Aku pernah duduk di tempat niqabis jadi aku tahu apa rasanya. Bukannya aku nak menghukum dan sangka buruk. Anda tak buat, anda tak perlu terasa, marah. Ini cara aku menegur buat mereka yang masih lagi tak jumpa point sebenar berniqab. Anggap saja aku mewakili mereka mereka yang dikecam di laman sosial oleh pemilik acc ataupun followers setia. Aku mewakili mereka menegur. Bukan aku tak buat salah, aku tetap buat salah, ada banyak jugak aku upload gambar masa mula mula cuba niqab dulu tapi cepat cepat padam sebab tiba-tiba Allah detikkan rasa malu. Niqab? Selfie? hm.. and ada jugak status tak matang yg aku update masa aku membesar dulu. Aku tegaskan, aku tak menghukum, aku berniat nak menegur. Terserah mcm mana kau nak terima. Positif kau, positiflah kau terima apa aku tegur. Negatif kau, negatiflah semua yg aku cakap walaupun ada benarnya.
Ikhlas, bukan mudah. Kalau benar kita ikhlas berniqab berpurdah, kita tahu apa itu identiti niqab. Kita takkan share fizikal kita pada orang. Kita takkan selfie dan tunjuk pada orang. Inilah ujian bila kita berubah. Mmapu ke tak kita lalui? Sejauhmana ikhlasnya kita? Kadang, kita tahu kita ditegur, kita tahu benda tu tak elok, kita tahu kita takboleh share kesuwitan hal rumah tangga kita tapi tetap nak upload..nak share..makin hari makin bertambah followers.
Kalau ada yang kata aku perburukkan niqabis sebab aku list one by one, up to you. Kadang manusia hati keras susah kita nak ajar. Kalau aku tak listkan, apa silapnya, bagaimana aku nak tegur. Aku kadang naik muak sebab benda ni masih lagi menjadi masalah. Dalam diam. Benda ni boleh wujudkan salah faham yang besar. Sebabtu tak hairan ada yang benci niqabis. Bila dengar hujah mereka, terkedu taktau nak jawab apa lagi.
Aku jugak tak salahkan sehelai kain yg kau pakai. Sungguh, sehelai kain itu sangat tinggi disisi Allah. Tapi, bila kau tahu perkara yang kau buat tu tak betul, stop it. Bila kau tahu tak elok, bila kau dah ditegurm terima. Terima..takkan jatuh maruah kau. Sepatutnya kau bersyukur kalau ada yang menegur sebab ada yang care tentang kau. Aku tak mention semua niqabis. Tapi niqabis, please open your mind, aku merayu buka minda dan mata hati, hadam sebaiknya apa yang aku tegur, aku nasihat. Aku tahu, manusia ni memang ada ego… kadang kita rasa benda kita buat tu betul, org yang takut akan takut menegur dan biarkan kau dengan perbuatan sama.
Nah, sekarang, cuba fikir. Apakah tinggi ikhlas yang kau ada? Yes, aku tahu aku tak baca hati org, aku taktahu hati org macam mana. Ikhlas ke tak tu urusan kau dengan Tuhan. Tapi, kalau inilah alasan kau, sorry, aku tak terima. Sebab perbuatan itu melambangkan hati. Sebab tu berulang kali aku tanya, ikhlaskah engkau?? Kalau hati kau benar benar ikhlas, kau takkan buat yang bercanggah dengan identiti niqab.
“Niqabis pun manusia, they need time”
Tapi yg aku lihat, makin ramai yang bebas buat benda yg bercanggah dgn identiti niqab. Aku tahu manusia perlukan masa utk sebuah hijrah, sebuah perubahan. Sebabtu pentingnya kau BERILMU dulu. Belajar kenal Allah, kenal Rasulullah SAW, kenal agama, kenal adab, kenal malu, kenal ikhlas dan kenal apa fungsi niqab tu. Bila kau ada ilmu, kau akan hindari perkara yg tak boleh kau lakukan. Sebabtu ramai niqabis yg aku kenal, mereka akan cakap, nak pakai niqab kena berkorban. Korban macam macam. Bukan hanya kena pakai pakaian longgar tapi HATI kau..QALBU kau kena banyak tunduk dan lepaskan perkara perkara yang tak boleh kau buat.
Teguran ni khususnya aku tegur buat mereka yang masih tak jumpa identiti niqab. Aku tahu ada yang tak boleh terima tapi aku tanggung risiko kena kecam semata untuk menegur dan menasihati. Terima dengan lapang dada. Bukannya menimbulkan permusuhan setelah baca.
Buat mereka yg bukan berniqab, masih ramai lagi niqabis yang benar benar menjaga imej niqab. Jangan pukul rata. Mereka ini orang yang baik baik. Mereka sanggup berkorban segala galanya. Tak kira yg berniqab atau tidak, tetap ada silap. Sama mcm yg tak berniqab. Sama sama kita kejar ilmu. Aku sendiri pun masih merangkak nak cari ilmu ini. Banyak yg aku kena ubah, kena belajar. Aku minta maaf kalau penulisan ini mengguris hati sesiapa.
Buat mereka yang nak berubah, cari ilmu dulu, bukan cari niqab. Ramai yg nak berubah dan nak niqab sedangkan bukan niqab yg kena utamakan tapi amal ibadat. Nak istiqamah bukan mudah. Kadangkala kita akan tergelincir. Kadangkala terkeluar daripada landasan yg benar. Kadangkala akan kalah dengan nafsu sendiri. Aib kita, itu antara kita dengan Allah.
Kalau ada insan yang free hair menegur sekalipun, jika teguran itu benar, maka terimalah dengan hati yang lapang. Usah sombong menunding jari “TAK BERTUDUNG TAPI SEMBANG AGAMA!”. Hatta kalau seorang ibu itu jahat sekalipun, wajib kau dengar nasihat dan tegurannya.
Laman sosial kini jadi sarang pergaduhan. Followers sebagai askar tak bergaji, melawan dan berperang dengan orang yang cuba membetulkan pekara yang salah. Tak kisahlah dari golongan org biasa ke, artis ke.
Aku mohon maaf pada semua.
#kakakpenyayang
#adachanceakuakanmengakusiapaaku
– Kakak Penyayang
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment