Terima kasih admin sebab dah app..
Tujuan aku confess untuk mintak pendapat semua orang ye memang ramai kawan-kawan yang nasihat tapi pendapat orang berbeza beza…
Aku seorang gadis negatif dalam diri aku terlalu banyak negatif, sampaikan nak buat baik dengan orang pon aku teragak-agak… Aku pemarah dan bila sekeliling aku bagi tekanan orang lain pon jadi mangsa kemarahan aku, ada masa aku relex diam, ada masa aku xmampu nak kawal aku tak mampu, hari-hari aku berdoa Supaya Allah beri aku hati yang tenang sentiasa bersabar…
Dulu sampai laa sekarang aku suka bercakap kasar dengan orang sekeliling sampaikan kedua ibu bapa aku pon terkene sekali,aku kecik kan hati kedua ibu bapa aku sampaikan mereka mengaku mereka banyak menangis sebab aku banyak terasa dengan perbuatan aku, padahal aku penah dengar (Setitik air mata ibu jatuh, 10 kebajikan anak hilang, ibu jangan jatuh air mata dan anak jangan bagi ibu jatuh air mata. Biarlah Ibu menangis kerana anak berjaya dan bukan sedih kerana angkara anak.), aku cakap main lepas tak penah pikir perasaan orang sekeliling aku hanya pikir hati aku sendiri, bagi aku bende tu biasa bagi orang lain aku ni biadap aku xsedar langsung apa yang aku buat salah…
Sampaikan aku penah suka beberapa orang lelaki aku luahkan isi hati aku, aku berharap si dia terima aku tapi tidak sangkaan aku meleset si dia menolak, aku usaha tapi usaha aku hanya sia-sia apa yang aku dapat hanya laa caci maki tanpa belas kasihan tanpa beri peluang untuk aku, aku menangis sampai laa aku jadi tawar hati dan aku mintak Ya Allah kau tutup laa pintu hati aku serapat rapatnya agar aku tak mudah suka dengan mana-mana lelaki yang bukan terbaik untuk aku…
Sampai laa 1 masa aku sedar, hati aku tak tenang hati aku tak tenteram, hidup aku seolah olah takda keberkatan, Dan aku baru sedar yang aku ni anak Derhaka sebab dah buat ibu menangis. Sebab sikap aku laa takda lelaki yang berani try aku… Sampaikan kadang-kadang aku terfikir adakah ini semua dosa-dosa yang pernah aku buat pada orang sekeliling pada ibu bapa aku… Kadang-kadang Allah jentik hati aku supaya berubah tapi aku abaikan aku ulang perbuatan aku, aku pernah cuba berubah tapi bila aku cuba berubah orang sekeliling seakan akan tahu niat hati aku, aku give up.
Aku tak nak panjangkan cerita, point aku cuma 1 macam nak berubah untuk menjadi lebih baik, berubah supaya orang sekeliling suka dan selesa berkawan dengan aku…
– Gadis Negetif
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment