Baru-baru ini kita digemparkan dengan produk kosmetik tiruan, rebrand dan krim cedok yang berlambak-lambak telah dikeluarkan dengan jenama tempatan dan dijual di pasaran. Pelbagai jenis krim seperti ini dijual secara berleluasa terutamanya di media sosial seperti Facebook dan Instagram. Tidak habis dengan produk kosmetik, kini wujud pula krim dan pil hormon tiruan yang kononnya di bawa khas dari US untuk membantu golongan yang ingin hamil di luar sana.Krim dan pil hormon ini telah banyak dijual dan digunakan di luar negara tetapi tidak di Malaysia
1.‘Calit-calit je terus mengandung dengan produk hormon no 1 di Malaysia’..begitulah yang sering dipromosikan oleh pengasas ini untuk menarik golongan naïf terutama sekali bagi yang telah lama menunggu kehadiran cahaya mata tanpa menyelidik terlebih dahulu mengenai krim dan pil hormon seperti ini. Untuk pengetahuan umum mana-mana produk kesihatan yang di bawa masuk dari luar negara perlu melalui dan mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh pihak kawalan farmasi dan KKM. Bagaimana pengasas krim ini boleh membawa masuk 1000 botol krim progesterone dan pil hormon dari US ini tanpa melalui prosedur berkenaan?
2. Penipuan oleh pengasas ini jelas dapat dilihat daripada penggunaan bekas yang berbeza daripada produk original,kandungan berat telah diubah serta memplagiat pelekat,logo serta label dari syarikat Source Naturals dan Fairhaven Health. Untuk makluman para pembeli yang masih tidak sedar bahawa anda telah ditipu oleh pengasas ini,syarikat Source Naturals dan Fairhaven Health dari US telah membuat penafian bahawa mereka tidak pernah mengeluarkan produk baru bahkan apatah lagi untuk melantik pengasas ini sebagai wakil pengedar mahupun pembekal mereka di Malaysia.Jadi dari mana datangnya 1000 botol krim ini ?
3. “Produk kami diformulasi oleh pakar , dihasilkan daripada bahan-bahan semulajadi dan mematuhi syarat BFPK dan KKM”.Tetapi jika betul ia diformulasikan secara bertauliah, dimana kilangnya? Di mana makmalnya? Kenapa tiada no KKM? Kenapa tiada tarikh luput pada krim dan pil hormon tersebut?Memang tak ada pun semua tu sebab itulah tak berani letak . Gambar di bawah juga menampakkan bahawa krim hormon tersebut telah di repacking semula. Cedok krim entah dengan utensil apa, masukkan dalam bekas lekat sticker dah boleh JUAL!..Mudahkan?
4.Jika produk ini dihasilkan “100% natural” kenapa krim ini berbau seperti minyak urut. Bukan sahaja bau malah texture krim pun tidak seperti krim original yang tiada bau. Apabila tindakannya diketahui oleh beberapa pengguna,sekali lagi pengasas terdesak menutup kesalahannya dan bertindak menukar label krimnya,Cream Progesterone kepada Cream Progesterones manakala pil hormone FertilAid kepada FertilAds.
5.Pengasas kepada produk ini bukanlah seorang pakar perubatan dan bagaimana pengasas ini boleh meniaga produk seperti ini dengan sewenang-wenangnya di laman facebook dan instagram?Malah baru-baru ini pengasas ini telah mengeluarkan produk kurus 4Slim dan beberapa agen/dropship telah dilantik serata negeri. Walhal semua produk kepada pengasas ini tiada kelulusan dari KKM pun.
6.Mohon pihak KKM sedar akan tindakan pengasas seperti ini boleh membahayakan nyawa orang lain ini.Jangan nanti dah ada yang nazak baru sibuk nak buat serbuan dan tangkapan.
7. Konon kita ni membuat fitnah, terdesak nak zuriat dan meroyan untuk menjatuhkan bisnes dan menabur pasir terhadap peniaga Melayu.Ingin ditegaskan di sini, anda sendiri berniaga dengan tidak jujur dan telah memalsukan produk anda dengan menggunakan produk Oem.Anda sendiri menjerat diri anda dengan meniaga menggunakan produk Oem dan tidak cukup dengan itu anda menggunakan jenama syarikat lain.Kenapa tidak menggunakan jenama sendiri?Jika terjadi sesuatu kepada pengguna siapa yang akan bertanggungjawab?Jangan lupa jika anda boleh kaya dengan cepat anda juga boleh tersungkur dengan cepat.
8. Jangan ingat hanya kosmetik sahaja ade dijual secara timbang kilo tetapi krim hormon pun ada juga ya. Cari je dalam laman facebook/google berlambak agen jual krim timbang kilo ni di pasaran.Anda nak pakej mahal,murah semua ada.Pendedahan demi pendedahan telah di suarakan oleh pengguna yang menjadi mangsa tetapi adakah masih lagi tidak cukup untuk membuka minda dan mata anda wahai pengguna dan pembeli ? Komen juga telah ditulis di page yang berkenaan tetapi tindakan pengasas memadam semua komen tersebut menampakkan betapa kejinya sikap pengasas tersebut.
9.Adakah ini yang dikatakan peniaga melayu yang baik hati dan bertanggungjawab? Berhati-hatilah dan banyakla membaca mengenai sesuatu produk yang ingin anda beli.Produk sebegini hanya boleh digunakan hanya setelah anda mendapat khidmat nasihat dari pakar perubatan.Bagaimana anda tahu anda mengalami masalah hormon jika anda tidak menjalani rawatan bersama pakar?Apa kelulusan pengasas yang anda boleh begitu percaya bahawa penyakit anda boleh sembuh dengan hanya mencalit krim dan makan pil seperti ini.?
10.Jangan bahayakan diri kita dengan produk sebegini.Saya hanya ingin anda semua menjadi pengguna yang bijak dan agar yang lain tidak terjebak dengan pembelian produk sebegini.Bagi yang ingin memiliki cahaya mata jangan memilih jalan singkat dan jangan mudah terpedaya dengan membeli produk-produk yang tidak terjamin mutunya.Gunakan hak anda sebagai pengguna,boikot krim-krim atau produk yang diragui lebih-lebih lagi yang tiada kelulusan KKM.!
– Windy Nies
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment