Assalamualaikum..
Aku Jaja.. Alah standardlah bukan nama sebenar. Hihi. Sebelum ni aku pernah hantar confession tapi admin tak publish. Kalau yang ni admin publish, terima kasih lah kat admin..Sebab apa yang aku nak cerita ni bukan semata untuk kepentingan aku je..Tapi untuk semua yang boleh dijadikan pengajaran dan pembelajaran.
Hati hitam. Ye, ada manusia yang jenis hati hitam . Hati hitam bila rasa sakit hati tengok ada manusia yang lebih dari dia.. Jadi menyampah dan tak suka tengok kebahagian orang lain..Aku kadang tak faham, kenapa masih wujud manusia jenis ‘hati hitam’ ni. Tapi yelah, nama pun kehidupan..Mana ada kehidupan yang tak turun naik.
Masa aku tulis confession ni (22.04.2017) ada lagi lebih kurang berapa hari je aku akan bernikah. Tapi dalam saat saat akhir nak menghitung hari nilah, sekali lagi jadi benda yang sangat sangat aku risaukan.. Sebelum ni dua kali majlis kat rumah aku ada masalah. Masalah yang cliche sejak dari dulu bila nak majlis..Biasalah manusia moden sekarang ni memang tak boleh lari dari sihir menyihir, santau menyantau ni.
Masa akak aku kahwin, tahun 2012..Agak teruk lah juga akak aku kena. Dua minggu sebelum nak majlis, badan dengan muka akak aku jadi lebam-lebam. Satu badan lebam, muka jadi bengkak..Badan memang susut lah kan..Kat rumah kitaorang pun macam macam lah jadi. Banyak barang pecah, kemudian berapa kali juga mak dengan ayah aku hampir-hampir nak kena hempap dengan kipas besi besar tu. Masa tu kitaorang bawak akak aku berubat dekat Darussyifa. Alhamdulillah majlis pernikahan akak aku berjalan dengan lancar.
Kemudian tahun 2015, masa abang aku kahwin sekali lagi benda yang hampir sama berulang. Tapi kali ini dia tak kacau bakal pengantin, tapi dia kacau makanan. Masa tu banyak makanan nak rosak, kemudian api untuk masa lauk semua tak besar-besar. Nasib baiklah tukang masak tu ada ilmu juga, lepas dah baca apa yang patut barulah api nak hidup. Sepanjang majlis juga ayah aku mintak Ustaz aku tolong dan malam sebelum majlis kitaorang dah pagarkan semula keliling rumah.
Bila aku nak kahwin, aku dah mula risau kalau-kalau ada benda buruk akan jadi. Sebab sebelum ni aku pernah kena santau selama 6 tahun. Dari 2010 sampai lah 2016 barulah aku betul-betul ok. Bila aku luahkan kerisauan aku, ustaz tak bagi aku fikir buruk-buruk. Bila ustaz sendiri dah cakap semuanya ok, aku mulalah lega walaupun aku dah mula dapat mimpi pelik-pelik.
Ada tiga hari berturut-turut aku mimpi buruk. Hari pertama, aku mimpi aku hampir jatuh dalam gaung tapi sempat berpaut. Hari kedua, aku mimpi aku terperangkap dalam api tapi api dapat padam dan ketiga paling pelik lah. Aku mimpi cincin tunang aku jatuh dalam sungai, kemudian aku terjun untuk cari cincin tunang aku. Bila aku dah naik ke darat, aku sedar yang batu cincin aku hilang pulak. Aku pun terjun sekali lagi untuk cari batu cincin tu dan masa nak naik tu, hampir je aku nak kena baham dengan buaya dan aku berjaya selamatkan diri.
Fuhh! Masa tu bangun je dah pukul 4 pagi, berpeluh jugalah kan. Kemudian beberapa hari lepas aku mimpi buruk lagi. Aku mimpi kat mulut aku banyak darah dan benda busuk berbau hanyir. Rumah kitaorang pun selalu sangat bau kemenyan dan bau asap busuk. Tapi bila cari tak jumpalah pulak mana datangnya bau tu.
Empat hari lepas, aku dah mula rasa lain macam. Mula dari lepas asar, badan aku jadi bisa dan kepala berdenyut-denyut. Tiap kali lepas asar sampailah ke malam, tiba-tiba je badan aku jadi panas. Satu badan menggigil, tangan aku langsung tak boleh gerak. Bila pagi je, aku terus jadi sihat. Mak ayah pun dah pelik. Muka aku pun jadi makin cengkung, berat aku makin lama makin turun. Sampai ramai marah sebab ingatkan aku diet beriya untuk kahwin. Hahaha. Penat jugalah aku explain kat semua orang yang aku tak diet, tiba-tiba je jadi kurus. Haa magic kan.
Malam hari kedua aku demam panas tiba-tiba tu, ayah aku telefon ustaz. Masa tulah baru aku dapat tahu rupanya aku dah terkena juga sihir dari manusia hati hitam ni. Rupanya satu rumah kitaorang dah penuh dengan benda tajam dan benda busuk. Patutlah asyik rasa lain macam je. Mulai dari malam tu sehinggalah sekarang ni, aku masih lagi berubat semula dengan ustaz. Ingatkan lepas dah kena santau tu dah habis sampai situ je, tak sangka aku boleh terkena lagi benda ni. Patutnya aku nikah kat rumah, tapi ustaz suruh aku nikah kat masjid. Benda ni memang niat nak halang majlis dan memang nak malukan keluarga kitaorang. Kesian mak dengan ayah, nampak sangat muka mak dengan ayah risau. Aku sendiri tak tahu nak rasa apa.. Tak terkata sebab kadang macam tak percaya benda macam ni boleh jadi kat kitaorang sekeluarga.
Dah empat hari berturut-turut jugalah, setiap kali lepas asar sampai ke malam badan aku jadi panas. Tapi kali ni dah makin advance pulak, sebab dia buat sampai tangan dengan kaki aku sebelah kanan tak boleh gerak. Kemudian satu badan rasa kena cucuk dengan jarum panas.Masa maghrib lah paling teruk sebab masa tu lah aku dah terlantar tak boleh gerak sebelah badan. Masa tu jugalah, mulut dan hati tak boleh lepas dari zikir ingat Allah. Aku tahu aku kena lawan benda ni, tak boleh terlalu cepat menyerah dan berserah gitu kan.
Sepanjang proses berubat ni pun, aku kena pantang makan. Banyak makanan yang aku tak boleh makan. Makin kurus lah aku. Hahah. Tak payah susah-susah nak diet kan.
Serius aku tak faham kenapa zaman sekarang ni, masih lagi ada manusia yang obses dengan benda kotor ni? Aku harap, sepanjang majlis aku nanti tak ada benda buruk-buruk yang akan berlaku. Korang semua yang baik hati ni, doakan lah agar semuanya selamat. Doakan juga keluarga kami kuat untuk hadapi apa sahaja dugaan yang mendatang. Berdasarkan pengalaman aku dan juga sekeliling, selalunya sebelum nak kena sihir atau santau ni kita akan mula dapat mimpi yang pelik-pelik. Memanglah kadang-kadang mimpi tu mainan syaitan, tapi ada kalanya mimpi tu juga petanda untuk kita berjaga-jaga. Paling penting, kita sendiri kena lawan dengan kuatkan pendinding diri sendiri. Mungkin aku ada terleka sampai boleh terkena balik benda ni *tampau diri sendiri*.
Allah tak akan uji diluar kemampuan kita. Setiap dari kita berbeza-beza ujian sebab Allah tahu tahap kemampuan kita berbeza-beza. Kadang nak menangis keluar air mata darah sekalipun tak guna kan. Apa yang penting kita kena ambil ‘key point’ dalam ujian yang Allah dah hadiahkan ni. Doakan aku dan keluarga aku. Aku doakan korang semua juga. Moga kita semua dilindungi dan dijauhkan dari perkara yang buruk-buruk.
Ok ni aku nak kongsi sikit doa untuk elak sihir dan santau :
1. BACA AYAT AL-KURSI SELEPAS SOLAT ( IAITU SURAH AL-BAQARAH AYAT 255)
2. BACA DOA “BISMILLAHILLAZI LA YADHURRU MA’ASMIHI SYAI UN FIL ARDI WALA FISAMAIE, WA HUWAS SAMI’UL ‘ALIM”. SETIAP HARI IAITU 3 KALI
3. BACA DUA AYAT TERAKHIR DARI SURAH AL-BAQARAH PADA WAKTU MALAM
4. BACA ZIKIR : “LA ILAHA ILLAH WAHDAHU LA SYARIKALAH, LAHUL MULKU WALAHUL HAMDU YUHYI WA YUMIT WAHUWA ‘ALA KULLI SYAI’IN QODIR ” ( SEPULUH KALI )
5. BACA : ” A’UZU BIKALIMATILLAH AT-TAMMATI MIN SYARRIMA KHALAQ
Moga bermanfaat :)
– Jaja
– Jaja
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment