Monday, 8 January 2018

Tips Hajat Makbul II

PengakuanKu

Assalamualaikum.
Tadi aku dah share pasal tips hajat makbul. and aku baca banyak juga respons yang positive alhamdulillah. And thanks jugak to admin sebab sudi siarkan :).

So buat sesiapa yang macam tertanya. korang baca balik confession sebelum ni
. pasal tips hajat makbul.

And ada juga yang tanya pelbagai soalan pasal amalan ni.

Okay I’ll try my best to answer.

Antaranya:

1) boleh ke amal selain waktu subuh or before subuh?

Jawapan dia boleh. It just korang kena yakin and istiqamah. Tu key dia. tapi aku selalu amal lepas subuh and before subuh. Tapi kalau tak sempat aku akan amal lepas zohor ke asar ke.. The key is istiqamah. baca after maghrib / isya pun okay. yang penting dalam sehari tu mesti buat.

2) Hajat tu nak baca dalam hati ke baca kuat2?

Aku prefer baca dalam hati. and jangan lupa masa baca hajat tu. korang tadah tangan. selawat jangan lupa before baca satu satu hajat yang korang list kan tu. kalau boleh ulang tiga kali untuk setiap hajat tu. ( another tips) tapi nak baca sepintas lalu macam tu pun okay.

3) Baca hajat tu before kun fayakun ke atau after kun fayakun?

Jawapan dia after kun fayakun. baca list hajat. teruskan baca yassin sampai habis.

Oh ya, sebelum aku terlupa. sebelum korang baca the whole yassin tu. kalau boleh ikut tata tertib yang betul untuk baca yassin.

antaranya baca al fatihah. selawat ke atas nabi sebelas kali and ayatul kursi.

lepastu baca yassin macam biasa.

Hajat ni bukan sahaja untuk hajat dunia semata. boleh mohon untuk hajat akhirat juga ( which is lebih penting). walaupun kita tak nampak sekarang. tapi In shaa Allah sangka baik dengan Allah..

Lagi satu tips ni boleh juga diamalkan buat orang yang nak istiqamah dalam suatu perkara contoh nak lebih bersabar, nak puasa sunat, nak rajin belajar, nak jaga mulut biar jauhkan dosa mulut and many more.

In shaa Allah. dimakbulkan.

The key is yakin dengan Allah.

sebab once Allah kata ‘kun fayakun’maka jadilah sesuatu perkara itu. walau apa pun cara dia.

Okay lagi satu nak tambah sikit. pasal hajat tu. adakah aku terus dapat lepas amal?

Jawapan dia ada yang Allah makbul cepat and ada juga yang Allah makbul mengikut waktu yang terbaik. Tapi setakat ni alhamdulillah Allah mudahkan je semuanya.

Sebab ada je kawan aku try. On the spot Allah makbulkan. masa baca tu hati mesti humble and rasa macam kita ni nothing. Allah tu EVERYTHING.

betul, aku ada baca comment yang confession aku sebelum ni, ada cakap kalau Allah tak makbulkan jangan down pulak.

betul tu. korang kena istiqamah and yakin. kadang bukan sekarang waktu terbaik Allah nak makbulkan hajat korang? maybe nanti. kita taktahu apa apa.

Allah nak tengok korang still teruskan and yakin or mudah give up? so teruskan je.

Macam aku cakap. ada hajat aku Allah makbul cepat and ada pada waktu yang tepat. so rilex and yakin.

Then, baca istighfar banyak2. maybe lambat makbul sebab dosa kita kan? yelah. manusia tak lari dari dosa.

And korang, yang ni paling penting. istighfar, taubat balik ingat dosa kita. sebab apa pun amalan kita kena start daripada taubat kepada Allah. biar lagi mudah lah hajat kita nak sampai sama ada hajat dunia atau akhirat. Sebab kadang kadang dosa kita ni la yang menjadi penghalang nya hajat kita nak sampai kat Allah. ( peringatan untuk aku jugak)

So, apapun yang korang buat niat kena betul. betulkan balik niat. mesti buat kerana Allah. and kena yakin.

yakin. yakin Allah nampak effort korang and yakin Allah akan makbulkan hajat korang dengan hanya kata ‘kun fayakun’.

And pastikan jugak la hajat kita tu bukan untuk jatuhkan orang atau apa. mesti hajat yang baik. yang bagi manfaat dekat dunia and akhirat kita and orang lqin.

In shaa Allah. moga Allah mudahkan untuk korang capai hajat korang.

Lastly, doakan aku juga supaya mudah urusan aku dunia and akhirat and dapat capai hajat aku dunia and akhirat.

Thanks.

– budak putih

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.