Monday, 8 January 2018

Tips Untuk Tak Stress Main Game Online

PengakuanKu

Assalamualaikum, aku harap artikel ini dapat dipublish walaupun tajuknya tah apa-apa.
Sebagai online gamer, perkara ini semestinya pernah berlaku dalam hidup anda : red day seminggu, dapat teammate tah apa – apa dan macam – macam lagi. Masalah ini sedikit sebanyak akan membuatkan diri anda stress. Tapi kini kamu semua jangan risau, saya sudah menemui satu tips yang saya sudah pakai selama 3 minggu dan hasilnya amat memberangsangkan. Jangan risau tips ini boleh dipakai semua peringkat umur tidak kira lelaki ataupun perempuan. Penggunaan tips ini bukan sahaja mampu untuk mengelakkan diri anda dari stress, tips ini juga mampu menaikkan winrate anda. Selepas menggunakan tips ini saya telah menang 17 daripada 20 match di South East Asia Server ( Not Level 1 tau sebelum ni main kat eu server) (bagi sesiapa yang tak tau SEA server ini adalah server paling cancer)
*ps: aku x cakap tips ni bagi winrate 100%

Mesti korang tertanya tips apa yang aku pakai ni kan, script ke? cheats ke? Jawapannya salah, tips yang aku maksudkan ialah solat dan berdoalah pada Allah.

So macam mana aku tau tips ni berfungsi? aku bukanlah seorg muslim yang berjaya selalu gak aku main game online sampai x berhenti solat. So satu hari aku main and guess what happen 5 game kalah woi sapa x sakit hati. Lepas tu aku decided aku x nak main dah ( aku main kat cc laptop x cukup kuat untuk install game) selama sebulan gak aku x main, lepastu sambung balik and what happen boom 4 match aku kalah .

so aku pun analisis balik apa yang aku perlu lakukan untuk tidak kalah
1- x main waktu cuti sekolah (done)
2- x main kat SEA (done)
jadi kenapa aku masih kalah? And then aku baru sedar, aku x pernah solat sepanjang aku main game (dari pukul 2 – 6 asar aku tinggal)

lepas seminggu aku nak gi cc macam biasa tapi sebelum pergi aku solat dahulu dan aku berdoa “Ya Allah berikanlah aku kemenangan bila aku main DOTA”. Lepas solat aku gerak ke cc dengan harapan aku akan menang. Dengan semangat yang membuak-buak aku main (masa ni pilih eu server)

1 jam kemudian( 2 match)
Doa aku x termakbul ke dah 2 game aku kalah (mood tgh sedih ni) timbul dalam hati yang baik selalunya datang lambat , so aku buat keputusan mengejut main kat SEA server . Resultnya 4 game menang menang woi , ya allah happynya aku dapata menang kat server paling cancer

lpstu setiap kali aku nak main aku akan solat dahulu dan berdoa pada allah dan selepas mengamalkan tips ini aku cuma kalah 1 kali sahaja
ps: kalau main waktu pagi/malam bolehlah berdoa masa solat subuh/ isyak, kalau waktu petang pastikan berhenti untuk solat kalau dah masuk waktu

sekian terima kasih( sekali lagi please admin tolong publish ya)

– Saiza

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.