Sunday, 18 March 2018

Aku Sakit Mental

PengakuanKu

Aku ni sakit mental ke?

Thanks admin siarkan cerita aku. Ni first time luah kan perasan kat sini haha. Nama aku panjang.. Tapi boleh panggil ain je. Aku kecik-kecik duduk dengan nenek aku sampai lah umur 13 tahun. Tu pun lepas ayah berkeras nak bawak aku balik tinggal dengan family kita orang.

Dipendekkan cerita, aku ni anak sulong. Nenek aku pulak suka cucu perempuan dan aku cucu kedua dia. Jarak umur dengan cucu sulong dia pun tak jauh beza. Jadi memang dari kecik dia jaga kitaorg dan tak kasi hantar pengasuh. So dalam ramai-ramai adik-beradik . Aku sorg je duduk dengan nenek aku. Yang lain dengan pengasuh dan last-last mak aku berhenti kerja jaga adik-adik aku.

So, sepanjang aku duduk dengan nenek aku, dari sekolah tadika sampai sekolah menengah duduk dengan nenek. Balik rumah bila cuti sekolah ataupun hujung minggu je. Aku ramai adik lelaki jadinya aku agak rimas dengan ‘ke-aktifan’ dorang tu. So kecik-kecik rajin la jugak bergaduh. Pernah gaduh sampai main pisau tau. Tu pon sebab sebab adik aku kutuk-kutuk dan halau balik rumah nenek aku. Wehh.. Dah la jarang balik.. Dia halau beb. Masa ni mak ayah aku tak ada kat rumah. Kejadian tu masih jadi rahsia sampai sekarang haha. Dengan adik-adik tak rapat. Dalam dunia aku ada nenek aku je.

Nenek aku ni jenis overprotctive. Kitaorang tak pernah merayap main kat luar rumah. Basikal pun main dalam hall weh haha. Kerja rumah lansung dia tak kasi kitaorang buat terutama bab dapur. Jadi kitaorang tolong bab kemas rumah,lipat baju dan basuh pinggan . Tu je weh. Sebabnya nenek aku ni jenis puas hati kalau dia yang buat benda tu. Rumah memang tip top weh. Kemas. Wangi. Bersepah kena marah.

Jadi, bila balik rumah mak aku mengharapkan aku berfungsi sebagai ‘anak perempuan’ dan ‘anak sulong’. Aku ni agak over sensitif bila orang sentuh pasal nenek aku. Aku sayang nenek aku lagi dari mak aku weh. Rasa asing dalam rumah sendiri. Bila aku ‘tak berfungsi’, mak aku naik hantu. Serius mak aku baran. Hangger berpuluh-puluh dah patah. Badan berbirat macam kuda belang. Ni salah satu fator aku makin tak sayang kat mak aku. Satu punca jugak aku selalul refusse balik rumah sendiri bila cuti sekolah. Mak pernah halau weh duduk terus rumah nenek jangan balik-balik. Siap dia campak surat beranak kat aku suruh tukar nama kat jpn. Below 13 years old, apa je yang kau akan fikir? Aku rasa mak aku tak sayang aku.

Hidup aku berubah 360° bila aku pindah balik duduk dengan family aku. Aku tertekan gila weh. Hari-hari fikir nak lari rumah. Selalu kena marah, kena rotan,kena perli. Aku jelous dengan adik sendiri bila dia boleh buat mak aku gelak tapi aku akward gila dengan mak aku. Aku bertatih weh nak jadi ‘anak perempuan’ dalam family ni. Pernah sekali, aku goreng nasi masa form 2,aku campak-campak je bahan dan memang tak sedap beb. Masa tu fikir saja nak tolong masak untuk adik-adik aku. Mak aku makan lepas tu complain beb rasa dia siap kata aku buat kerja tak ikhlas. Kecik hati beb. Start hari tu aku memang trauma dah nak goreng-goreng nasi ni. Banyak lagi lah episod-episod aku kecik hati ni.

Kat sekolah aku memang budak yang happy. Aku suka pergi sekolah sebab macam satu escapism dengan dunia kat rumah. Balik rumah aku banyak diam. Aku jelous gila bila kawan-kawan cerita hubungan diaorang dengan mak diaorang yg rapat tapi aku macam orang asing dengan mak sendiri. Malam-malam aku selalu menangis sorang-sorang dan luah kan apa yang aku rasa dalam satu buku ni. Aku benci gila mak aku masa ni. Dalam buku tu ada 2 watak. Satu, aku yang luahkan satu lagi konon-kononya aku jadi orang lain yang bagi nasihat kat diri sendiri haha. Nak di jadikan cerita, adik-adik aku selongkar barang aku masa aku balik cuti kat rumah nenek dan bagi buku tu kat mak aku. So lepas-lepas tu ,bila mak aku marah dia akan ungkit apa yang aku tulis dalam buku tu.

Lagi satu, segala macam hal aku akan maklum kat nenek aku,ayah last sekali baru mak. Apa-pa je lah yang sedih yang happy. Dan aku lagi rapat dengan ayah dari mak. Sampai tingkatan 5 aku duk ulang alik bilik kaunseling pasal tekanan perasaan aku ni. Cikgu kaunseling je yang tahu other side aku selain side budak yang ceria selalu kat sekolah. Apa yang cikgu saran aku praktikan. Aku tak cerita apa yang mak buat kat aku kalau dia naik hantu time dia tak ada. Hari-hari aku doa supaya allah lembutkan hati mak aku dan terima aku seadanya.

Nak dijadikan cerita, masa result matrik aku keluar, aku terdetik nak call mak aku berbanding nenek dan ayah aku. Aku tak tahu la kenapa. Aku nak buat mak aku rasa special. Dalam call tu, mak aku seronok dengan reult aku. Aku dengar mak aku menangis bila aku bagi tau dia orang yang pertama tahu. Masa tu aku pun nangis. Bukan sebab result aku tapi sebab mak aku menagis seronok sebab aku. Masa tu baru aku rasa aku ada mak yang sayang aku.

Start dari tu aku cuba rapat dengan mak aku sedaya yang boleh walaupon selalunya akward je bila berdua. Umur dia pun dah masuk 40-an so baran dia pun dah slow dah. Cumanya jadi semakin sensitif dan kuat sentap huhu. So aku cuba happykan dia. Sekarang dah masuk tahun ke 10 aku stay dengan family aku. Sejak kes matrik haritu alhamdulillah aku berubah dan mak aku pun berubah. Sekarang makin baik. Dengan adik-adik pun dah rapat. Aku makin ‘berfungsi’ dengan baik. Sekarang dah improvised skill memasak dan dapur tu memang dah diserahkan sebulatnya bila aku ada kat rumah.

Aku macam tak percaya mak yang ada depan mata aku sekarang ni. Aku sayang sangat-sangat kat mak aku. Aku seronok. Cuma satu masalah aku. Aku selalu di hantui dengan memori-memori buruk dengan mak aku yang dulu. Selalu weh.. Selalu sangat. Bila teringat aku akan menangis. Teruk weh. Aku ingat segala detail apa dialog mak aku, macamana aku selalu kena pukul dulu sampai ke satu tahap aku pernah benci mak aku sendiri dan anggap rumah macam neraka. Kadang tengah happy-happy bila aku teringat aku terdiam.Mak aku time aku kecik dan mak aku yang sekarang ni lain sangat macam tukar orang weh tapi muka sama.Apa yang aku kena buat? Aku sakit mental ke? Tolong aku weh.

-ain

– Ain

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.