Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya ucapkan banyak-banyak terima kadih kepada admin sekiranya posting ini tersiar.
Kita baru sahaja menerima kehadiran pucuk pimpinan baru selepas Malaysia menjalani satu peristiwa besar, Pilihan Raya ke-14.
Dalam hari-hari yang sibuk bagi negara yang sedang menjalani proses pembentukan kerajaan di peringkat persekutuan dan negeri, ada satu hari lain yang disambut iaitu Hari Ibu.
Kita diperhangatkan dengan pengakuan seorang anak tiri kepada bekas Perdana Menteri keenam tentang perlakuan ibunya. Saya membaca komen di hampir setiap laman yang memviralkan hal itu.
Saya tertarik dengan kata-kata netizen yang orang selalu cuba gelarkan sebagai ustaz atau ustazah Facebook. Salah satunya lebih kurang berbunyi, tak baik buat begitu… baik buruk ibu kita, jangan diaibkan. Saya petik dan ubah beberapa komen yang bunyi sebegitu.
Saya tak menolak benda itu dalam satu konteks menjadi aib yang cuba didedahkan oleh seorang anak. Tapi, pada satu konteks yang lain, beliau cuba menjelaskan kepada rakyat untuk membuka mata rakyat tentang siapa ibunya yang sebenar kerana ibunya bersama-sama bekas Perdana Menteri keenam itu sudah banyak menyusahkan rakyat dan negara seluruhnya.
Orang yang tak alami situasi seorang anak yang dibuang oleh keluarga. dibuang oleh insan yang diamanahkan untuk menjaga, membelai dan membaja kasih sayang memang sangat mudah mengeluarkan ungkapan ‘perlu terima baik buruk ibu sebegitu’
Tapi, bagi saya yang mengalami situasi yang hampir sama, tidak mendapat kasih sayang seorang ibu kandung, netizen yang mendapat kasih sayang yang cukup sangat tu tak layak meletakkan ruangan komen sebegitu.
Cakap memang senang sebab tak mengalaminya. Dia nampak aib sebab ibunya merupakan satu public figure yang dikenali. Kalau luahannya ditulis dan disebarkan dalam bentuk bersembunyi, orang tetap akan cari tahu, siapa pula anak kepada Rosmah Mansur yang membuat pengakuan tentang perbuatannya. Ditulis dalam bentuk artikel apa pun, melibatkan seorang yang telah dikenali ramai, pasti orang akan tahu.
Kalau saya bercerita penuh tentang kehidupan saya, ibu saya berseronok dengan keluarga baru tanpa menghubungi saya, mengambil tahu khabar berita saya hidup atau mati saya, pasti akan ada yang berfikir saya mengaibkan ibu saya, sedangkan kalian tidak mengenali siapa di balik tabir penulisan ini.
Orang kata, ibu tetap perlu hormat. Ya, saya boleh hormat ibu saya. Tapi, jangan lupa seorang anak juga ada nilai untuk dihormati.
Yang suka marahkan anak khususnya anak kecil, rendahkan ego. Minta maaf. Yang mana yang selalu ingin menang dengan anak, beralah. dengar pendapat anak pula sekali sekala. Satu masa, bila mereka besar, bila mereka dewasa, mereka kasar dengan kalian, jangan tanya ‘kenapa mereka berkelakuan sebegitu?” tapi… tanya apa apa yang kamu cuba buat sebelum kamu tuai mereka bila sudah cukup waktu matang mereka. Maaf saya cakap, itu adalah hasil akhir kamu.
Yang cukup sempurna dan ada hubungan dengan ibu bapa yang baik tu, bersyukur. Tak semua orang bernasib baik untuk memiliki apa yang kalian miliki.
Sebelum saya akhiri penulisan saya, doakan saya, moga saya mampu menjadi anak yang baik kepada seorang ayah dan orang lain yang lebih menyayangi saya sejak kecil, doakan saya untuk menjadi isteri yang baik kepada suami dan ibu yang baik kepada anak-anak saya.
Dan satu pesanan saya, jangan semudahnya menghakimi kehidupan orang.
– Anak Ayah
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment