Saturday, 5 May 2018

Yakin Dengan Janji Allah

PengakuanKu

Aku berumur lewat 20an, seorang perempuan. Aku termasuk dalam kalangan mereka yang belum menemui jodoh. Tapi, aku ingin berkongsi kisah hidup aku yang aku rasa boleh dijadikan panduan buat adik-adik di luar sana.

Aku sangat mementingkan menjaga ikhtilat dalam berurusan dengan muslimin sejak dari sekolah menengah hinggalah ke zaman universiti. Untuk makluman, aku belajar di salah sebuah IPTA di Kuala Lumpur.

Aku merupakan orang yang aktif terlibat dalam persatuan dan banyak berurusan dengan muslimin. Tetapi, aku sangat berusaha menjaga ikhtilat kerana aku tahu, apalah gunanya melaksanakan gerak kerja dakwah, tetapi diiringi dengan hasutan syaitan yang mengundang manusia menghalalkan perkara yang haram, khususnya mesej yang tidak bersesuaian sesama jantina yang berlainan. Aku memegang prinsip bermesej dengan muslimin atas urusan persatuan hanyalah sehingga jam 10 malam. Atau sebaiknya, jam 9.30 malam sudah berhenti berbalas mesej. Alhamdulillah aku masih mengamalkan prinsip ini hingga sekarang walaupun sudah bekerja.

Tarbiah Allah

Allah mentarbiah aku dengan cara yang tersendiri. Aku merasa kagum dengan seorang muslimin sejak dari Tingkatan 4 dan aku sering berdoa pada Allah untuk menjodohkan kami bila tiba masa yang sesuai. Aku berazam menjadi solehah demi dia. Ya aku tahu niat aku salah, aku tersalah doa sebegitu.

Tahun berganti tahun. Namun aku tidak pernah lupa berdoa pada Allah untuk menjodohkan kami. Dia tidak pernah mengetahui aku menyimpan perasaan tersebut hingga sekarang. Prinsip aku mudah, biarlah ia menjadi rahsia selagi belum tiba masa yang sesuai.

Ketika akhir semester, aku disibukkan dengan jawatan sebagai pimpinan tertinggi persatuan, ditambah pula dengan lambakan assignment dan final year project. Tapi, aku berusaha meminta bantuan orang tengah untuk menyampaikan hasrat aku pada dia yang sedang belajar di Mesir.

Beberapa hari kemudian, aku mendapat maklumbalas. Dia telah punyai tunang dan bakal berkahwin tidak lama lagi. Betapa luluhnya hatiku, betapa aku sangat menjaga diriku untuk dia.

Dari situ, aku mula sedar, niat aku untuk menjadi solehah telah lari dari landasan yang sepatutnya. Sewajarnya, aku memohon pada Allah untuk menjadikan aku solehah untuk mengejar redaNya. Betapa sukarnya untuk aku memujuk hati setelah 7 tahun aku menunggu sebelum menyampaikan hasrat hati.

Setelah bergraduasi, aku mula menyibukkan diri dengan NGO luar dan fokus pada kerja. Ini salah satu cara untukkuYakin Dengan Janji Allah.

Aku berumur di hujung 20an, seorang perempuan. Aku termasuk dalam kalangan mereka yang belum menemui jodoh. Tapi, aku ingin berkongsi kisah hidup aku yang aku rasa boleh dijadikan panduan buat adik-adik di luar sana.

Aku sangat mementingkan menjaga ikhtilat dalam berurusan dengan muslimin sejak dari sekolah menengah hinggalah ke zaman universiti. Untuk makluman, aku belajar di salah sebuah IPTA di Kuala Lumpur.

Aku merupakan orang yang aktif terlibat dalam persatuan dan banyak berurusan dengan muslimin. Tetapi, aku sangat berusaha menjaga ikhtilat kerana aku tahu, apalah gunanya melaksanakan gerak kerja dakwah, tetapi diiringi dengan hasutan syaitan yang mengundang manusia menghalalkan perkara yang haram, khususnya mesej yang tidak bersesuaian sesama jantina yang berlainan. Aku memegang prinsip bermesej dengan muslimin hanyalah sehingga jam 10 malam. Atau sebaiknya, jam 9.30 malam sudah berhenti berbalas mesej. Alhamdulillah aku masih mengamalkan prinsip ini hingga sekarang walaupun sudah bekerja.

Tarbiah Allah

Allah mentarbiah aku dengan cara yang tersendiri. Aku merasa kagum dengan seorang muslimin sejak dari Tingkatan 4 dan aku sering berdoa pada Allah untuk menjodohkan kami bila tiba masa yang sesuai. Aku berazam menjadi solehah demi dia. Ya aku tahu niat aku salah, aku tersalah doa sebegitu.

Tahun berganti tahun. Namun aku tidak pernah lupa berdoa pada Allah untuk menjodohkan kami. Dia tidak pernah mengetahui aku menyimpan perasaan tersebut hingga sekarang. Prinsip aku mudah, biarlah ia menjadi rahsia selagi belum tiba masa yang sesuai.

Ketika akhir semester, aku disibukkan dengan jawatan sebagai pimpinan tertinggi persatuan, ditambah pula dengan lambakan assignment dan final year project. Tapi, aku berusaha meminta bantuan orang tengah untuk menyampaikan hasrat aku pada dia yang sedang belajar di Mesir.

Beberapa hari kemudian, aku mendapat maklumbalas. Dia telah punyai tunang dan bakal berkahwin tidak lama lagi. Betapa luluhnya hatiku, betapa aku sangat menjaga diriku untuk dia.

Dari situ, aku mula sedar, niat aku untuk menjadi solehah telah lari dari landasan yang sepatutnya. Sewajarnya, aku memohon pada Allah untuk menjadikan aku solehah untuk mengejar redaNya. Betapa sukarnya untuk aku memujuk hati setelah 7 tahun aku menunggu sebelum menyampaikan hasrat hati.

Setelah bergraduasi, aku mula menyibukkan diri dengan NGO luar dan fokus pada kerja. Ini salah satu cara untukku mengubat hatiku. Namun, hatiku sentiasa bersedih dan terfikir-fikir adakah ada jodoh untukku.

Nikmat Allah begitu meluas. Allah sentiasa menggembirakan hatiku dengan melihat hasil tarbiah mutarabbi yang aku usrahkan. Peningkatan mereka dalam softskill, kepimpinan, fikrah, semuanya menjadikan aku berasa semakin berkobar-kobar atas jalan dakwah ini. Aku bangga melihat mereka lebih hebat dari diriku. Benarlah kata pujangga, biarlah orang yang kita didik ini menjadi lebih hebat dari kita. Merekalah bakal penerus kesinambungan dakwah nabi.

Ketika berumur 25 tahun, aku bersungguh-sungguh memohon pada Allah. Ya Allah, jika ada jodoh untukku, Kau tunjukkanlah. Jika tiada jodoh untukku, Kau tunjukkanlah jua, supaya tenang hatiku untuk melakukan gerak kerja dakwah.

Alhamdulillah Allah menjawab doaku dengan menunjukkan bayang samar-samar. Aku seakan diberikan petunjuk gerak hati, itulah bakal jodohku. Usai bangun dari tidur, aku terimbau mimpi tersebut dan yakin dengan jodoh yang Allah tentukan untukku. Jadi, aku semakin yakin meneruskan langkahan kaki melakukan kerja-kerja dakwah.

Motivasi aku untuk kuat bergerak atas jalan ini, hanya satu. Aku sedar, manusia tidak punyai banyak masa dalam hidup. Ajal maut sentiasa menanti, entahkan bila kita akan pulang kepadaNya. Justeru, bekal apakah yang ingin kita bawa pulang untuk mengadapNya? Aku sentiasa mengimpikan berada di dalam barisan yang sama dengan Nabi di akhirat kelak. Aku ingin sekali berjumpa dengan baginda AS dan menyatakan pada baginda, ‘Ya Rasulullah, aku telah berusaha sedaya upayaku melaksanakan sunnahmu yang teragung, iaitu melakukan kerja dakwah. Wahai Nabi Allah, terimalah aku sebagai umatmu’.

Hari berganti hari. Usiaku mula menginjak mendekati 30an. Aku mula risau dengan umurku yang kian lanjut. Setiap kali aku risau, aku akan memujuk hatiku, ‘Jangan risau, jodoh itu ada InsyaAllah, cuma cepat atau lambat sahaja’.

Baru-baru ini, ada sahabat aku yang berkongsi artikel di Facebook, Jual Nama Emak. Artikel itu menerangkan berkenaan keberkatan menggunakan nama emak dalam doa. Jadi, aku pun berdoa, ‘Ya Allah, kurniakan aku jodoh yang menyejukkan hati ibuku’.

Usai berdoa, aku meneruskan kerjaku seperti biasa. Tapi, kuasa Allah yang menentukan segalanya.

Ada seorang pemuda menyatakan hasratnya untuk menjalinkan hubungan denganku secara serius. Aku tidak memberikan harapan yang terlalu tinggi kerana aku sedar hanya Allah yang Maha Berkuasa atas segalanya.

Pemuda ini bersungguh-sungguh ingin mengenalku dan menyatakan selepas PRU ini, dia akan masuk merisik aku.

Sungguh aku tidak menyangka takdir Allah untukku adalah seperti ini. Allah hadirkan seseorang yang sangat menjaga batas hubungan antara lain jantina, berakhlak mulia, tegas dengan prinsip, dan paling utama, dia membenarkan aku bergerak aktif dengan dakwah. Semuanya hanya dalam sekelip mata. Hingga kini, aku juga masih sangsi adakah ini mimpi atau kenyataan.

Aku tidak begitu mengenalinya. Tetapi Allah meyakinkan hatiku untuk menerimanya disebabkan dua perkara, iman dan taqwanya.

Doakan kami sama-sama istiqamah melaksanakan gerak kerja dakwah.

Buat adik-adik di luar sana, InsyaAllah tidak sia-sia anda menjaga batasan pergaulan antara lelaki dan perempuan. Biarlah kita dipandang lekeh kerana tidak bercouple. Akan tetapi, InsyaAllah Allah menilai kesungguhan kita menjaga batasan perhubungan ini. Janji Allah itu pasti. Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik, lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.

Sekian.

– Srikandi Umar al-Faruq

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.