Thursday, 2 February 2017

Jadilah Seperti Kambing Biri-biri

PengakuanKu

Assalamualaikum W.B.T.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Admin IIUMC kerana menyiarkan luahan hati berbentuk surat yang telah dinukilkan (http://ift.tt/2k73lP6). Terima kasih juga kepada para pembaca yang sudi membaca dan memberi komen-komen yang bernas sekali. Tujuan saya menulis luahan itu hanyalah sekadar mengambarkan keadaan hidup di dalam suasana golongan minoriti Muslim yang bersatu-padu di kalangan majoriti penduduknya Kristian.

Benarlah seperti yang didakwa, mungkin saya bukan berada di luar golongan itu, jadi tidak nampak sangatlah Islamophobia itu ada. Tambahan lagi saya duduk di kawasan universiti di mana orang-orangnya terdiri dari berbilang bangsa dan agama. Mereka juga terpelajar jadi mereka lebih terbuka mindanya. Walaupun ada kes di kalangan kami sewaktu awal-awal kemasukan universiti, bila kami ditempatkan di residen kampus di dalam universiti, dan serumah dengan orang Amerika pula. Orang Amerika itu tidaklah lama duduk bersama kami, kerana bila dia tahu kami Muslim, dia pun cabut lari. Haha.
Itulah kesannya akibat terlalu percaya dengan propaganda kerajaan dan media tanpa usul periksa. Dengar nama Muslim saja, mereka ingat Terrorist. Muka budak ‘nerd’ macam saya ini ada macam terrorist kah?

Sebab itulah ketika sampai ke tanah Amerika ini, saya cari golongan Muslim minoriti. Mereka lebih berpengalaman dalam menghadapi diskriminasi sejak sekian lama. Tapi saya tak rasa pun diskriminasi itu. Jadi kenapa saya kena berada dengan golongan minoriti Islam lagi?

Sebabnya saya nak jaga IMAN saya saudara/i ku. Berada di negara bukan Islam sangat mencabar iman. Amerika negara yang maju dari segi teknologi infrastruktur dan ketamadunannya. Malah mereka juga maju dalam gejala sosialnya seperti dadah, seks rambang, judi dan sebagainya. Kalau bukan kerana amanah dan tanggungjawab, saya tidak mahu berada di sini. Sebelum saya jejakkan kaki saya di Bumi Amerika ini, saya betulkan niat saya, saya mahu belajar dan pulang ke tanah air membantu masyarakat kita pula. Maaf kalau saya bagitau. Niat yang salah membawa perkara yang salah. Jika niat berhijrah ke Amerika kerana handak berseronok hingga kita lupa tujuan asal kita, kita akan tersesat. Gaya hidup kita tiada bezanya dengan mereka. Saya sendiri kenal seorang perempuan yang bertudung ayu asalnya, berubah menjadi ‘free hair’ kerana ikutkan orang tempatan Amerika. Malah ada kawan saya terlalu ‘enjoy’ di negara orang hingga merosot CGPA pelajaran dan terpaksa pulang ke tanah air tanpa membawa pulang sijil pun setelah bertahun-tahun pengajian. Sia-sia. Kecewa mak bapak.

Berada di kalangan golongan minoriti Islam memberikan saya DUA keselamatan. Keselamatan diskriminasi dan keselamatan IMAN. Malah saya boleh memperjuangkan Islam di universiti dengan membantu Muslim Student Association berdakwah di kalangan para pelajar. Setiap minggu kami membuka booth mempromosikan Islam. Kami edarkan risalah informasi tentang Islam. Kami mahu mereka tahu apa Islam sebenarnya. Itu yang penting. Setiap informasi berguna dalam mengurangkan potensi Islamophobia, sekurang-kurangnya. Malah kami tarik perhatian mereka dengan ‘free pizza dan bubble tea’. Hehe.

Tahukah anda. Sepanjang hasil ‘research’ dakwah kami, ramai orang universiti adalah atheist. Mereka lebih teruk dari Kristian atau Yahudi kerana mereka langsung tidak percayakan Tuhan. Mereka percaya alam ini terjadi dengan sendirinya. Malah, ada yang percaya alam ini diatur oleh Alien. LOL. Kalau mereka menolak Islam kerana agama mereka Kristian dan Yahudi fahamlah kerana asal agama tak jauh beza, semua dari Nabi Ibrahim A.S. cuma berbeza dari segi konsep ketuhanan. Atheist menolak segala konsep ketuhanan.
Tapi hasil dakwah kami, seorang atheist jugalah yang memeluk Islam akhirnya. Kristian dan Yahudi nak convert Islam susah, sebab iman agama diaorang kuat. Atheist takde iman langsung. Diorang lebih percaya kepada saintifik dan evolusi. Mereka tak percaya manusia asal diciptakan dari Adam dan Hawa oleh Allah. Mereka percaya kita manusia ni semua asal dari monyet. Namun, bila diketuk sedikit ‘kepala otak’ dia tu dengan risalah-risalah islam kami, dengan Izin Allah, dia pun menangis. Kita pun menangis. Sama-samalah kita menangis.

Jadi saudara/i janganlah kita mengasingkan diri. Duduk bersama golongan yang sama dimana kita boleh saling memahami antara satu sama lain. Jadilah seperti kambing biri-biri yang keluar dari kandangnya secara kawanan. Jika kita tidak bersama dengan kambing-kambing biri yang lain, keluar dari kawanan, dan kita seekor je kambing biri-biri berseorangan, kita terdedah kepada bahaya. Bahaya datang dari serigala yang lapar, tunggu masa je nak terkam kita.

Sekian
Wa billahi Taufiq Wal Hidayah
Assalamualaikum w.b.t.

– Matt K

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.