Thursday, 2 February 2017

Saudara Busuk Hati

PengakuanKu

Adela sorang sedara mak aku ni. Dia pangkat makcik la kepada mak aku. Tapi dia mmg selalu dengki dgn aku. Maybe sebab anak dia sebaya aku jadi dia rasa tercabar agaknya. So dia ni manjang jelah tak puas hati dengan aku. Dia ni memang favorite dia suka compare anak dia dengan aku. Dari kecik lg. Bermula dengan UPSR anak dia lebih A daripada aku. Anak dia masuk asrama penuh sementara aku masuk sekolah kampung je. Then PMR anak dia still lebih daripada aku. Dia punya show off tu menyakitkan hati wey. Dasar tipikal hati busuk. Tiba keputusan SPM, keputusan aku masih maintan mcm upsr dan pmr dan aku sedar aku ni takde lah pandai mana dan memang aku tak minat belajar. Dan mungkin dia rasa aku ni bodoh sbb upsr dgn pmr dh kalah dgn anak dia. Dgn yakin dia tnya makcik aku yg kt kmpong tu apa kptsn aku. Dengan tenang, makcik aku bgtau keputusan aku. Dia terpempan. Mungkin tak percaya. Sebab sepatutnya aku ni bodoh daripada anak dia dalam fikiran dia. Sampailah time raya dia datang beraya rumh aku, dan ank dia curik tengok file aku, lantas anak dia tiba2 puji aku ‘terernya math ko A”. Aku macam ‘dah kenapa kau selongkar privasi orang?’ Takda manners langsung curik tengok file org. Anak dgn mak sama je. Urgh! Then aku dpt masok U, sementara anak dia 2 kali kena reject U. Lepastu anak dia masok poli. Sikit pon aku tak peduli. Aku yang tak minat belajar ni tak heran langsung aku dpt masok U atau dia tak dapat masok U. Sebab aku bukan jenis penyibuk dan bukan gemar nk bersaing dgn dia. Bukan tugas aku nak hidup bersaing dengan dia. Baik aku fikir kenapa Tuhan takdirkan aku masuk U walaupun aku tak suka belajar.

Belum lagi. Belum. Kisah busuk hati tu tak habis kat situ. Kos diploma aku amik kt U pon dipertikai. Aku tak kisahla orang nak pertikai ape sekalipun asalkan aku pinjam PTPTN, bukan pinjam duit korang. Then, aku sambung degree, cerita busuk hati ni tetap tetap abes lagi. Baju raya aku pn blh jd isu busuk hati dia. Perli baju aku ‘mcm artis lah’, ‘kemain melaram lah’. I was like, aku tak menagih duit korang pun nk beli bju kan? Mak bapak aku cuma jalankan tanggungjawab diorang, amanah bagi anak-anak cukup pakai. Cantik tu bonus lah. Aduhhh! Sampilah aku habis degree dan dpt kerja. Balik kmpong mak dia takde bahan la nak busuk hati dgn aku sbb aku lebih berjaya dari anak dia masa tu. Dan aku banyak masuk TV sebab jadi orang penting syarikat aku bekerja. Sementara anak dia masih dengan bila jumpa aku “kelas kau dulu in english ke? Hebatnya. Naseb baik kelas aku lecture bahasa melayu je”. Aku dengar jelah sebab bagi aku benda ni tak penting pun.

Sabar. Kisah busuk hati belum tamat sebab nyawa aku masih ada kat dunia ni. Sampai la aku berhenti kerja dan sambung master. Yaaaaaa inilah peluang mak dia! Ini kalilah!!!! Inilah masanya mak dia kembali ‘alive’. “Anak den tu pengarah bla bla bla, bosss bla bla”. Eh hello, tipu nenek aku yg berumur 80 tu boleh lah. Gred anak kau ***, which is penolong pegawai. So tak payah nak menambah-nambah jawatan anak kau tu pengarah. Kau tipu nenek aku boleh lah. Bukan aku pandang rendah pada jawatan penolong pengarah tu. Baguslah anak kau dapat kerja kerajaan. Kan cita-cita kau tu dapat membangga diri anak kerja kerajaan. Tapi benda kau tak perlu nak up sgt anak kau tu. Cerita benda betul dah la. Malu ke anak penolong pegawai je? Dan aku seperti biasalah. Lantak kau la anak kau pegawai ke penolong pegawai ke, kuli ke ape ke. Aku tetap dengan kehidupan aku, selekuk tak kisah pasal campurtangan hidup orang ni. Sebab busuk hati dia tak pernah habis, mak dia pon cakapla anak dia dah smbg master. Walhal aku baru borak dengan anak dia, katanya baru nak habiskan degree sebab haritu extend. Eh come on la!! Again. Lebih kuah dari sudu. Emak kau ni memanglah! Aku takdelah nk cakap “eh, mak kau baru cakap kt mak aku yang kau sambung master” sebab aku taknak dia malu dengan apa mak dia cakap tu.

Ada lagi ni. Ada lagi. Aku ni memang kaki berjalan. Tapi takdelah kerap pun travel keluar negara. Bila aku berkesempatan je. Nak-nak pulak aku jenis travel solo. Lagilah mendatangkan kesangsian mak dia ni. One time tu mmg almost every month aku fly. Ada je lah ayat tak puas hati “belajar pun nak berjalan. Habiskan duit mak bapak”. Ketahuilah, mak bapak aku tak pernah halang aku travel sebab satu sen pon aku tak mintak duit diorang. Mak bapak aku tahu aku anak yang berdikari. Dan aku tak berhutang sapa-sapa untuk aku menampung kehidupan aku walaupun aku belajar tapi aku tetap cari duit untuk penuhi semua keinginan aku yang aku sendiri tahu orang lain takkan mampu beri. Kau tahu apa? Perap penyakit hati kau je. Dan takkan aku nak cerita setiap benda yang aku buat untuk earn my own money?

Aku ingt kisah tu berakhir takat tu jela. Rupa-rupanya aku nak kahwin ni pon mak dia dengki jugak weyyyyyy. Bila tahu tarikh aku nak kahwin bulan 3, terus je mak dia cakap ank dia pon nak kawen bln 3. Aigoooo….Aku pon cepat-cepat tnya anak dia sbb nk elak tarikh betindih. Nanti marah sedara mara sebab nak balik mana. Anak dia terus tertanjat boboi sbb anak dia ckp “bila masa aku plan nk kawen?” Aku cuma mampu berhuhu saja. Nampak tak permainan mak dia? Hahahahha. Aku pon hanya mampu ketawa. Sbb mak aku perli la “aiii takkan lahir sama bulan, kawen pon nk sama bulan”…..hahahah malangnya nasib aku nak dijadikan cerita, aku lahir bukan tahun je sama, tapi bulan pon sama. Selang 2 hari daripada dia .

Dan betol weh, lepas daripada tu aku dapat tahu mak dia paksa suruh buat bulan 4. Which is a month after aku kahwin. Kahkahkah! Epik!!!! Dan lepas ni aku jamin, mak dia akan lawan pulak “sape mengandung dulu”…hahahahha…dont worry, aku dah prepare for the worst dah…

Bila mak dia tahu yang bakal suami aku takde kereta, soalan dia “LAA..TAKDE KERETA LAGI KE?” Yaaaa. Ini kalilah mak dia ni nak mendongak langit! Sebab anak dia pakai Honda, while aku masih pakai kereta mini pemberian mak aku dan bakal suami aku takde kereta lagi walaupun dah kerja sebagai engineer. Hahaha. Ini tak lawak okey. Bakal suami aku bukan taknak beli kereta tapi memang kami decide taknak kumpul hutang baru buat sementara waktu. Atleast, dia boleh carik rumah yang selesa untuk bina hidup kami berdua nanti. Takpelah, bagi jela mak dia menongkah langit sambil berbangga anak dia pakai kereta milik bank tu lagi. Orang tua jenis begini kan mengukur kejayaan melalui kereta.

Biar jelah aku mengukur kejayaan melalui bahagianya kehidupan dengan insan-insan yang aku sayang dan buat benda yang aku suka. Dan tanpa memikirkan wujudnya orang-orang seperti mereka. Kan??

– Qairaa bukan nama sebenar

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.