Thursday, 2 February 2017

Pandangan Masyarakat Terhadap Penganggur

PengakuanKu

Assalamualaikum iiumc. Sebelum ni pernah submit tapi takpernah dipublish. Tapi aku tetap cuba nak sent lagi sekali. Awal awal aku sampaikan kata maaf sebab menggunakan kata ganti nama “aku” untuk bercerita dan maaf juga sekiranya ada yang kurang senang dengan penceritaan aku ni.

Nama aku Bunga (nama sebenar). Umur aku nak menganjak ke 22 tahun. Baru habis diploma dan baru lepas graduate tahun lepas. Belum ada rasa nak sambung degree lagi walaupun niat tu ada disebabkan PTPTN aku untuk diploma pun dah mencecah 25k. Aku study di kolej swasta dulu makanya pt melambung sekali macam tu huhu.

Point yang aku nak ungkapkan sekarang ada lah masalahnya aku ni seorang pengganggur. Yes pengganggur yang hanya duduk rumah, yang hanya buat kerja kerja rumah, masak, kemas rumah, pengganggur yang kebanyakkan orang kata duduk rumah hanya tahu menghabiskan beras, menghabiskan duit makbapak. Ramai yang tanya kenapa tak kerja, kenapa takcari duit sendiri, sampai bila nak duduk rumah? Yes, soalan tu tak pernah lekang dari mulut mulut orang yang datang, yang jenguk ke rumah aku saban hari.

Aku anak no 2 dari 5 adik beradik. Kakak sulung lah senang cerita. Atas aku abang. Bawah aku sorang adik lelaki dan 2 adik perempuan. Adik last aku baru berumur 6 tahun manakala adik second last aku berumur 17 tahun. Spm tahun ni. Abang aku kerja ikut shift. Kadang ada dekat rumah dan kadang takde. Sama juga dengan adik lelaki aku kadang kerja malam dan kadang kerja pagi dan kadang tetap takde dekat rumah walaupun cuti. Jadi masing masing semua busy. Aku pernah terfikir kalau aku kerja serentak masuk kerja dengan adik beradik lain dan adik adik ke sekolah, ibu hanya tinggal sorang. Takde kawan nak berborak, nak tolong dia masak, kemas rumah dan sebaginya. Jadi siapa lagi yang kena mengalah duduk rumah hanya untuk jaga ibu kalau bukan aku? Ibu aku ibu tunggal. Arwah ayah dah lama meninggal masa aku umur 13 tahun (Alfatihah untuk arwah ayah aku) Tambahan pula ibu ada sakit. Kadang sampai satu tahap ibu sangat lemah sehingga nak bangun pun takboleh. Maka nya itu lah sebab aku terpaksa korbankan diri jadi seorang pengganggur hanya untuk jaga ibu. Tapi orang orang sekeliling takpernah nak faham. Macam yang aku katakan tadi. Orang orang yang melawat ibu, yang jenguk ibu kat rumah saban hari tanya soalan yang sama. “Bila nak kerja?” padahal mereka tahu hanya aku yang tinggal untuk jaga ibu kat rumah.

Mula mula aku boleh tahan lagi tapi lama kelamaan bila kau asyik dihujani dengan soalan yang sama oleh orang orang yang sama saban hari, cakap dengan aku siapa yang boleh tahan? Jujur aku katakan aku memang fedup memang menyampah dengan sekelompok makcik macik, jiran jiran yang hanya nampak luaran tanpa selidik sedikit pun. Mungkin pada mereka aku mengganggur hanya untuk duduk senang senang dekat rumah.

Takde siapa yang nak jadi pengganggur saudara saudari sekalian. Kalau ibu aku sihat walafiat, dah lama aku cari kerja. Ada duit sendiri boleh dapat beli apa yang aku nak. Tapi tu lah aku terpaksa korbankan impian aku untuk jaga ibu. Aku tak mengeluh, malah untuk merungut jauh sekali. Itu tanggungjawab seorang anak tambahan pula aku anak perempuan sulung. Tapi jujur lah bohong kalau aku tak jealous dengan adik dengan abang yang ada duit sendiri untuk beli keperluan diri. Adik kedua last pulak dapat biasiswa dekat sekolah jadi dengan duit tu lah dia guna untuk beli barang dia. Aku? Berhuhu je lah.

Bukan tiada orang yang offerkan kerja dekat aku. Kadang ada sesetengah orang siap ambilkan borang kerja bagi dekat aku, ambilkan no telefon office bagi dekat aku suruh aku apply. Banyak kali aku katakan bukan taknak kerja tapi buat masa sekarang aku terpaksa jadi penggangur untuk jaga ibu. Kadang balik kampung makcik makcik, sedara mara sibuk tanya “bila nak kerja?” “sampai bila nak duduk rumah?” kawan kawan pun tak kurang juga bertanya padahal masing masing sudah tahu apa punca aku mengganggur tapi masih lagi sibuk bertanya walhal sebagai contoh sudah diberitahu aku jaga ibu yang tengah sakit tapi dua minggu kemudian soalan yang sama dihujahkan. Tak kurang juga ada kawan kawan yang volunteer ajak kerja sama. Tapi ketahuilah kawan kawan ku sekalian sekarang ini seorang Bunga sedang mengorbankan impian nya untuk menjaga emaknya yang sedang sakit.

Macam yang aku katakan tiada siapa yang nak faham hatta family sendiri pun dok bertanya. Bukan abang aku takpernah perli aku kata aku ni kerja habiskan beras kat rumah dan taknak cari kerja langsung. Bohong tak terasa weh. Family sendiri, abang sendiri pulak tu. Kadang ibu pun ada jugak explain kat diaorang “ada baiknya Bunga tak kerja, ada orang jaga ibu”. Tapi macam yg aku katakan tiada siapa yang memahami.

Sangat sangat jealous bila kadang adik beradik beli baju baru beli kasut baru beli barang keperluan sendiri. Aku? Sekadar tengok je lah huhu. Aku jenis malu nak mintak duit dekat ibu. Kalau nak beli topup pun time terdesak baru aku mintak ibu. Kadang kalau takboleh nak tahan aku nangis seorang diri dalam bilik takpun kat bilik air huhu. Nak cerita kat orang takde siapa yang faham sudahnya aku pendam sendiri. Aku pernah cuba buat bisnes online dekat rumah tapi rezeki tak berpihak dekat aku langsung. Aku ni cepat give up jadi sudahnya aku stop macam tu je. Aku pernah jugak cuba cuba buat kuih lepas tu suruh ibu promote dekat jiran jiran tapi biasalah melayu mana boleh tengok melayu berjaya kan. Ada pulak jiran lain buat benda yang sama jual pulak harga yang lagi murah dari aku padehal harga yang aku jual sangat sangat berpatutan. Sudahnya aku stop jugak sebab aku ni mudah sangat give up.

Abang aku ada sorang kawan perempuan (girlfriend lah senang citer haa). Ayah girlfriend abang aku ni ada bukak warung kecik kecik depan rumah dia jee. Lepas tu dia ada jugak buat makanan segera sebagai contoh karipap lah. Lepas tu ibu aku suka borong banyak banyak dekat ayah girlfriend abang aku ni so bila dah borong ibu aku jual balik dekat jiran jiran dengan harga yang sama dengan harga asal. Memang dapat banyak sambutan sbb takde lagi orang yang jual karipap segera ni. Jiran jiran yang macam pemalas nak buat breakfast selalu lah beli dengan ibu aku. At least ada sikit duit poket. Kadang aku lah yang kena jadi delivery hantar rumah ke rumah. Jadi dengan duit delivery tu lah aku simpan untuk beli topup apa semua tu. Takbanyak mana pun tapi lepaslah untuk duit topup huhu. Ada jiran yg baik hati dia bagi lah duit delivery sebab aku dah hantar jauh jauh. Kalau yang jenis sekadar sampai kat rumah cuma bayar untuk karipap tu je lah. Takpe lah kadang ibu bagi juga duit tepi untuk aku sebab delivery kan dari rumah ke rumah. Nasib baik lah aku takde boyfriend (bukan nak promote diri ya huhu) kalau tak payah lah nak cari yang boleh faham masalah aku ni haa.

Bohong lah kalau sekarang takde rasa nak kerja. Teringin ada barang barang sendiri beli dengan duit sendiri. Siapa yang nak pengganggur diknon oiii. PT aku pun dah tertunggak 3bulan takbayar siapa nak settlekan tu kalau bukan aku sendiri. Malu nak mintak ibu, abang utk tolong bayarkan hm. Itu lah dulu taksabo sangat nak sambung belajar. Result spm pun alahai cukup cukup makan je takde A takde B. Nak mohon MARA pun mana lepas result gituu makanya amek lah kolej swasta dengan PT berpuluh ribu tu huhu. In sha Allah doakan aku ada rezeki datang bergolek untuk aku settlekan PTPTN aku tu. Doakan jugak supaya ibu aku sihat walafiat, supaya aku dapat kerja yang bagus. Rezeki ada di mana mana kan cuma lambat atau cepat jee.

Kepada pengganggur diluar sana jangan cepat mengalah. Zaman sekarang takboleh pilih pilih kerja dah abang kakak sekalian. Kalau ada peluang sambar je kerja tu haa. Kalau nak ikut kelulusan sampai ke tua lah mengganggur saudara saudari sekalian woii. Phd pun ramai gak yang tercari cari kerja. Kalau lah ibu lepaskan aku kerja lama dah aku kerja huhu.

Seterusnya kepada makcik makcik jiran tetangga hashtag kau lah paling bagus hashtag kau orang kaya hashtag anak kau semua helok hashtag makcik tak faham bahasa hashtag suka menyebok hal orang haa sebelum nak bercakap orang fikir engko tu ada anak anak. Anak anak yang beum habis belajar pun ada. Kang Tuhan tu balik kan apa yg kau cakap dekat anak kau kang haa baru kau tahu macam mana rasa haa. Marah beno hakak ni diknon daripada elok boleh bertegur sapa sesama jiran, aku jadi menyampah jadi benci dengan makcik makcik jiran tetangga ni. Berkumpul kalau tak mengumpat tak sah lah. Aku ni jenis tak suka keluar rumah tanpa sebab. Kalau setakat nak lepak depan rumah berkumpul lepas tu mengumpat si minah yang baru kawin dgn duda tu haii tak kuasa lah hakak diknon oii. Aku pun takde kawan. Kawan zaman kolej ada lah tapi memasing duduk jauh takde yang dekat dekat. Kawan zaman sekolah memang takde sebab masa sekolah aku takde kawan asyik kena buli jee huhuhu.

Jadi ni je lah aku nak sharing dekat saudara saudari sekalian. Kalau nampak orang tu tak kerja jangan terus nak hentam kata “haa dia tu tak kerja mesti memilih kerja” takpun “tu tak kerja tu nak menghabiskan harta makbapak lah tu.” jangan ya makcik makcik akak akak sekalian. Masing masing ada masalah sendiri jangan kau expect semua orang keluar habis degree pap terus jadi CEO.

Sekian terima kasih.

-Si Bunga Pengganggur

– Bunga

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.