Assalamualaikum wbt kepada iiumc readers. Ini adalah kali kedua aku buat confession dekat sini.Tapi tak tahula if yang ni dapat dipublish or tak.
Sebelum ini aku pernah publish satu confession bertitle “Seni VS Akaun”if korang pernah bacala. Aku hanyala budak hingusan yang menunggu result SPM sorry la if penulisan aku ni kelihatan childish.
Aku malas nak bermukadimah lebih so let’s continue. Di entry kali ini aku akan cerita soal kawan aku tu lagi. Aku harap korang boleh bagila suggestion and opinion so that aku boleh solve this complicated friendship sebab aku sumpah tak tahan gila.
Seperti di entry yang dahulu aku pernah bagitahu yang dia ni seorang yang sangat sensitif. Aku tak faham sikap dia kadang2. Too complicated that boleh buat aku pecah kepala. Semalam boleh pula dia left group whatsapp entah kenapa pun aku tak tahu. Dekat sosial media dia ada buat caption macam dia dah hilang kawan2 dia.
Alahai mungkin sebab aku and other friends tak tanya khabar kot dia merajuk. Kadang2 dalam group tu kitorang selalu juga cakap pasal kpop bla bla thing has to do with korea la dia tak pernah sampuk pun selalunya dia suka je bila topic ni muncul dalam group.
Mak dia sakit haritu warded last month. Dia pernah macam bagi hint suruh datang melawat tapi aku tak lawat pun even sekarang ni mak dia dah kat rumah. Aku pernah la tanya condition mak dia tapi aku malasla everytime nak tanya nanti dia sedih ke apa ke tapi bila tak tanya dia kata aku ni tak ambil berat apala. Okay aku ni walaupun 24/7 kat rumah pun aku mana ada masa nak pergi melawat ke apa ke sebab parents aku sibuk. Perlu ke aku bagi tahu every single little thing ni kat dia? Aku bukan jenis suka cerita semua benda kat orang. Mak aku pun pernah warded sakit bell palsy(saraf) aku tak pernah pun nak kecoh. Weh siapa tak sayang mak sendiri weh. Memangla sedih tapi takkan sedih and stress kau nak lepaskan kat orang???? Of course aku faham masalah dia tapi tak boleh ke dia tu cubala terima je. Semua benda nak complain.
Itu first andaian aku(aku tak rasa ini andaian pun huhu) Andaian aku yang kedua maybe aku jarang tanya khabar dia? I mean takkan everytime kat group nak tanya “weh kau apa khabar? or hidup lagi?
Andaian ketiga ialah mungkin dia baca confession ni and terasa? itu aku tak tahu sebab dia tak active fb. Aku cuma bagitahu perkara fakta je.
Aku menyampah yang dia selalu rasa dia betul all the time. Dia selalu bertindak mengikut kehendak perasaan dia je. Tak pernah ke dia fikir perasaan orang lain?? Aku penat asyik ikut flow dia je. Aku bukan lembu yang dicucuk hidung ya. Aku cuma tak suka pergaduhan.
Aku ni kawan yang tak baik ke? Masalahnya aku selalu je ada for her bila dia ada problem. Kadang2 bila dia cerita problem dia aku pula yang stress walaupun bukan problem aku. Small deal pun dia selalu besarkan aku malasla nak complain bagai so aku dengarkan jela kang dia kata apa pula.
Aku sedih juga kadang2 yela aku dah buat yang the best to be a good friend for her dia macam tak kisah langsung or appreciate. Dia expect aku tanya khabar when dia pun tak tanya khabar aku. Dia ada masalah aku pun ada masalah aku sendiri. Every single little thing pun nak complain.
Conclusion:-
-Maybe salah aku sebab tak pernah tegur perangai dia and selalu pendam perasaan aku.
-Manusia semua sama sahaja punya hati dan perasaan janganlah kau nak seksa emosi dorang handle la masalah kau sendiri kalau masalah tu sekecil kuman.
-Orang tak brag pasal masalah kau kadang2 sebab taknak rosakkan mood kau bukan sebab dorang tak kisah ya.
-Janganlah kau expect orang nak constantly tanya khabar kau dan juga family mungkin dorang busy atau lupa bukan sebab tak kisah ya.
-Jangan expect orang faham kai if kau pun tak faham diri kau. Tolongla okay pergi cermin hati kau tu.
-Manusia adalah insan biasa tak terlepas dari masalah. Some buat muka seposen je bila ada masalah some bila ada masalah muka macam nak makan orang.
-Kau janganlah asyik expect orang untuk try hard nak sedapkan hati kau. Kau pun kenala ada effort sendiri. Orang pun ada kerja lain okay.
-Janganlah jadi sesumpah yang berversion kan mood. Tak semua orang boleh handle attitude kau tu.Simpan2lah yang buruk tu.
Sorryla kalau poyo penulisan aku ni. Anyway tolong bagi opinion ya apa patut aku buat.
Sekian, assalamualaikum XOXO-A-
– A
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment