Wednesday, 14 March 2018

Disebalik Daily Supplement

PengakuanKu

Assalamualaikum. Nama diberi Hana (bukan nama sebenar) haha.

Okay dekat sini aku tak nak cerita panjang. Aku suka cerita straight to the point terus.

Okay. Aku dulu ada consume supplement ala yang sekarang ni banyak ada jual yang serbuk la tablet la air la dan sebagainya. Ye la kita nak cantik kan. Zaman sekarang ni kan makin pentingkan rupa paras (mungkin sesetengah masyarakat macam tu). Ye la. Orang kita ni suka sangat judge buku dari rupanya hehe.

Okay okay. Sambung balik cerita.

Jadinya disebabkan obses nak cantik kan diri dengan cepat, aku pun consume la supplement X ni untuk jadi cantik putih gebu macam snow white gitu.

Selepas beberapa bulan aku consume, tak habis pun lagi satu balang supplement tu, dah ada orang puji aku.

“Hana, kulit kau makin cerah eh.”

“Eh whiteheah blackhead kau dah kurang la. Wahhh.”

“Berseri doh muka kau. Makan apa.”

“Cerah la kau sekarang. Ada teman lelaki ke?”

Okay soalan terakhir tu tak ada kena mengena eh haha. Ramai puji aku padahal tak habis lagi consume satu balang supplement X ni.

Aku jadi makin obses dengan supplement ni. Setiap hari aku consume tepat ikut waktu. Ikut pantang larang supplement tu.

Dan pada suatu hari, aku diserang satu penyakit yang aku ingatkan masalah rahang aku. Sebab mulut aku senget sebelah. Mata aku sebelah kanan tak boleh tutup. Lidah aku tak boleh rasa. Mulut aku ada limit nak bukak.
Apakah ini ?!

Aku ingatkan perkara biasa. Tunggu 2-3 hari untuk pulih tapi tiada apa apa dan masa ni aku masih lagi consume supplement X ni.

Semakin hari semakin teruk. Aku tak boleh senyum pun. Dan mata aku sentiasa berair dan kering.

Jadi mak aku bawa aku ke klinik. Dan doktor mengesahkan aku terkena Bell’s Palsy. Iaitu, lumpuh separuh muka atas sebab yang tidak diketahui atau mungkin virus. Dan virus ni selalunya akan serang kita apabila immunity tubuh kita rendah.

Dan aku diberi ubat corticosteroids sehingga sembuh. Lama jugak nak sembuh. Ambik masa 2 bulan, dan aku tak keluar rumah pun sepanjang waktu tu kerana malu dengan rupa paras dan ekpresi muka yang senget sebelah tu.

Dan aku sembuh alhamdulillah nasib baik. Sebab ada sesetengah kes ambik masa bertahun tahun untuk sembuh tapi aku alhamdulillah 2 bulan lebih.

Aku tercari cari apakah yang menyebabkan immunity badan aku rendah padahal masa tu aku sihat wal afiat.

Apakah supplement yang aku agungkan tu rendah kan immunity badan aku ?
*fikir* hmmm

Apa korang rasa ?

Jadi cerita ni hanya untuk bagi pengajaran untuk jangan terlalu obses dengan supplement yang ada di pasaran. Kalau rasa okay, okay la ikut awak awak semua. Atau pastikan dulu produk atau supplement tu memang betul betul dijamin doktor ke atau apa apa la haha

Kalau tak nak, boleh je berhenti makan supplement tu dan kita boleh cantikkkan diri kita dengan benda benda natural.

Dan sekarang aku tak makan dah supplement semua tu. Hanya teruskan dengan routine skin care korean tu hehe untuk cantik sikit kulit yang tak cantik sangat ni hehe

Tapi apa pun, bersyukurlah dengan anugerah dan ciptaan Allah.

Dan sesunggunya true beauty comes from within hehe.
Sekian. Terima kasih sudi membaca :)

– Hana

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.