Wednesday, 14 March 2018

Lelaki Malas Nak Kerja

PengakuanKu

Mungkin kedengaran seperti Drama tapi hakikatnya masih ada lagi insan yang bernama lelaki malas nak kerja. Menyusahkan ibu dan bapanya tanpa rasa bersalah walaupun mereka telah lanjut dimamah usia.

Aku menulis ini bukan niat untuk memburukkan kaum lelaki tapi aku hanya ingin menceritakan tentang apa yang terjadi pada aku bermula dari 8 tahun yang lepas. Aku ada seorang abang sulung, aku anak lelaki yang kedua. Jarak usia antara abang aku dan aku adalah 7 tahun.

Ketika aku berumur 15 tahun abang aku telah pun tamat belajar di universiti. Sebagai seorang abang sulung dia menjadi harapan dalam keluarga untuk membantu mencari rezeki. Pada bulan pertama dia habis belajar dia membuat praktikal dan bekerja di bahagian IT. Kami berharap dia dapat membantu keluarga selepas kakak sulung dan ayah penat mencari rezeki untuk menyara keluarga.

Namun, sangkaan kami meleset kerana selepas selesai dia menghabiskan praktikal, dia berhenti daripada tempat praktikal nya dan terus menganggur. Pada bulan pertama kami beranggapan mungkin dia nak cari angin baru tempat kerja baru. Tapi selepas bulan ke 3 dia langsung tak cari pekerjaan dan hanya berehat dalam rumah. Dan benda ini berlanjutan sehingga ke 6 bulan.

Kami bertanya dia nak buat apa dalam hidup? Dia cakap dia nak jadi jutawan goyang kaki. Aku pada waktu itu cuba memahaminya sebab dia ada mendaftar satu skim MLM mungkin dia nak buat MLM tak nak kerja bawah orang. Tapi sangkaan aku meleset dia cuma berangan tapi tak pernah kejar impiannya. Walaupun dia dah masuk MLM dan leader dia suruh dia bergerak untuk buat kerja tetapi dia langsung tak bekerja dan hanya duduk dalam rumah. Bila ditanya kenapa tak jual produk dia cakap Malu.

Selepas setahun, ayah aku bengang sangat dengan dia sebab tak kerja. Kakak sulung penat tolong keluarga dan bagi duit pada keluarga dan dia langsung tak buat apa-apa. Ayah aku terus memukul dan menghalau dia daripada rumah.

Dia waktu itu sangat kesian, sudah lah tidak ada rumah bahkan dihalau tanpa memiliki duit wang ringgit. Aku yang kasihan padanya kenalkan dia dengan kawan aku yang ikut tabligh tapi berniaga. Kawan aku tumpangkan rumah untuk dia.

Selepas 2 minggu dia dihalau daripada rumah dia balik semula ke rumah dengan muka tak bersalah. Dia masih lagi tak nak bekerja. Aku pun pelik kenapa dia tak nak kerja.

Pendekkan cerita, kawan tabligh aku dan dia menjadi semakin rapat. Bahkan dia telah mengikut kawan aku keluar tabligh dan dia juga mengikut kawan aku untuk kerja pasar malam. Korang bayangkanlah, lelaki ada degree tapi kerja pasar malam yang gaji RM 1200 je. Dia cakap dia nak berniaga pasar malam juga.

Tapi hampeh sebab dia langsung tak gerak untuk berniaga dan buka kedai di pasar malam. Cakap hanya sebarang cakap. Selepas itu aku dah malas nak ambil tahu tentang dia. Pasal dia nama jemaah tabligh jadi buruk, jiran keliling cakap abang aku malas nak kerja sebab ikut ajaran tabligh (menyirap darah bila dengar jemaah pula diburukkan pasal dia).

Dipendekkan cerita, selepas beberapa tahun, ayah aku dah terlalu bengang dengan dia. Lalu menghalau dia sekali lagi daripada rumah. Kali ini halau memang berbulan dia tak balik, tapi ayah aku jatuh sakit. Sakit teruk, mak aku yang risau ayah aku mati. Menelefon abang aku untuk jumpa ayah aku minta maaf takut ayah aku meninggal. Dia balik rumah tengok jeling-jeling je. Dengan izin Allah ayah aku sembuh daripada penyakitnya.

Tapi kali ini abang aku dah duduk semula dengan family. Bila duduk dengan family dia pulak tak nak kerja, kalau sebelum ni bila dia tak balik dengar cerita dia kerja pasar malam. Tapi bila dah sekali dia pulak memang tak nak kerja. Dia pertikaikan kenapa nak kerja, bukannya mak bagi nenek duit pun dulu dan macam-macam lagi.

Hubungan aku dengan dia bertambah buruk. Dia malas nak kerja dan dah bertahun tak kerja ada hati nak sound aku malas nak belajar. Bagi aku dia satu-satunya manusia yang tak boleh nasihat aku untuk belajar sebab dia pemalas gila nak kerja. So aku gaduh dengan dia, sampai sekarang ni.

Sekarang aku dah umur 22 dan dah bekerja (aku harap aku tak jadi macam abang aku malas nak kerja dan tak rasa bertanggungjawab) serius aku takut jadi lelaki dayus. Aku tetapkan syarat dalam diri aku kena bagi mak ayah aku minimum RM 400 dari duit gaji aku dan aku tetapkan limit aku nak kahwin pada umur 25 atau kebawah inshaAllah.

Abang aku masih duduk dengan family, tapi dia buat forex. Dulu adalah sekali dia dapat duit banyak daripada forex. Jadi dia bagi mak aku duit RM 2000 dan selepas itu dia langsung tak bagi. Sekarang ni dah senyap dah Forex dia (kan forex ni kalau untung memang untung, kalau rugi boleh terus bankrap) so aku tak tahu sama ada forex dia dah margin call atau dia loss banyak dalam trading.

Hari itu dia ada minta mak aku doa untuk kahwin, aku sempat menyampuk. Perempuan mana nak kahwin dengan lelaki pemalas nak kerja. Lepas tu dia mengamuk dia cakap kau tu bodoh tak masuk pun universiti. Geramnya lah aku.

Memang aku ada masalah, aku tak minat belajar sekolah. Sebab setiap kali aku belajar aku akan mengantuk dan tertidur dalam kelas aku akui memang aku ada kelemahan belajar. Jadi aku ambil kekuatan aku yaitu buat duit melalui internet. Aku ada lah berniaga dan buat duit dalam internet buat masa ni income aku dalam RM 2500, aku tak kerja luar sebab aku STPM je. Gaji sikit sangat tambahan pula minyak dan tambang perjalanan dengan gaji bawah RM 1400. Jadi aku decide aku nak berjaya dengan projek aku amin inshaAlllah

– lelaki jugak

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.