Saturday, 31 December 2016

Kekejaman Sihir

PengakuanKu

Sebelum tu, sis nak share sikit mengenai family background side ayah. Parents ayah dah lama meninggal dunia dan 2 orang kakak ayah juga dah meninggal. Now tinggal lah mereka 4 beradik. Pembahagian harta-harta nenek mula dibahagikan kepada 4 orang. Jadi dapat mereka harta sorang sikit. Okay yang pasal part harta dah habis. Sambung balik, nak dijadikan cerita ada sorang pakcik A ni datang ke rumah, then ayah mula lah cerita dekat dia yang kakinya bengkak dan sakit-sakit. Pakcik A bagitahu yang ayah pergilah berubat tradisional, ni bukan sakit yang biasa-biasa and dia ada suggest suruh pergi berubat dekat satu tempat ni.

Terdetik lah dekat hati ayah untuk pergi berubat dekat tempat tu. Kali pertama ayah berubat, pakcik M kata ayah yang sudah terkena sihir oleh manusia yang tak berhati perut yang dikalangan ahli keluarga ayah sendiri. Bermula lah sesi berubat, ayah berulang-alik ke rumah nya untuk berubat. Bermacam-macam si tukang sihir tu hantar ‘barang-barang’ dekat ayah termasuk juga dekat dalam rumah. Tukang sihir hantar pocong dekat dalam rumah, dalam bilik ayah, dan semua bilik. Tak cukup dengan itu, dia hantar spider yang dilekapkan dekat aircond, untuk bagi ayah tidur dalam kepanasan. Tak cukup dengan tu lagi, dia sejukkan batang lidi satay dan cucukkan ke sendi-sendi tulang ayah dan kesannya hampir sebulan ayah kesejukan , berselimut setiap malam. Kadangkala, ayah sampaikan tak boleh tidur menahan sakit dan ibu lah yang berjaga tiap malam dan ibu lah tempat mengadu untuk ayah. Hampir tubuh badan ayah sakit sakit disebabkan oleh perbuatan sihir ni. Selepas ayah berubat, ayah mula sembuh dan selang beberapa hari ayah mula sakit lagi. Beberapa kali ayah dituju dengan sebesar penumbuk di belakang ayah dan kesanya ayah tak boleh tidur tahan sakit. Dalam tempoh beberapa bulan ni, bermacam macam cara si tukang sihir ‘menghantar’ ilmu-ilmu ke ayah.

Ayah sudah dapat mengagak siapa yang punya angkara semua ini. Ini semua berpunca daripada si dia yang tidak puas hati dengan ayah pasal kekayaan ayah. Si dia anggap ayah dapat lebih harta nenek. Jadi, sebabtu ayah mampu nak nak beli apa apa. Sis nak nyatakan di sini, pembahgian harta sama banyak. Sis tak faham kenapalah wujudnya manusia seperti dia di muka bumi ini. Kenapa nak cemburu dengan rezeki orang. Masing-masing Allah dan tetapkan rezeki masing-masing. Betul lah kata orang, pasal harta sanggup berbunuh sama sendiri. Ayah telah menghantar gambar selfienya pergi ke open house anak buahnya dekat whatsapp group family, dan petang tu juga ayah sakit. Si dia tak pernah berhenti malah terus terus ‘menghantar’ kepada ayah. Perkataan yang paling sesuai buat ayah adalah ‘hari ni berubat, esok sakit balik’ dan berpanjangan sampai ayah telah dimasukkan ke hospital. Ayah warded dkt hospital disebabkan oleh bisul di punggungnya. Sis menghadap saat saat getir ini ya allah sangat pahit. Tak cukup dengan sakit berpunca sihir ayah diuji dengan sakit sebegini. Menurut doctor, pembedahan perlu dijalankan dan result pembedahan kemungkinan 50/50.

Pada ketika itu, ibu dan kami adik beradik tak putus putus doa agar pembedahan lancar dan alhamdulillah urusan ayah dipermudahkan. Pembedahan ayah berjaya. Sepanjang ayah berada di hospital, ayah telah dikunjungi oleh si dia yang tidak berhati perut. Ayah dan ibu terkejut. Yes, sangat terkejut. Kenapa lah manusia yang buat jahat dengan ayah dengan tak tahu malunya tunjukkan muka di hadapan ayah. Kami adik beradik beranggapan yang si dia mahu siasat sama ada ayah sihat lagi ke tak bertujuan memudahkan urusan si dia untuk ‘menghantar’ lagi dekat ayah. Alhamdulillah, sepanjang ayah berada di hospital tiada lagi sakit-sakit sihir yang mengganggu ayah. Si dia berulang alik menziarah ayah hampir 4 kali. Pada ketika itu, ibu dan kami adik beradik beranggapan mungkin si dia sudah insaf dan kembali ke pangkal jalan. Kalau begitu, alhamdulillah.

Ayah akhirnya pulang ke rumah, alhamdulillah. Selera makan ayah berkurangan, badannya mula susut, mukanya pucat, jalan tak bermaya dan pada suatu hari Allah sekali lagi telah menghantar hamba-hamba yang berhati mulia ke rumah. Makcik S menasihati ayah supaya ayah berubat lagi kerana ada sesuatu dalam badan ayah. Ayah mula berubat di tempat lain, dan alhamdulillah ‘benda’ itu berjaya di buang dan ayah perlu meneruskan membuat pendinding diri pada hari yang lain. Sejak itu, selera ayah meningkat dan beratnya mula bertambah. Ku sangkakan panas berpanjangan rupanya gerimis mengundang. Pada sabtu 8/10/2016, ayah telah ditakdirkan meninggal dunia semasa mengelap kereta. Pada ketika itu, hanya nenek (belah ibu) dan adik lelaki yang berada di rumah. Nenek yang melihat bagaimana ayah pada saat itu sedang mengelap kereta, tercampak ke belakang dan rebah di atas tanah. Adik lelaki yang memangku ayah dan pada saat itu, nafas ayah berhenti. Innalillah, ayah kembali ke Maha Pencipta. Dunia sis gelap seketika mendapat perkhabaran dari kampung yang ayah sudah tiada. Sis seakan tak percaya sebabnya ayah baru sahaja berwhatsapp, baru sahaja berjalan jalan di kawasan rumah dan pengakhirannya sebegitu.

Ayah baru sahaja duduk di rumah hampir 2 minggu sejak balik dari hospital. Tidak ku sangka pengakhirannya sebegitu di tangan manusia yang kejam sekejamnya. Allah sebaik-baik perancangan. Si dia yang telah ‘menghantar’ tepat ke jantung ayah dan perkara itu diizikan oleh Allah S.W.T. Maka, kun fayakun. Sis sangat ralat tidak peluang berjumpa dengan nya sejak dia balik dari hospital. Sis tak call bertanya khabar, sis tak sempat nak buat apa apa sepanjang 2 minggu itu. Kesedihan itu sampai ke hari ini. Sesiapa yang masih mempunyai ibu bapa, hargailah mereka, peluklah mereka selalu, berilah kebahagiaan kepada mereka. Di hari-hari tua mereka, mereka tidak menginginkan harta, mereka cuma mahu kasih sayang dari anak-anak. Sis doakan si dia bertaubat dan kembali ke pangkal jalan serta mendapat hidayah dari Allah. Semoga ayah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman beramal soleh dan di permudahkan urusan di sana. Al fatihah ayah :(

p/s; sis mengharapkan doa doa kalian supaya kami sekeluarga dilindungi dari kekejaman sihir dan doakan kesihatan buat pakcik sis yang sedang menanggung sakit yang sama. amin. mudah mudahan.

– sis

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.