Terima kasih kak min. Firstly, meh aku kenalkan diri aku. Aku graduan sebuah ipta, kini bekerja sebagai doktor di sebuah hospital di utara. Tujuan aku post kali ini ialah untuk suarakan pendapat mengenai perkhidmatan di hospital dan klinik di negara kita.
Kebelakangan ini, seringkali kita dengar aduan masyarakat tentang servis dan hospitaliti di hospital2 dan klinik2. Boleh jadi dulu pun terdapat banyak aduan, tetapi tak se’viral’ masakini, memandangkan kini segalanya di hujung jari.
Saya pegang prinsip, kalau orang tegur kita, selalunya ada sebab. Dan barangkali teguran tu boleh menjadi satu batu loncatan untuk kita muhasabah dan berubah.
Seringkali kita dengar orang complain, petugas hospital garang, tak friendly. Bagi saya, ada betulnya jugak complain ni. Memang kebanyakan nurse2 dan doktor2 tak friendly pun. Malahan ada jugak yang memerli, marah2, tinggi suara.
Seringkali juga kita dengar orang complain, “tak faham apa yang doktor terangkan tentang keadaan mak saya”. “Eh, doktor takde terangkan pun?”. Dan bermacam-macam lagi aduan. Malahan saya sendiri dulu sewaktu bergelar pelajar medik, selalu diminta untuk terangkan tentang keadaan mereka. “Doktor dah bagitau, tapi akak tak faham. Pneumothorax tu apa ye dik?”. Dan macam2 lagi. Tapi saya tak berani nak jawab sebab saya hanya student. Saya akan minta mereka meminta penjelasan dari doktor sendiri.
Sekarang hangat isu homebirth. Staf2 wad bersalin kasar katanya. Bagi saya ada benarnya juga. Maaf cakap, tapi segelintir staf hospital memang kasar terhadap ibu-ibu yang hendak melahirkan.
Bagi saya, apa yang masyarakat kita sangat kekurangan ialah kemahiran berkomunikasi. Kebanyakan masalah yang berlaku sekarang berpunca dari masalah komunikasi.
Kenapa masyarakat kita sangat kekurangan kemahiran komunikasi? Sebab sejak bangku sekolah lagi, kita diajar untuk mendengar, mendengar, dan mendengar. Jadi kita sangat kurang peluang untuk melontarkan idea dan suara.
Besar kemungkinan juga, staf2 hospital kekurangan masa untuk berkomunikasi dengan baik. Sebab itulah perlunya menambah staf hospital (which is agak mustahil lantaran keadaan ekonomi masakini).
Bayangkan, klinik kesihatan yang pesakitnya lebih 100 orang sehari hanya mempunyai 3 orang doktor dan 2 orang ahli farmasi. Hmmm…. ironinya, dikatakan terdapat limpahan graduan medik. Hahaha.
Ok. Berbalik pada isu komunikasi. Aku sendiri pun masih tercari-cari solusi kepada masalah ini. Kebanyakan masalah berpunca dari masalah komunikasi.
Staf2 hospital sangat perlu berusaha melawan perasaan penat dan bersungguh-sungguh. Anggaplah kerja ini sebagai saham akhirat kita. Be passionate. Ikhlaskan hati.
– Sayadoktor
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment