Wednesday, 25 October 2017

Kaki Tangan Basah

PengakuanKu

Assalamualaikum readers sekalian. Harap2 berada dalam keadaan sihat sejahtera. In shaa Allah..Ok,aku perempuan,tu je pasal aku hihi.Aku ni tak reti pun taip puitis2 ni haha, so harap dimaafkan lah apa yang terkurang. Mungkin korang dah pernah baca tentang apa yang aku nak cerita ni sebelum2 ni. Tapi biarlah aku cerita sikit. Kalau2 ada yang senasib denganku, ketahuilah kamu tidak keseorangan dan semoga dimudahkan urusan.

Macam tajuk cerita aku ni, kaki dan tangan berpeluh, yess sejak awal pagi lagi berpeluh. Memang automatik rasa berair dekat kaki dan tangan. Peluh yang agak banyak bagi aku sebenarnye. Tapi aku suka menggunakan istilah tangan kaki basah daripada berpeluh sebab dengar lebih suci kot hahaha.Yelaa,peluh2 ni selalunya kita dapat bila lepas main ke,kerja penat ke,kan? Ke tak? Haha.K, sambung story. Hmm, actually aku takde la rasa hina pun dengan keadaan aku ni. Sebab yelah, Tuhan bagi, ade la tu special kita. Tapi, jauh di sudut hati, tipulah kalau kata tak pernah terasa dengan orang tu.

Pernah la, aku join satu kem ni masa sekolah. Masa tu, ade aktiviti yang memerlukan kitorang berpegang tangan,bersentuh tangan,mana2 jelah ye. So, masa sorang budak ni pegang tangan aku,tindakan automatik la kan,dia tarik tangan balik sambil mukanya yang jelas kelihatan tak senang dengan tangan aku tu, “eii…..” aku tak ingat ayatnye. Aku senyum je. Balik bilik malam tu, aku menangis. Aku terasa. Bab2 kesusahan yang dihadapi tu, rasanye mesti korang dah boleh agak kan? Haha. Tak hulur tangan salam dengan orang.Kadang masa tangan basah tu, gagahkan juga hulur tapi cepat2 tarik haha. Takut orang tu perasan keadaan aku ni. Memang kadang2 aku tak berani pegang benda penting, dokumen ke, aku takut aku rosakkan. Kalau family aku tu, jujur je aku cakap, sorry tangan basah. Kaki pun sama. Aku rasa mcam pelik pulak bila kaki kering, hakikatnye aku selalu rasa basah haha. So, aku dok bayang macam mana ye orang yang tangan kaki kering ni haha. Pernah la juga, masa nak balik ke, bersalaman dengan kawan, pastu dia cepat2 tarik. Tak selesa kot, ye aku faham.Takpe.Cumanya, kalaulah kan korang ade kawan macam aku ni, korang jangan la pulak nak salam/pegang tangan diorang if korang sebenarnye tak selesa pun. Lainlah kalau korang rasa benda ni takpe,small matter.Alhamdulillah, ade je kawan yang sudi pegang tangan aku ni walau dah tahu keadaannya. Sebab kadang2 korang pegang tangan dia, tapi korang lap balik tangan korang tu dekat baju dia.Huhu.Janganlah macam tu readers sekalian. Takut dia terluka dalam diam.

Kadang2 aku exam, orang dah boleh mula menulis, aku tak tulis ape2 lagi sebab sibuk keringkan tangan kejap haha. Aku pun malu kadang2 duduk sebelah lelaki exam. Aku takut diorang perasan meja yang ade kesan peluh huhu. Aku pernah je tanya doctor pasal ni, kot2 la ade ubat untuk kurangkan ke tapi doctor tu cakap memang bedah la ceritanye.Aku tak takut jarum2 ape tapi dengar bedah tu, berderau jugak aku.Haha.Terima kasih luangkan masa bace ni itupun kalau admin approve. Apa pun respon korang, aku terima dengan hati terbuka. In shaa Allah. Kepada yang menghadapi situasi sama dengan aku, bersabarlah ye.

– Perempuan biasa

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.