Assalamualaikum pembaca IIUMC,
Nak dipendekkan cerita Kak pemegang Master dr universiti awam yang kini berada di tangga ke 114 dunia. Cerita liku-liku kesukaran hidup ni bermula bila kak graduated dari universiti ke 114 dunia ni. Hakikatnya kenapa kak dari tadi sebut-sebut tangga kedudukan universiti ni sebab inilah kenyataan dunia pendidikan kita hari ni. Pihak universiti bekejar dan berlumba-lumba nak naikkan ranking universiti. Fokus pada research dan grant. Tapi terlupa akan kebajikan pelajar selepas tamat belajar. Kadang kak perhatikan kebolehpasaran para graduan selepas tamat belajar dalam keadaan ekonomi negara yang sangat tidak memberangsangkan, mampukah generasi depan bertapak dalam alam perkerjaan. Ada ke ruang untuk anak-anak muda ni dapat kerja kalau pengeluaran graduan adalah melebihi dari demand jawatan dalam industri kerja. Ini hakikat, jangan nak kata kak tak cakna dengan inisiatif kerajaan untuk mempertingkatkan peluang pekerjaan. Berapa ramai graduan luar sana yang menganggur sebab kelulusan mereka susah nk dijadikan peluang untuk mencari pekerjaan?
Itu baru cerita perihal graduan universiti awam, macam pula dengan graduan universiti swasta. Maaf nak cakap, kebanyakkan universiti swasta terutamanya kolej dan kolej universiti ni mereka lebih pentingkan keuntungan melalui pengambilan pelajar. Tu yang banyak kita boleh nampak area KL belambak warga asing mendaftar jadi pelajar. Ada tak pihak pemberi lesen kepada kolej-kolej swasta ni periksa betul-betul tujuan pelajar asing datang ke Malaysia? Nak bagi contoh ada satu kolej swasta di area Jalan Sultan Ismail/Titiwangsa penuh lah dengan awang kulit hitam. Cuba kira kedatangan dalam satu semester. Dari 1000 pelajar yang berdaftar adalah kot tak sampai 100 orang yang betul-betul datang kelas setiap masa. Kak nak persoalkan kualiti industri pendidikan kita. Nak capai Wawasan 2020 untuk jadi negara maju tak semestinya perlu menggadai keselamatan negara. Berapa banyak report mengenai salah laku warga asing yang kita lihat di media mainstream dan yang lain-lain. Kak sangat bimbang dengan keadaan sekarang. Mungkin pihak berwajib perlu kaji semula polisi penubuhan kolej, kolej universiti dan universiti swasta. Semak dan lakukan perubahan pada Akta Universiti dan Kolej Universiti. Kita perlukan kualiti bukan kuantiti semata-mata. Kalau tanya kak mcm mana boleh wujud kolej-kolej swasta mcm cendawan tumbuh lepas hujan? Kak akan jawab sebab banyak orang berduit dekat Malaysia yang pentingkan keuntungan tapi tak fikir akibat dan musibat yang bakal melanda negara.
Ini kebenaran yang tak ramai nak sedar kepahitannya.
– Kak yang concern
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment