Assalamualaikum para pembaca page ni. Thanks admin kalau confession aku ni diapprove. Berbalik pada tajuk confession aku ni. Yes. Aku sebenarnya dah mati. Kenapa aku cakap macam ni? Sebab aku sekarang berada di atas katil wad sebuah hospital kerana aku disahkan mengidap kanser usus tahap 4. Yes. Basically sebenarnya aku dah mati. Memang takde harapan.
Ok tujuan sebenar aku tulis confession ni bukan nak raih simpati atau nak mintak semangat ke apa. Takpe aku dah terima hakikat yang aku memang takkan survive dari penyakit ni. Takdehal. Cuma aku nak coretkan pengalaman aku sebagai seorang pesakit kanser. Pahit manis yang aku tempuh sepanjang setahun aku hadap kanser ni. Aku di diagnose menghidap kanser ni tanggal 17 Febuari 2017. Kiranya 2 hari lepas anniversary aku la. Tapi aku terlewat menulis sebab aku kena buat chemo n radiotheraphy. So tangan aku menggigil. Takleh nak taip. Takpelah aku setelkan cerita aku harini. Sementara aku masih bernafas lagi ni.
Sedikit info tentang diri aku. Aku seorang lelaki. Umur 29. Ye muda lagi. Bujang. Ok dah. Cukup pasal intro. Aku mula ye. Bila mana kau dapat tahu yang kau menghidap kanser kau akan rasa dunia ni gelap. Macam takde sinar dah.
“Kenapa aku?!””Apa dosa aku?!””Aku tak merokok. Kenapa aku ada kanser?!””Aku jaga solat aku. Aku ikut perintah Allah. Kenapa aku yang kena?! Kenapa tak orang lain?!””Macam mana aku nak sembuh? Boleh ke aku sembuh?””Sape nak jaga mak bapak aku kalau aku mati?””Syurga ke neraka tempat aku?!”
Ni la antara persoalan yg bermain main dalam otak aku lepas doktor sampaikan berita tu dekat aku. Kau bayangkanlah. Bila mana doktor tu cakap kau menghidap kanser tahap 4. Yes. Tahap 4! Usus aku dah hancur. Dan ini adalah kanser! Tak ada ubat yang dijamin berkesan untuk kanser. Allah saje yang tahu apa dalam hati aku masa tu. Air mata tak payah cakaplah. Hilang ego aku sebagai lelaki depan doktor tu. Berganti ganti aku dengan mak bapak aku menangis. Tapi benda sudah tersurat. Memang sudah takdir aku. Aku redha. Tapi masa ni aku optimis lagi. Aku kena kuat! Aku kena lawan kanser jahanam ni.
Maka bermulalah kisah aku cuba melawan kanser ni. Bermulalah kronologi treatment kanser aku yang tak berkesudahan. Aku resign dari tempat kerja. Aku nak fokus. Aku nak sihat. Aku nak kembali ke tempat keje aku sebagai seorang pemenang! Betapa naifnya aku masa tu. Sesungguhnya aku memandang rendah keganasan dan keupayaan kanser ni untuk menghancurkan hidup aku.
Treatment aku dimulakan dengan beberapa siri chemotheraphy. Seperti yang anda semua mungkin pernah dengar, rawatan ni panas. Memang betul kalian. Sangat sangat panas. Bibirku mula kering. Merekah. Aku tak boleh tidur malam. Kali ni sakit bukan sahaja pada usus aku, tetapi sakit tu menjalar ke setiap inci tubuh aku. Setengah jam sekali aku mandi hanya untuk sejukkan badan. Aku tak ada tenaga. Aku tak lalu makan. Tak mampu untuk menelan hatta air secawan. Tapi demi untuk sihat kugagahkan juga. Kerongkong aku rasa seperti kertas pasir. Kering. Kesat. Pahit. Payau. Hilang segala nikmat makanan dan minuman yang aku telan. Setelah beberapa kali treatment, aku disajikan dengan berita yang menambah lagi penyeksaan yang sedang aku alami. Kanser aku mula merebak. Dan kanser aku dikategorikan sebagai kanser ganas. Segala treatment yang sedang aku lalui digandakan. Chemo, radiotheraphy, internal medicine dan macam macam lagi. Itu tak termasuk segala petua, perubatan alternatif yang keluarga aku usahakan untuk membantu aku melawan penyakit ni. Tapi hasilnya tetap sama.
Aku mula down. Aku mula berputus asa. Aku mula kehilangan diri aku sendiri. Muka yang ceria aku sajikan kepada orang selama 28 tahun kini mulai cengkung. Mata aku sembab. Lebam ketara di bawah mata aku. Rambut aku mulai gugur kesan rawatan yang aku lalui. Susuk tubuh aku yang dahulu gempal kini mulai mengecut. Kulit menggelebeh. Rusuk aku mula kelihatan. Tangan aku dipenuhi bekas bekas cucukan. Ambil darah. Masuk air. Masuk segala ubat melalui urat tanganku. Lebam sana sini. Aku tenung diri aku depan cermin.”Siapa kau. Ini bukan aku!!! Aku tak sehodoh ini!”Aku tewas lagi. Airmata aku tumpah lagi. Aku dah tak mampu nak teruskan lagi. Aku dah putus asa. Kudrat aku makin hilang. Aku tidak lagi mampu untuk berjalan. Aku tidak lagi mampu untuk bangun uruskan diri aku sendiri. Perut aku sudah ditebuk. Sisa kumuh aku bukan lagi aku lepaskan dalam jamban. Tetapi dalam beg yang tergantung di hujung katil aku. Aku makin lemah. Hanya pada Allah aku merayu ketika itu. Ambil la nyawa aku. Aku tak mampu untuk teruskan hidup terseksa begini. Tetapi kala aku pandang wajah kedua orang tuaku, aku dapat lihat mereka memandang aku dengan penuh harapan. Mengharap anak mereka kembali ceria seperti dulu. Kembali bersemangat. Kembali sihat sebagaimana mereka bela aku selama ni. Aku cuba berlagak kuat depan mereka. Aku ukir jua senyuman kala mereka sambut aku sesudah treatment aku. Aku tipu mereka. Aku katakan bahawa aku rasa makin sihat. Makin bertenaga sedangkan hanya Allah sahaja yang tahu penderitaan yang aku tanggung kala ini.
Kini sudah setahun aku terlantar. Sudah setahun aku bergelut dengan penyakit ini. Dan hakikat yang aku tidakkan ketika semua ini bermula sudah jelas. Aku sudah tewas. Kakiku sudah tidak boleh ku gerakkan. Tanganku kala menaip tiap patah kata yang aku ungkapkan di sini sentiasa tergigil. Telefon yang aku gunakan ini sudah berapa puluh kali terjatuh tatkala aku taipkan bibit kisahku ini sudah tidak mampu aku kira. Kini segala urusanku perlu bergantung pada orang lain. Aku sudah tidak boleh mengunyah. Hanya tiub yg disumbat di dalam hidungku menjadi salur makananku. Hanya susu yang mampu tiub ini sampaikan ke dalam perutku. Jadilah. Kalau sudah itu rezekiku aku terima.
Kanser yang memakan aku hidup hidup ini sudah tidak boleh dikawal lagi. Hatiku sudah rosak. Mataku kini kuning. Badanku sudah tidak ada isi lagi. Ya. Aku kini mayat hidup. Beban kepada orang yang menjagaku. Beban pada orang tuaku yang terpaksa menguruskan diriku yang sudah tidak mampu berbuat apa apa lagi. Aku sudah kalah. Aku sudah tewas. Tidak salah rasanya jika aku ungkapkan. Ya. Aku sudah mati.
Pada kalian yang membaca nukilan aku ini. Jika aku tak sempat bertemu hari esok, mohon kalian doakan supaya aku ditempatkan dalam kalangan para solehin. Aku banyak dosa. Aku salahkan takdir atas apa yang menimpa diriku ini. Dan aku putus asa untuk hidup. Besar sungguh dosaku. Tapi aku bukan nabi. Aku hanya manusia biasa. Ujian ini kurasakan terlalu berat untukku. Moga Allah ampukan dosa dosaku. Sekian.
Assalamualaikum
– Mayat hidup
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Sunday, 18 February 2018
Aku Sudah Mati

About the Author
PengakuanKu / Author & Editor
Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Powered by Blogger.
0 comments:
Post a Comment