Thursday, 22 February 2018

Sihir

PengakuanKu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada admin dan pembaca sekalian. Pertama sekali terima kasih jika admin sudi siarkan confession saya.

Baiklah, saya ringkaskan confession ini yg bertajuk sihir. Ya, saya mangsa sihir dan alhamdulillah baru pulih tapi belum pulih sepenuhnya. Masih ada lagi sisa2 kesakitan itu. Saya akui, saya bukan seorang yg mudah mempercayai sihir2 ni walaupun adik saya pernah juga terkena. Tapi macam tu lah, selagi belum kena pada diri, selagi tu lah kita takkan percaya.

Saya mula mengalami demam on off, batuk dan selsema hampir setahun. Saya anggap itu merupakan perubahan hormon kerana saya baru mendirikan rumah tangga. Tambahan pula dengan cuaca dan musim yg tidak.menentu. Jadi, saya cuma menganggap kesihatan yg semakin buruk adalah kerana faktor2 begitu.

Cakap laa ubat apa yg sy tak makan..antibiotik entah brapa byk sy telan, ubat cina sensei pun saya makan. Tak termasuk jus nenas, madu dan macam2. Tiada apa2 perubahan, malah bertambah teruk. Prestasi kerja juga menurun. Kerap ambil MC.

Suami bawa ke hospital kerajaan dan pakar tiada apa yg pelik. Darah normal, tibi negatif, xray juga tiada apa2 yg menunjukkan ada penyakit. Namun, pada saat itu batuk dah berdarah, hingus pun dah keluarkan darah hitam, berketul.

Akhirnya suami bawa saya pulang ke kampung dan berubat secara tradisional. Secara ringkasnya, semasa proses berubat, saya tidak sedarkan diri dan mengikut cerita keluarga, makhluk yg dihantar oleh insan itu telah masuk ke tubuh saya dan mengatakan mahukan saya mati secara perlahan2. Makhluk itu turut mengatakan siapa tuannya dan sebab mengapa dia mahu sy mati.

Makhluk tersebut berjaya dikeluarkan dan selepas itu, saya telah memuntahkan ketulan darah, rambut, butiran tanah dan miang rebung. Sakitnya hanya Allah yg Maha Mengetahui. Alhamdulillah, selepas proses berubat, kesihatan saya semakin baik.

Pengajaran yg saya dapat selepas melalui.pengalaman ini, saya perlu berhati2 dan jgn mudah utk mempercayai orang lain. Perlu tanamkan sifat setiap org itu hatinya lain2. Apa pun, saya doakan si pelaku itu insaf dan mohon taubat pd Allah. Ya, saya dengan rendah hati sudah memaafkan beliau. Sedikit sebanyak punca kejadian pun bermula dari saya. Mungkin khilaf yg saya sendiri tidak perasan. Saya berdoa dan berharap semoga kita semua dilindungi dari perbuatan syirik dan khurafat. Ingatlah, di dunia kita mungkin dapat apa yg dihajati, di akhirat, belum lagi pasti.

Salam sayang,
Dahlia

– Dahlia

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.