Aku merupakan graduan sains di sebuah ipta di ibu negara. Aku graduated tahun 2012. Course aku memang susah nak dapat peluang pekerjaan melainkan kalau ambil kursus tambahan yang melibatkan komputer. Sebelum konvo lagi aku dah cari kerja bidang yang berkaitan atau sipi2 yang berkait tapi takde satu pun yang panggil interview. Sambil2 tu aku kerja part time promoter. Selepas 6 bulan masih takde yang nak ambil aku bekerja. Dapat interview 3 jawatan tapi mereka cakap tak sesuai, nak yang ada pengalaman, nak chinese speaking bagai lah. Kalau kerja jadi cikgu sains memang ada tapi aku jenis tak pandai mengajar. Sebab tu aku cari kerja ofis. Sedih kot. Sampai satu masa aku rasa nak koyak sijil degree sains aku tuh sebab rasa tak berguna belajar 3 tahun tapi tak dapat kerja yang sepatutnya. Hanya graduan sains yang faham perasaan ni.
At the same time Aku tak nak bazirkan masa lama2 dengan takde permanent job. Aku cuba cari kerja bahagian admin pulak kat jobstreet untuk fresh graduate. Bahagian admin memang banyak. Aku apply la mana yang sesuai dan dapat satu kerja sebagai admin assistant kat universiti swasta. Tapi 2 minggu jer aku kerja sebab tak faham sistem pengurusan diorang. Aku seorang yang cepat belajar tapi bila kerja aku jadi blur. Dengan selama ni takde pengalaman uruskan file2 admin lagi laa aku tak tahu pape. Yela selama ni dah biasa duduk lab takde susun fail bagai. tambah lagi bila dapat officemate yang tak menolong dan aku dibiarkan terkapai2 belajar dan buat sendiri lagi laa aku rasa tak seronok bekerja. Aku rasa susah nak adapt dengan suasana pekerjaan yang tak berkaitan.
Selepas berhenti aku kerja part time promoter balik sebab senang dapat kerja. Tapi aku still cari kerja ofis jugak kat jobstreet. Aku cuba jawatan account assistant pulak sebab aku pun suka bab kira2 berbanding susun2 file. And dapat laa satu interview. Masa interview aku terus terang cakap ilmu accounting aku adalah zero dan aku takde pengalaman kerja. Tapi matematik aku power dan aku seorang fast learner. Aku tak demand gaji tinggi sebab aku adalah zero. alhamdulillah rezeki aku dapat kerja ni. Aku tanya manager aku kenapa dia ambil aku bekerja sedangkan aku zero tapi dia cakap sebab dia panggil interview 5 orang jer dan aku sorang jer yang boleh masuk kerja serta merta. 4 yang lain kena tunggu notis sebulan. Maksudnya dia tak pandang pun sijil tu. mungkin ini namanya rezeki. Maha suci Allah swt. Bila Allah swt dah tentukan itu adalah rezeki kau maka takde siapa yang boleh halang. Dari jawapan macam tu aku terus niat dalam hati nak kerja sungguh2. Tambah pulak company tawarkan aku gaji RM1800 untuk pekerja yang zero knowledge and experience. Bagi aku nilainya tersangatlah besar sebab aku cuma expect bawah RM1200. Aku menangis kegembiraan masa sign acceptance letter sebab aku fikir Allah swt sentiasa menolong hambanya yang berusaha. Eh menangis dalam hati jela. Haha. Bagi aku usaha aku hanyalah sedikit tapi Allah swt bagi rezeki yang besar.
Sekarang dah 3 tahun aku kerja sebagai account assistant. Gaji aku pulak dah terlebih cukup untuk hulur kat mak ayah aku setiap bulan. Tak faham aku tanya, aku belajar sendiri. Kena marah pun aku pekakkan telinga dan butakan hati sebab aku fikir nak cari dan dapatkan ilmu. Kalau aku belajar balik lagi rugi kena pakai duit lagi kan. Lagi bagus bekerja. Manager aku banyak guide aku walaupun hakikatnya kena marah lagi banyak dari guide. Hahaha. Sebenarnya bidang perakaunan ni sangat menyeronokkan berbanding sains. Perancangan aku masa akan datang nak ambil sijil ACCA pulak. Manager aku pun support aku ambil ACCA. Inn Syaa Allah. Buat graduan sains yang masih menganggur, berusahalah cari kerja bidang lain pulak. Jangan fokus kepada satu bidang jer. Satu tips lagi, sentiasa bersyukur dengan apa yang ada tetapi jangan berhenti berusaha untuk cari yang lebih baik. dan jangan mengeluh sekiranya rezeki itu bukan milik kita. From Science to Accounting. Akan datang mungkin aku akan cerita kisah From Arts to Engineering sebab tu kisah suami aku pulak. Hehe.
– Nunu
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment