Hallo saya nak share kisah saya yang sangat complicated dan saya sendiri pun taktahu apa penghujungnya dan banyak persoalan yang timbul.Saya kenal seorang laki ni dah lama but tak sama sekolah. Tak perlu lah bagitau camne leh kenal takut orang tahu hehe. Dulu mula-mula nampak takdelah sampai suka. Pernah lah dalam hati kata dia handsome tapi bukannya betul-betul suka. Jadi one day, saya tetiba suka dia. Mula-mula rasa suka tu biasa-biasa je tapi bila dah lama-lama rasa suka tu makin mendalam. Senanya dah lama saya suka dia tapi saya pendam je. Saya tak luahkan. Bila dah makin lama suka ni mula lah terdetik dalam hati saya untuk mengenali dia dengan lebih dekat dan mendalam. Saya selalu lah jugak terfikir nak contact dengan dia sebab kalau setakat tengok je tak cukup. Saya ada seorang classmate yang kenal dengan lelaki tu. Saya selalu lah tanya pasal laki tu dekat classmate saya.
Saya tak tahu kenapa tapi dalam hati saya kuat mengatakan laki tu suka saya. Sebab tu saya berani suka kat laki tu dan meletakkan harapan sebab dalam hati saya selalu cakap dia pun suka saya. Tapi saya taklah berharap sangat dia suka saya sebab biasanya bila kita suka someone memang susah nak tengok orang tu balas balik cinta kita huhu. Selain tu, macam2 lah perkara yang berlaku yang membuatkan saya yakin dia suka saya. Tapi kami tak pernah bertegur sapa. Kalau nampak pun tak pernah cakap sebab tak kenal.So one day ni saya tak dapat tahan perasaan saya. Saya rasa lebih bagus saya luahkan je so saya pun minta nombor dia daripada classmate saya. Saya tak kisah pun kalau orang cakap perempuan tak sepatutnya tackle laki dulu sebab saya nak jawapan. Saya nak tahu apa perasaan dia terhadap saya. Tapi malangnya kawan saya cakap dia takde nombor laki tu. Ok saya pun pasrah jelah.
Cerita ni tak berakhir camtu je. One day saya mendapat satu berita gembira. Orang yang saya tak pernah sangka akan chat saya tetiba chat saya. Kau bayangkan aku nangis time tu sebab terharu crush aku tetiba chat aku. Takde angin takde ribut tetibe dia muncul chat kau sapa tak rasa bahagia huhuhu. Yang bodonya saya bagitau dia yang saya nangis tengok dia chat saya. I think that is one of the most embarrassing moment in my life. Saya bukannya saje-saje nak nangis tapi terharu ok. Seterusnya kami pun chat lah. Tapi entahlah cara kami chat macam awkward dahlah dia speaking bagai. Sampai sekarang kami chat camtu. Macam awkward tauk tak pastu kalau chat pun sepatah dua kata je. Tak tahu lah kenape camtu. Ok so bermula lah kami chatting tapi tak banyak ahh benda yang saya dapat sebab yela macam saya cakap cara kami chat sangat awkward. Mmg tak seronok langsung.
So dia cakap dia nak pergi sambung belajar sebab tu dia chat saya nak cakap goodbye. Pastu dia cakap senanya dia dah lama tau saya suka dia sebab classmate saya bagitau pastu dia cakap dia yang tak suruh classmate saya bagi nombor dia dekat saya. Then, dia pun mula lah cakap dia suka orang lain macam2 lah alasan dia bagi sampai saya pun give up. Kalau tak suka terung terang jelah ini tak macam2 dia bagitau saya. So memang sedih lah time dia mula-mula cakap camtu. Bukan satu alasan je tau tapi banyak so saya pun anggap dia tak suka saya. Tapi entahlah kenapa dalam hati saya macam tak percaya. Hati saya macam cakap yang dia tu menipu.
Saya taktahu nak buat apa saya bingung. So lama kelamaan saya pun mulalah menjauhkan diri dari dia. Saya tak carik dia tak contact dengan dia. Saya bagitahu diri saya sendiri yang saya perlu move on. Sebab saya bukan jenis yang suka simpan perasaan lama-lama. Kalau orang tu bukan untuk saya ok lah saya terima je dan saya redha. Sebab bagi saya move on adalah cara yang terbaik. Bila dah move on kau lah orang yang paling bahagia sebab dapat lupakan orang yang kau pernah sayang dulu. So saya pernah lah delete nombor dia beberapa kali sebab nak move on kan? Tapi yala dia asyik muncul cari saya chat saya. Mula mula memang susah nak hidup tanpa crush ni sebab saya dah mula sayangkan dia walaupun dia bukan milik saya. Tapi yala no choice so kena hadap jugak lah semua ni. Disebabkan dia asyik chat saya walaupun takda benda penting dia nak cakap so saya pun malas lah nak delete nombor dia sebab dia asyik muncul sedangkan dia yang reject saya.
So yala one day ni saya terus terang lah cakap saya tak suka dia lagi dan dia deserve someone better than me. Dia pun ok je dan dia cakap sepatutnya dia yang bagitahu camtu dekat saya. Hm actually saya belum move on sepenuhnya tapi terpaksa sebab dia tak pernah cakap dia suka saya. So one day saya nampak profile picture dia letak gambar pompuan rupanya tu gf dia. Saya ada seorang ex bf yang kenal laki tu so saya cakap lah saya pernah suka dia dan my ex bf cakap laki tu memang suka saya tapi dia tak tahu sama ada laki tu still suka saya ke tak sebab benda tu dah lama. So saya pun hairan sebab dia tak pernah berterus terang dengan saya. Saya rasa dia lah lelaki yang paling pelik pernah saya jumpa sebab dari first day kami chat dia tak pernah berterus terang dengan saya. Dan banyak benda pasal dia yang saya taktahu sangat. Pastu dia macam banyak menipu saya. Entahlah dia sengaja buat camtu or dia ada sebab tersendiri tak tahu lah. Kadang-kadang saya rasa macam dipergunakan je. Tak tahu lah apa pendapat dia tentang saya tapi itulah apa yang saya rasa terhadap dia.
Kami pun pernah lah call sebab dia yang mula dulu. Entahlah Saya tak faham apa dia nak senanya. Dia dah ada gf so rasanya tak perlu kot dia nak cari saya lagi. Saya pun dah move on. Kadang2 sedih jugak bila teringat kenangan masa still suka dia dulu tapi yala takde jodoh nak buat camne. Tapi dia dah terus terang lah dekat saya yang dia pernah suka saya. Tapi tulah sampai sekarang saya still tak dapat jawapan. Apa perasaan dia terhadap saya sebenarnya? Kenapa dia selalu cari saya. Tapi tak tahu lah maybe dia call saya or chat saya untuk saja saja je kot. Tak semestinya tu bermaksud dia still suka saya kan. Saya langsung takde chat dia tapi dia yang selalu mulakan dulu. Last kami chat minggu lepas. Lagipun saya sedar dia dah ada gf so saya taknak ganggu relay orang lain. Tpi tulah banyak persoalan dalam diri saya. Saya nak tanya dia but benda dah lepas kan malas lah nak ungkit lagipun kalau dia still suka saya pun tak semestinya kami bersama dia. Cara dia layan saya takdelah sweet. Dia bukan jenis sweet talker dan dia pun takdelah beri harapan.
Dia pun takde lah chat everyday jarang-jarang je. Dia pernah follow saya dekat insta. Saya dah lama tahu insta dia tapi saya saje tak nak follow. Mula-mula dia letak gambar lukisan. Gf dia pun pernah post gambar tu tapi bila dia follow saya dia sanggup tukar. Tak lama dia punya kawan tetiba follow saya. So saya pun pelik. Sekarang baru saya tahu yang selama ni dia selalu mengadu dekat kawan dia tu. Saya tahu mesti banyak benda pasal saya dia cerita dekat kawan dia. Saya tak sure lah apa yang dia bagitau tapi saya rasa dia memang agak rapat dengan pompuan tu. Maybe tu bff dia kot sebab gf dia pun kenal pompuan tu. So kira beberapa bulan camtu tiba tiba girlfriend dia follow insta saya. Saya pun pelik kenapa tiba tiba gf dia follow saya. Memang lah saya kenal gf dia but kami tak rapat pun. Tak lama lepas tu baru saya tengok dia tukar gambar insta dia letak gmbr dia dengan gf dia pegang tangan ewwww. Tak lama lepas tu saya pun delete insta sebab saya malas nak main insta lagipun tak aftif sangat. So camtu lah kisah dia. Sampai sekarang saya tak tahu apa sebenarnya yang berlaku. Saya tak tahu kenapa dia banyak berahsia dari first day saya kenal dia sampai sekarang. Nak tanya pun malas sebab benda dah berlalu.
So kesimpulannya, saya tak tahu lah sama ada dia anggap saya sebagai kawan je atau dia memang belum move on. Tapi saya tak kisah pun dia move on sebab saya pun dah move on walaupun kadang kadang ade lah jugak teringat dia tapi tu tak bermakna yang saya nak dengan dia. Dia selalu cakap saya yang reject dia. Saya bukannya reject dia sapa suruh dia tak berterus terang so saya anggap dia tak suka saya lah. Lagipun saya pun malas dah nak kenang benda yang dah berlalu. Dia dah ada gf tapi yala tak semestinya orang yang taken ni dia betul betul sayang gerek dia. Maksud saya boleh jadi jugak orang tu couple dengan gf/bf dia sebab paksa/kesian. Sebab tu lah saya malas nak suka kat orang. Pertama, bila kita suka orang tu dia tak suka kita balik Kira reject lah.
Kedua, nanti kita suka someone tu dia terima kita tapi dia terima sebab paksa/kesian je(pernah kena k)
Ketiga, nanti crush kat orang tapi dia permainkan kita pun takda guna nanti couple kejap-kejap putus.
Keempat, nanti suka sama suka pun susah jugak. Even dah suka sama suka pun belum tentu bersama macam kisah saya kat atas tulah. Last last bercinta dengan orang lain. Pfffftt
Cinta ni memang sangat complicated. Susah lah nak cakap. So, saya anggap kami dah takda papa jelah. Saya anggap dia tu kawan je. Saya dah taknak berharap sebab yalah selalu je dikecewakan. Tapi takpe lah mungkin Tuhan nak tunjukkan dekat saya yang dia tu bukan yang terbaik untuk saya.
– Maika
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment