Friday, 20 April 2018

Positive Thinking

PengakuanKu

Assalamualaikum. Thanks admin jika sudi post. Sebenarnya semalam aku ada post kan satu confession tapi ramai pulak yang triggered dengan post aku. First of all, sorry ya. Maybe cara aku tulis buatkan korang salah faham. Yang sebenarnya aku memang dah takde pape perasaan pon dekat kawan aku tu. Aku sebut kawan sebab aku memang tak pernah declare pape dengan dia. Dia hanya antara kawan rapat aku sebab kenal dari asasi. Cuma bezanya, aku pernah, aku ulangi ya.. PERNAH simpan perasaan kat dia.

Kita ni manusia biasa, macam mana la just nak padam je memori dulu? Korang boleh ke? Kalau boleh memang hebatla.. mak aku jenis garang, memang selalu gak la kena belasah kami adik beradik masa kecik dulu.. dan aku masih ingat everything, but does it mean aku still hold grudge kat mak aku? Of course la tak. Sekarang orang yang aku paling rapat dan manja is mak aku.. same situation, teringat kat kawan baik aku tu memang la teringat kadang2. Tapi bukannya aku ada perasaan pun kat dia dah. Semua hati dan perasaan aku hanya untuk suami.. the one and only.

Tak yah kesian dekat suami aku pon sebab aku bukan nya buat apa dekat dia, aku jaga dia elok2, dan Kalau korang nak tahu, dia pun ada someone yang dia memang tunggu sebelum dia kenal aku. Lagi pelik bila nama kawan aku dan kawan dia nak dekat sama. Macam Amir dan Amirah. Awal2 masa kitorang kenal, masing2 dah cerita siap siap pasal benda ni. Dua2 terkejut sebab nama diorang sama, dan jalan cerita pun lebih kurang je.. haha..

Jadinya, korang tak yah la negative sangat. Rugi. Fikir yang baik baik, dia yang baik baik, InshaAllah yang datang pun baik baik. Hati kita ni Allah yang pegang. Kalau korang di jodoh kan dengan orang yang korang memang least expected, korang kenal kenallah dulu, get to know that person, dan mintak petunjuk Allah. Cara aku, aku akan mintak mak aku yang bagi opinion, sebab aku tahu mak aku nak yang terbaik untuk aku. Dan, kuasa naluri ibu tersangat lah hebat.

Mak aku ok then aku pun ok. Kalau mak aku tak ok aku dah lama start jauhkan diri dari orang tu sebab aku percaya dengan naluri mak aku. Kadang tu bila aku teringatkan hal lepas, aku lagi rasa bersyukur sebab aku takde jodoh dengan dia. Aku bahagia sekarang, dan aku tak pernah menyesal every moment aku bersama suami dan anak aku. Setiap orang dah ada path sendiri yang Allah dah tuliskan, so as mine, dan aku sangat bersyukur dengan path yang Allah tuliskan untuk aku.

Allah bagi je path kat kita, tapi yang nak mencorakkan path kita tu jadi elok ke tak elok is up to diri sendiri. If u see life is something amazing, it will become amazing. Secara automatically apa yang kau buat akan ke arah mencorakkan life kau untuk jadi amazing. Tapi kalau kau tengok life tu macam miserable, well.. kau expect la life kau memang akan miserable..

Aku penah baca dalam buku Andrew Matthews, tajuk dia “Being Happy”. Antara point dalam buku tu is the “law of attraction” . Apa yang kita fikir akan jadi apa yang kita buat, thus akan jadi habit kita and lastly akan jadi part of diri kita. So basically, simple bukan? Fikir baik2, benda baik2 pun akan jadi (InshaAllah)

Ok setakat ni je membebel. Hakak harap korang sudah2la nak pikir negative. Tak suka tak yah baca. Boleh je kan scroll laju2. Maaf ye kalau ada tersalah kata, manusia mana tak pernah buat silap kan :)

– Maya K.

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.