Assalamualaikum w.b.t. Terima kasih Admin sebab sudi siarkan cerita aku.
Jadi ceritanya sekarang, aku ada ramai abang and abang aku yang seorang ni banyak buat keluarga aku sakit kepala dengan sikap pemalas,panas baran,jarang solat(solat jumaat jangan cakap sukahati dia nak pergi ke tidak)..
Paling bodoh dia tak habiskan pengajian dia yang semester terakhir tu sebab panas baran dia tu.. Dia punya panas baran sampai selalu tumbuk cermin sampai pecah.. Dah berapa banyak cermin dekat rumah aku pecah sebab dia buat then tahu pulak mengadu sakit hm..
Yang paling buat kami sakit hati ha sebab dia malas kerja!
Bayangkan dari dia berhenti belajar dia terus menganggur sampai ke hari ini. Kalau kerja pun sekejap ja sebab dia takboleh kawal panas baran dia.Dahla malas belajar, kerja pun malas! Cuba la bayangkan berapa banyak masa telah dibazirkan.
Dengan tabiat merokok dia tu kadang dua kotak rokok sehari pon takdak masalah untuk dia habiskan.. Hembus sana sini.. Dahla rokok pon mintak abang aku yang lain belanja.. Memalukan betul. Dahtu layan ML pulak sampai 3pagi lepastu membuta sampai sehari suntuk. Dengan tak solat tak apa.. Kalau main ML masuk tournament takpa la jugak ni sesen pun tak mendatangkan hasil.. Duduk rumah pulak langsung tak membantu kerja rumah kotla nak tolong basuh baju ke basuh pinggan ke potong rumput depan rumah ke ni tak apapun tak boleh nak harap. Menghabiskan beras je. Dulu dia rajin lagi tapi 2 tahun kebelakangan ni dia punya perangai malas memang menjadi – jadi dan mengundang kemarahan kami seisi keluarga.
Sampai la satu tahap, abang2 aku yang lain dah hilang kesabaran dan naik meluat dengan dia yela bil2 rumah semua abang2 aku yang lain bayar dan kena tanggung dia macam dia budak sekolah dan dia boleh pulak goyang kaki. Then abang2 aku yang lain dah tak bagi wang untuk dia. Bayangkan dia still okay macam takdak duit pon takdak hal still taknak cari kerja..
Mak aku pulak dah berbuih mulut nak nasihatkan dia. Mak aku ni jenis lembut hati memang payah nak tinggi suara dengan anak2 dia cuma suka beleter..
*FYI mak aku ni ibu tunggal*
Baru2 ini rutin biasa mak aku la dia akan beleter dekat abang aku yang pemalas tu untuk cari kerja.. Haritu semua orang takdak dekat rumah. So abang aku ni dengan takdak otaknya dia jerkah mak aku sampai mak aku menangis sambil otw pergi rumah paksu aku yang merupakan adik mak aku..
Haritu aku balik dia tak ngadu pun kat aku ni nasib paksu aku cerita kalau tak hm.
So abang2 aku yang lain memang panas hati sampai nak halau dia keluar rumah.. Sebab duduk rumah pon tak buat apa menambahkan bil wifi dan menyakitkan hati je so lebih baik dia keluar.
So cerita dia sekarang ni aku tengah sakit kepala sebab aku fikir gamak ke nak halau abang sendiri keluar dari rumah.. Kesian tu pasti.. Tapi kalau untuk kebaikkan dia sendiri mungkin tak salah… Mungkin tak salah kalau kena dengan cara..
Aku kesian sebab dia merupakan abang yang terapat dengan aku.. Dia kalau ada duit tak pernah kedekut kadang dapat gaji terus cari aku nak bagi duit belanja. Dia dulu selalu tolong aku masak dekat dapur.. Selalu dengar aku bercerita and meluahkan perasaan.. Berair mata. huhu
Siapa je gamak nak halau abang kandung sendiri walaupun tahap pemalasnya sampai kena naik kaki.. Jujur aku tak sanggup.. Tak boleh nak bayangkan dia duduk luar takda benda nak makan.. Kerja teruk2 dekat luar takdak orang tengokkan.. Serius aku tak boleh tengok abang aku susah.. Dahla muka dia pon kesian.Tapi abang2 aku yang lain taknak bagi muka lagi dan sedang menunggu waktu yang tepat untuk mengusir dia..
Wahai pembaca2 yang mungkin berpengalaman menghadapi orang sebegini ataupun mempunyai buah fikiran masing2. Berilah sepatah kata atau pendapat tentang apa yang sepatutnya keluarga aku buat.. Tolong jangan mengkritik kerana ini bukan waktu yang tepat untuk ANDA MEMBAWANG. Atau dengan mengusirnya merupakan jalan yang terakhir bagi menimbulkan kesedarannya. Sungguh aku buntu.
– Adik Bongsu Yang Prihatin
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment