Sunday, 6 May 2018

Pregnant dan Puasa

PengakuanKu

assalamualaikum readers yang budiman. sempena nak bulan puasa ni saya ada perkara nak luah dan nak tanya pendapat. harap admin dapat approve confession saya ni.

saya umur 30 tahun. mak anak 3 boboboi. 3tahun, 1tahun & 4bulan. ye poor spacing. saya dah pergi pasang iucd dah sebab tak larat dah beranak setahun satu haha

luahan saya ialah berkenaan puasa. saya pregnant 2014 bulan ramadhan. saya dpt alahan yang sgt teruk sampai masuk hospital. doktor kata hyperemesis gravidarum. 3 kali saya admit untuk masuk air kerana saya muntah sehari berpuluh kali. berat turun banyak. doktor suruh jgn puasa. okay lah. saya tak puasa kerana saya so saya diwajibkan ganti sahaja. (kalau salah tlg betulkan).

tapi saya menyusukan anak. setiap kali try ganti mesti saya terpaksa batalkan kerana saya lapar menggigil teruk. mcm2 saya try, sahur oats, sahut kurma, sahut heavy, sahur minum air 1L terus, tapi masuk 12pm lepas pump saya menggigil teruk sgt. tangan sejuk je. kawan saya doktor dia kata tu maksudnye hypoglycemia. so end up saya tak dpt ganti puasa sebelum masuk ramadhan 2015. saya bayar fidyah. masa 2015 pon tak puasa. so total hari dah double.

sambung anak kedua dan ketiga. 2014 membawa ke 2015, 2016 dan 2017. semua saya tak dpt ganti atas faktor pregnant mabuk teruk dan breastfeeding menggigil teruk. total fidyah saya bayar sebelum masuk bulan ramadhan 2018 ni dah cecah RM500 (saya bayar setiap tahun guna online. pengiraan guna kalkulator dlm web). terkedu saya. husband tak marah tapi dia nasihatkan cepat ganti. kalau tak tahun 2019 nanti jadi accumulate lagi byk bayaran fidyah tu. tu psl saya pakai alat pencegah kehamilan. saya nak fokus ibadah saya. puasa terutamanya. dah lama saya tak puasa dan rasa solat terawih berjemaah. sebab anak kecil2. susah nak bawa.

tahun ni anak saya 4bulan. nampak gayanya mcm tak puasa lagi lah. saya try untuk puasa. saya pening kepala. tangan saya sejuk. menggigil.

saya sebenarnya rasa berdosa walaupun tidak puasa ialah keistimewaan Allah beri kepada wanita. saya rasa berdosa tak dapat ganti. saya rasa tak mampu nak ganti puasa beratus hari. ada kawan yang kata bayar fidyah je tak payah ganti kalau tak mampu. ada ke mcm tu? saya baca dan tanya yg alim, rata-rata kata kena ganti.

doakan saya dpt puasa. rasa rindu ibadah dibulan puasa.

– mak anak tiga

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.